UXDE dot Net Wordpress Themes

Itsdagram – aplikasi Instagram untuk Windows Phone/Nokia Lumia

By

itsdagram-windows-phone

Itsdagram merupakan aplikasi tidak rasmi Instagram untuk pelantar Windows Phone. Ianya dicipta oleh pembangun perisian bernama Daniel Gary bagi memenuhi permintaan ribuan pengguna Windows Phone dan Nokia Lumia yang perlukan aplikasi Instagram.

itsdagram-windows-phone[3]

Anda boleh daftar akaun Instagram, sign in, upload gambar, tambah filter, likes gambar, komen gambar…dan hampir semua fungsi yang ada pada aplikasi rasmi Instagram pada pelantar iOS dan Android.

Pujiaan harus diberikan kepada Daniel Gary kerana aplikasi Itsdagram mempunyai antaramuka yang cantik dan laju serta berkualiti tinggi walaupun beliau bukanlah seorang pembangun perisian sepenuh masa dan bekerja di syarikat besar.

Syarikat Instagram sendiri, walaupun bernilai $1 Billion namun masih enggan membangunkan aplikasi rasmi Instagram untuk pelantar selain iPhone dan Android. Versi iPad pun masih tiada lagi sampai sekarang.

Itsdagram boleh dimuat turun dalam 2 versi, percuma dan berbayar dan khas untuk pelantar Windows Phone 8 sahaja. Versi untuk Windows Phone 7.X masih dalam pembangunan.

Download Itsdagram (percuma + iklan) | Download Itsdagram berbayar ($1.49)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Tinggalkan komen anda