Baru je melancarkan profile rasmi twitter JomPHP. :)
Tujuan post kali ini untuk memperkenalkan lebih lanjut tentang twitter.com dan kegunaannya kepada kita. Selepas baca ini, sesiapa yang berminat bolehlah daftar akaun twitter dan kalau boleh jadi pengikut aka follower JomPHP sekali.
Apa itu twitter?
Twitter ialah laman social microblogging yang popular. Fungsinya ringkas saja, anda boleh mengemaskini status anda kemudian berkongsi dengan rakan2 atau followers anda. Anda boleh post link ke website, menulis catatan harian seperti 'saya baru makan nasi', 'saya rasa tutorial di JomPHP bagus2 belaka', 'saya ngantuk dan mahu tido' dsb.
Rakan2 anda pula boleh balas atau komen pada status anda itu. Ini yang seronok, kadang2 sampai boleh bergaduh tu. Sebagai seorang blogger pula, anda boleh memanfaatkan twitter untuk post link kepada entri terbaru di blog anda.Blog2 professional seperti DownloadSquad juga menggunakan twitter untuk tujuan ini. Jika anda ada followers yang ramai, kemungkinan untuk anda menjana traffik yang banyak melalui twitter adalah tinggi.
Cara nak sertai twitter?
Masuk saja twitter.com dan daftar. Boleh juga invite rakan2 dari kenalan email anda. Kalau dah sertai, anda boleh mula follow orang lain dahulu dan kemudian mencari followers pula.
Profile twitter saya boring, ada cara nak bagi menarik tak?
Profile twitter yang menarik boleh mendorong orang untuk menjadi follower anda. Ok, memula sekali anda boleh tukar profile picture. Selepas itu anda boleh customize design profile anda seperti menukar background, tukar tema warna dsb. Be creative. ;)
Twitter ada widget atau apa2 aplikasi ke?
Terdapat bermacam2 jenis widgets/application untuk twitter. Anda boleh lihat sebahagiannya di twitter apps. Follow JomPHP untuk entri2 akan datang mengenai twitter apps yang menarik. Antaranya tentang twitterfox, tweetergetter, magpie dsb.
Wah menariknya !!! Saya pun nak join twitter!!!
Tunggu apa lagi...jom daftar twitter sekarang. Tutorial dan entri2 mengenai twitter akan menyusul kemudian di JomPHP. Jangan lupa follow ya...maskot rasmi twitter JomPHP ialah burung helang 'Falcon' yang diambil dari kisah hacker legenda Falcon dalam siri Bloody Monday.
Oh ya, jangan lupa tinggalkan adress twitter anda dalam komen...jika berkesempatan JomPHP akan follow anda. Jom follow memollow !!! :D
Users who found this page were searching for:
- helang logo
- tonton
- logo burung helang
- cara nak sertai twitter
- daftar email
- daftar twitter
- cara mahu mendaftar twitter
- cara untuk guna twitter
- cara nk daftar twitter
- youtube cara nak sertai twitter
Related posts:






