Pengguna iPad 2 kini boleh jailbreak iOS 4.3.3 menggunakan JailbreakMe 3.0 daripada Comex. Jailbreak ini adalah teknik termudah dan paling selamat dibuat oleh sesiapa pun tanpa ada pengetahuan teknikal. Tak sampai 5 minit sudah boleh jailbreak.
Cara jailbreak iPad 2 iOS 4.3.3 menggunakan Jailbreakme
1. Wajib guna iOS 4.3.3 kalau nak jailbreak. Kalau belum upgrade ke 4.3.3 sila berbuat demikian menggunakan iTunes.
2. Menggunakan pelayar Safari, masuk http://jailbreakme.com.
3. Tekan pada butang FREE dan INSTALL.
4. Tunggu beberapa minit untuk Cydia selamat diinstall di iPad 2 anda. Kalau cydia dah selamat install bermakna berjaya jailbreak iPad 2.![]()
5. Buka Cydia untuk download themes, apps, tweak, hacks dan bermacam-macam lagi benda cangggih untuk iPad 2.
Video : How to jailbreak iPad 2 using jailbreakme 3.0
NOTA : Apple mungkin akan mengeluarkan iOS 4.3.4 dalam beberapa minggu lagi untuk menutup jailbreakme 3.0. Sila JANGAN UPDATE bila iOS 4.3.4 muncul kalau anda tak mahu kehilangan jailbreak.
Pictures credit : Redmondpie, Engadget
Tutorial asal : Jailbreak iPad 2 running iOS 4.3.3 using Jailbreakme

boleh guna utk jailbreak ipod touch 2g 4.3.1 tak?
Terbaik laa…
I like.. dah lamatunggu…
memang lama gila orang tunggu
hai.. aku punye 4.2.1 jailbreak… kalo upgrade ke original 4.3.3, semua apps yg pirate abis ilang kan?
ko punya ipad2 ke? memang kalau upgrade semua apps pirate hilang…tapi ko bleh sync apps tu ke itunes dan restore balik bila dah guna 4.3.3
ooo gitu.. aku nyer ip4
nanti aku up tutorial jailbreka ip4 pakai jailbreakme lak
macammana nak upgrade iOS 4.3.3 guna iTunes? tlg ajarkan, x reti..
*pengguna baru iPad2..
boleh refer tutorial nie ye http://jomphp.com/jailbreak-ios-5-0-1-di-iphone44s-ipod-touch-3g4g-ipad-12.html
macammana nak upgrade iOS 4.3.3 guna iTunes? tlg ajarkan, x reti.. tq..
*pengguna baru iPad2..
Mcm mane nak jailbreak ipad 2 ios 5