UXDE dot Net Wordpress Themes

Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru

By

firefox vs chrome

Di dalam komputer saya, hanya dua browser sahaja yang kekal; iaitu Mozilla Firefox dan Google Chrome. Saya gunakan Chrome untuk pelayaran internet kerana Chrome sangat laju, manakala Firefox pula untuk tujuan pembangunan web dan blog serta untuk tujuan mendownload.

Berbanding menggunakan versi stabil, saya lebih memilih untuk menggunakan versi terkini, yang paling updated, biarpun ianya masih dalam fasa alpha, beta dan release candidate. Antara sebab mengapa saya suka mencuba versi paling terbaru adalah kerana versi baru biasanya mempunyai peningkatan dari segi performance, serta penambahan fungsi baru dan antaramuka baru.

Kini, saya menggunakan Firefox (Minefield) 4.0b3 dan juga Chrome dev channel 6.0.472.14. Walaupun belum betul2 stabil, tapi boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan performance kedua-dua browser ini, jauh lebih menarik berbanding menggunakan versi stabil.


Mozilla Firefox – Minefield

firefox 4.0 final

Minefield adalah codename untuk versi firefox yang dalam fasa alpha, beta dan rc. Setakat artikel ini ditulis, versi paling terkini ialah 4.0 Beta 3.

Download Minefield (link)

Download Firefox 4.0 Beta (link)

Minefield adalah versi paling terkini, dan tidak digalakkan untuk pengguna biasa dan lebih ditujukan untuk developer. Firefox Beta pula boleh dicuba oleh pengguna biasa, cuma masih dalam proses pembangunan. Perlu diingat bahawa Minefield dan Firefox Beta tidak menyokong kesemua addons firefox yang lama, melainkan addons tersebut telah diupdate supaya compatible dengan minefield versi terbaru.

Google Chrome Dev Channel | Chrome Canary

chrome dev channel

Google Chrome dev channel merupakan chrome versi terkini, dan juga ditujukan untuk developer berbanding pengguna biasa. Namun, saya rasa chrome dev channel juga sangat stabil dan boleh diguna pakai untuk pelayaran harian.

Chrome Canary pula boleh dikatakan eksperimen kepada fungsi-fungsi terbaru dan ditujukan untuk para developer, tetapi versi ini mungkin mempunyai banyak bugs, errors dan crash. Berbanding Canary, saya cadangkan anda untuk cuba Chrome dev channel.

Google Chrome dev channel (link)

Google Chrome Canary (link).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di web Chromium.

Buat masa sekarang, saya hanya berminat dengan dua browser ini sahaja kerana ia memenuhi kehendak saya. Ada pros dan cons, sebab tu guna dua browser boleh selesai masalah. Setiap kali keluar versi baru Opera dan Safari, saya akan cuba guna, tetapi malangnya sampai sekarang belum jatuh hati lagi dengan kedua-dua browser ini.

Pembaca JomPHP pula suka browser mana satu? Boleh bagi pendapat, cuma kalau boleh elakkan daripada trolling ya! Winking smile

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 44 Comments

  1. msbmna

    Chrome: Selalu ‘crash’ setiap kali aku guna. Tak tahu kenapa. Sakit hati je nak mencuba-cuba. :getlost:

    Minefield: Memang bagus. Memory usage pun tak tinggi melampau kalau dibandingkan dengan Firefox biasa, 32-bit. Kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku ialah “Bilalah Adobe nak buat Flash versi 64-bit? Dah berbulu aku tengok memory usage Firefox 32-bit sampai 200-250MB setiap kali buka 10 tab. :tongue:

    • EiNS

      Dah try ke chrome dev channel? versi latest nie jrg crash…berbanding chrome 4 n chrome 5 dlu…btw still hoping ada flash 64 bit sebab nk guna firefox x64

    • apis

      ni mesti sbb ko integrate idm dgn chrome ni. sbb tu slalu crash.

      main browser aku guna chrome sbb aku ske interface yg simple lg pun laju.

      kalo download2 yg link banyak2 aku guna firefox. xpun aku copy je link tu pastu paste kat idm..

  2. Anarm

    kat lappy aku ade Firefox, Chrome, Opera, Safari, IE (erkk).. main intenet, buat web, blog ape sume aku pkai firefox.. chrome kadang2 je guna.. tu pon kalau ade nk bukak akaun yg lain2.. tanak kaco seting dlm firefox..

  3. yonz

    aku selalu guna firefox..selesa ngan firefox semua ada..chrome ni aku guna bila diperlukan je…ubah setting dalam firefox skang lebih laju dari chrome…huhuhu

  4. DiaD

    aku install 3 browser dlm komputer aku, Opera, Firefox, Chrome..Opera untuk download, Firefox untuk buat blog, browse internet, Chrome plak untuk aku main game kat Facebook. Chrome jrg crash. Aku x guna beta punya version sbb banyak addons x compatible…kena tunggu final release la…
    .-= DiaD´s last blog ..Cadbury Share The Joy =-.

    • EiNS

      Emm…sbb dlu aku ada ejas lam setting directadmin ntuk disable hotlinking…
      now ada time, secara random dia akan kuar image “do not steal” tuh…
      if possible, aku akan cari solution…aritu ingatkan berkaitan htaccess tp bila da edit tetap timbul problem nie…randomly lah tak selalu

  5. ironhiden9

    camne nak setel prob kat google chrome aku ha.de crash je. “google chrome has stopped working”….da reinstall byk kali tp still jd gitu gak..camnee eaa…tulun2

  6. pitsu

    mcm mane nk intergrate idm dgn chrome? aku cm malas la kalau nk download je copy link pastu paste kat ff. kalau ade kat chrome kan senang skit. tapi minefield ni cm menarik je. nk jugak try :)

  7. fadd

    firefox ngn chrome adelah terbaik setakat ni. penah dgr psal Flock? flock pun dari pembangun yg same ngn firefox kan? (mozilla). cube wat review psal flock… interface pn cantik gak.. :D

  8. [ "Fun"hans ]

    chrome lah paling bagus !!
    akuh gune chrome coz laju berdesup di berukban..
    firefox utk wifi di mamak/kampus coz senang nak download something (jimat bandwidth beruk)

    ;DD

  9. N00Bst3r

    Bro EiNS, Aku da try Google crome yg ko recommend tuh… tp speed download hempeh la… xde addon or bende len ke bro nk lajukan speed die?

  10. Fareez Akmal

    Haha
    kte same la admin
    sy pn ske Chrome lau utk surf sbb laju
    n Firefox utk download n kadang2 jd backup Chrome in case lau jd pape mcm crash ek ape ke.
    due2 best!
    :cheerful: :cheerful: :cheerful:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>