Nov 12 / EiNS

Jadikan blog wordpress anda “mobile friendly”

Scr000008Scr000006

Zaman sekarang, browsing internet menggunakan smartphone sudah menjadi perkara biasa. Kadang2 saya juga membaca dan memantau blog ini serta membalas komen pembaca menggunakan telefon bimbit.Tetapi, masih banyak lagi website dan blog tidak di-optimasikan untuk mobile layout. Akibatnya, website dan blog tersebut memerlukan masa yang lama untuk load apabila dibuka melalui mobile browser malah paparan serta navigasi kurang memuaskan disebabkan resolusi smartphone yang agak rendah.

Tutorial ini akan mengajar anda cara2 untuk menjadikan blog wordpress anda lebih mesra telefon bimbit. Versi mobile bagi blog wordpress anda menekankan sepenuhnya kepada content dan mengabaikan sidebar, header, footer dll jadi page lebih ringan dan load lebih cepat. Jimat kredit jika guna data plan 3.5g misalnya. Ia juga mesra sentuhan (touch friendly) menjadikan navigasi melalui smartphone seperti Iphone, Android, WinMo, Symbian, Blackberry dll lebih mudah dan senang.

Pertama sekali, install plugin WPTouch. Kemudian activate.

Pergi ke wordpress dashboard > settings > wptouch. Anda akan lihat banyak customization options.

image

Anda boleh pilih untuk menentukan apa yang akan keluar di main page. Saya uncheck options “Show Tags” dan check “Hide Excerpts”. Main page baru nampak lebih kemas kalau buat macam ini.

image

Secara default, plugin ini hanya memaparkan blog anda dalam bentuk mobile jika anda menggunakan Iphone, Blackberry, Android dan Opera Mini sahaja. Maknanya phone2 lain tidak disokong.

Untuk menambah sokongan phone lain, anda kena lebih kreatif. Pada bahagian custom user-agents; highlight dan copy paste semua benda2 dibawah.

nokia, ericsson, samsung, windows mobile, bolt, digia, skyfire, playstation  

Lepas ini, jika anda menggunakan browser Nokia misalnya, anda juga akan dapat melihat blog anda dalam bentuk mobile sama seperti pengguna Iphone, Android dll.

image

Anda juga boleh customize appearance mobile blog anda; sebagai contoh anda boleh refer pada screenshot mobile blog JomPHP dan mobile blog Eins Lobby.

Anda juga boleh menukar icon mobile blog, samada menggunakan icon sedia ada atau upload icon anda sendiri.

Saya kira tutorial ini sangatlah simple, kalau anda cuba dalam 5 minit boleh buat dah kot. Kalau dah jadi, lepas ni bolehlah heboh2kan yang blog anda boleh dibaca menggunakan handphone pulak. Haha.

Selamat mencuba. :)

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Memasang Post Views di blog wordpress anda
  2. 5 plugin wordpress yang anda harus cuba
  3. Perkhidmatan setup blog wordpress
  4. Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1)
  5. Cara mudah mencuba Wordpress di pc anda

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 1,948 kali <<

17 Comments

leave a comment
  1. are-pa (4 comments.) / Nov 12 2009

    dengkinyer~ :getlost: are-pa´s last blog ..Birthday yang Special! My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 13 2009

      dengki kenapa plak? :blink:

  2. darkk (47 comments.) / Nov 13 2009

    Kewl gila tuts ni. Haha. Tapi malang nya handpon tak power. Nokia 1200 sahaja. :)
    darkk´s last blog ..Cerita yang Ditulis pada Bulan 4 yang Baru Terjumpa Semula. My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 13 2009

      Bila nak guna sematpon? haha mmg mahal sket tp tak rugi sbb bnyk ilmu leh blaja
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

  3. finalcross (19 comments.) / Nov 13 2009

    Hmm,nice info bro… senang la aku nak browse blog-blog member camni. hehe
    finalcross´s last blog ..11 best online video converters. My ComLuv Profile

  4. Eriyza (14 comments.) / Nov 13 2009

    Menarik topik ni.
    Thanx.
    Eriyza´s last blog ..Pintu Terkopak Ditalu Kapak My ComLuv Profile

  5. Roslan Nazri (11 comments.) / Nov 13 2009

    ape nak wat kalo kuo pop up dia kate tak on lagi java script on mobile safari..pada hal aku pki browser hp aku je..n then kalo reload baru dia masuk..huhu..tapi aku bukak blog ni gune hp ok jer.. :blink: Roslan Nazri´s last blog ..Happy Birthday & Holiday To Me My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 15 2009

      Ko off ajax dalam setting wptouch…pastu clear all history, cache then try masuk balik blog ko…

      gerenti berjaya :)
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

  6. mohdisa (10 comments.) / Nov 13 2009

    wah, siapalah nak melawat blog aku guna hp ya. tp aku nak gak install benda ni. hehe
    mohdisa´s last blog ..Penulisan Di Waktu Kecil My ComLuv Profile

  7. CikguDin / Nov 13 2009

    hehe kena upgred Hp la.. bleh x akar cara nk bt menu/tabs kt blogger

  8. enKHA (21 comments.) / Nov 14 2009

    Tiap hari aku duk tggu post baru kat JomPHP..post kali ni pula best2..thank Q for great sharing..lagipun exam final nak abis,lagi semangatlah nak Mod Blog aku..hehe
    enKHA´s last blog ..Ada Apa Pada USD 0.99? My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 14 2009

      Trimas kerana tunggu artikel JomPHP…
      hehe aku pun student gak sibuk ngan final xm nih…xleh la nak update hari2..

      tunggu cuti sem baru leh tulis artikel bebanyak :)
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

  9. Khai (15 comments.) / Nov 15 2009

    patut roslan tiba2 suruh buat benda ni.. aku pun pasal la WordPress Mobile Edition.. then try view jomphp kat henpon, nampak tajuk ni.. sabo je la..

    tp plugin ni macam lagi ensem la..
    Khai´s last blog ..Cara dan Tips Berhenti Rokok Paling Berkesan My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 15 2009

      Ko patut buat la mobile edition ntuk JK, OA ngan OHtidak tuh…haha…baru up-to-date beb…

      tapi customize la sket apperance tu…default dia x cun mana la..haha
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

  10. eldy (4 comments.) / Nov 15 2009

    blogger.com dpt tak ?

  11. naz (3 comments.) / Nov 16 2009

    :w00t: kena buat ni, sbab dlm stats, byk juga visitor dr browser symbian, blackberry. thanks.

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1