UXDE dot Net Wordpress Themes

iPhone 4S : Spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran di Malaysia

By

malaysia iphone 4s

Semalam berlangsung Apple keynote di mana model terbaru telefon pintar Apple iPhone 4S telah diumumkan. iPhone 4S adalah model upgrade daripada iPhone 4 yang mana merupakan antara smartphone yang sangat berjaya dari segi prestasi dan jualan.

Kalau anda berminat hendak membeli dan menjadi pengguna iPhone 4S, jom tengok beberapa maklumat mengenai iPhone 4S di bawah :

iPhone 4S Specs :

specs iphone 4s

iPhone 4S iPhone 4
Dual-core A5 processor Single core A4 processor
1 GB RAM 512 MB RAM
8 MP Camera 5 MP Camera
1080p Full HD recording 720p recording
VGA front camera VGA front camera
3.5” 640X960 retina display IPS 3.5” 640X960 retina display IPS
iOS 5 and iCloud iOS 4 (upgradable to iOS5)

 

Seperti yang kamu lihat, iPhone 4S hanya merupakan “minor upgrade” kepada model iPhone 4. Tidak banyak perubahan melainkan spefikasi processor, ram dan camera saja yang dipertingkatkan.

Processor dualcore A5 yang digunakan pada iPhone 4S mempunyai “7X Performance” berbanding processor single core A4 yang digunakan pada iPhone 4. Jadi, pengguna iPhone 4S boleh mengharapkan kualiti games dan video 1080p dengan iPhone 4S ini.

Ramai pengguna dan peminat Apple sebenarnya berharap iPhone 4S akan mempunyai skrin yang lebih besar, resolution yang lebih tinggi serta design yang serba baru.

Bagaimanapun, iPhone 4S dikatakan mempunyai bateri yang lebih tahan lama berbanding iPhone 4 terima kasih kepada processor A5 yang digunakan.

Selain itu, iPhone 4S didatangkan dengan iOS 5, iCloud dan juga Siri. Siri ialah fungsi pengawalan iPhone menggunakan suara yang sangat unik dan bergaya.

iPhone 4S Siri

Harga iPhone 4 di Malaysia

malaysia iphone 4s[5]

Sebenarnya ramai yang keliru dengan harga yang diumumkan oleh Apple seperti di atas. Kalau betullah harga seperti di atas, mesti ramai orang akan beli sebab sangat murah iaitu $199 (RM600) untuk model 16 gig dan $399 (RM1200 untuk model 64 gig).

Saya difahamkan harga di atas adalah untuk pembeli di US yang membeli iPhone 4S melalui carrier seperti AT&T, Verizon dan sebagainya dan mempunyai kontrak selama dua tahun.

Apple-iPhone-4S-prices

Hasil carian Google menunjukkan bahawa harga iPhone 4S unlocked bermula dari $649 (RM2079) dan mungkin untuk model 16 gig. Model 32 gig dan 64 gig sepatutnya lebih mahal.

Unlocked iPhone bermaksud iPhone boleh digunakan pada mana-mana Telco tak kira Maxis, Celcom atau Digi dan bebas guna kad sim yang lain.

Kami akan update mengenai harga iPhone 4S di Malaysia bila segalanya sudah diumumkan.

Tarikh pelancaran iPhone 4S di Malaysia

malaysia iphone 4s[7]

Apple iPhone 4S akan mula dijual bermula 14 Oktober di US dan kami jangkakan iPhone 4S akan masuk Malaysia paling awal pada November dan mungkin juga Disember 2011.

Kami akan update mengenai tarikh pelancaran iPhone 4S di Malaysia di masa akan datang.

Di olah daripada artikel asal iPhone 4S : Specs, Price and Release Date in Malaysia.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 11 Comments

  1. Achmed

    Assalamualaikum EINS.

    Adakah versi iphone 4 yang dijual di telco maxis misalnya dari jenis lock ataupun unlocked?

    Thank bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing