Jompr0xy – jom bypass sekatan internet!

jompr0xy - bypass sekatan website

JomPr0xy ialah website proxy yang dibina oleh saya bagi kegunaan personal memandangkan Internet tempat saya belajar banyak menyekat laman web yang biasa saya akses. Nak akses website pasal video game, politik, software dll pun tak boleh, memang tension lah.

Jadi saya luangkan masa 10-15 minit buat jompr0xy menggunakan Google App Engine dan Phyton  dan hasilnya agak memuaskan. Tak perlu lagi bergantung pada proxy luar yang speed sangat slow, dipenuhi iklan dll.


Antaramuka JomPr0xy (paparan IE9)

jompr0xy jom bypass sekatan internet

Cara menggunakan JomPr0xy

– Masuk website JomPr0xy (http://www.jompr0xy.appspot.com)

– Pada kotak “taip url di sini…” masukkan url website yang anda mahu bypass

– Contohnya: www.ign.com/

– Pastikan anda meletakkan tanda / di hujung url

– Tekan Go untuk memulakan pelayaran anonymous

High security Alert

jompr0xy high security alert

– Error high security alert akan muncul sekiranya anda tidak meletakkan tanda / di hujung url.

– Penerangan di website jompr0xy adalah tidak tepat dan akan dibaiki di masa hadapan

Kelebihan JomPr0xy

– interface minimal

– load sangat laju

– tiada iklan dan pop-up yang menganggu pelayaran internet

– senang digunakan

– boleh bypass website yang diblock di Universiti, pejabat, sekolah dll

– membolehkan anda menjadi anonymous

Kekurangan JomPr0xy

– Partially unblock youtube, maybe boleh stream youtube video, maybe tak boleh depends pada tahap sekuriti internet connection yang anda guna

– Website yang memerlukan cookies dan https tidak disokong, tidak digalakkan guna proxy jika login Facebook dll

– Tak boleh bypass website yang disensor menggunakan “word filtering”

– Tak boleh download dari filesharing seperti rapidshare, mediafire, megaupload dll

– Disebabkan ini ialah proxy website, maka sebarang jenis download seperti torrent tidak dapat dijalankan

Complete Bypass

– Jika anda mencari penyelesaian kepada complete bypass, iaitu bypass segala jenis sekatan internet seperti p2p, torrent, garena, word filtering, url ban dll saya akan cuba usahakan di masa hadapan

Jom Bypass Sekatan Internet!

In case anda perlu bypass sesuatu website, jangan lupa menggunakan jompr0xy dan kalau boleh bookmark terus website ini:

http://jompr0xy.appspot.com

Selamat mencuba! Smile

p/s: Harap maaf kekurangan artikel berkualiti di JomPHP, saya tengah menghadapi exam sekarang. Nie pun blogging kejap sebab bosan gila mengadap buku.