UXDE dot Net Wordpress Themes

iPad 4 dilancarkan, apa reaksi pembeli baru iPad 3?

By

ipad 4

Tahukah anda, semalam selain iPad Mini dan MacBook generasi baru…Apple turut melancarkan iPad generasi ke-4? iPad 3 baru dilancarkan kira-kira 6 bulan lepas namun Apple telah bertindak melancarkan iPad generasi ke-4, kemungkinan besar, akibat desakan persaingan dengan Google, Samsung dan Microsoft.

Secara fizikal iPad 3 dan iPad 4 tiada perbezaan cuma iPad 4 mempunyai processor yang lebih laju (A6X) serta kamera depan 1.2MP. iPad 4 juga mempunya lightning port baru yang tidak boleh digunakan dengan ribuan aksesori lain tanpa membeli adapter terlebih dahulu.

Jadi apakah efek pelancaran iPad 4 kepada pembeli baru iPad 3? Baca artikel ini selengkapnya.


iPad 4 dilancarkan, apa reaksi pembeli baru iPad 3?

1. Harga

Selepas pelancaran iPad 4, harga iPad 3 telah dikurangkan. Menurut facebook Machines, harga terkini bagi iPad 3 ialah :

iPad Wi-Fi 16GB Black/White – RM1379
iPad Wi-Fi 32GB Black/White – RM1679
iPad Wi-Fi 64GB Black/White – RM1979

iPad Wi-Fi + Cellular 16GB Black/White – RM1779
iPad Wi-Fi + Cellular 32GB Black/White – RM2079
iPad Wi-Fi + Cellular 64GB Black/White – RM2379

Manakala iPad 4 (belum sampai di Malaysia) pula akan mula dijual bermula harga RM1499 menggantikan harga asal iPad 3.

Yang rugi di sini ialah pembeli baru iPad 3, iaitu orang baru beli iPad 3 kelmarin, 2 minggu lepas atau sebulan lepas. Penurunan harga iPad 3 juga bermakna resale value juga semakin turun. Katakan bulan lepas beli iPad 3 RM1499 sekarang mahu jual second hand, mesti jual bawah pada harga baru iaitu RM1379.

2. Hipster Value

Kepada golongan hip yang selalu berbangga dengan iPad 3 Retina Display sebagai gadget tercanggih dan terbaru, kini tidak lagi. Hipster value iPad 3 sudah berkurangan secara drastik dengan adanya iPad 4 yang lebih laju serta kamera depan HD. Boleh tangkap gambar camwhore sendiri dengan lebih cantik sambil minum kopi di Starbucks atau ketika makan burger di McD.

Nak tak nak keluar duit lagi untuk beli iPad 4 untuk kekal sebagai golongan hip.

3. Jailbreak

Apple menggunakan processor A6X pada iPad generasi ke-4, processor A6 pada iPhone 5 dan processor A5X pada iPad 3. Ketiga-tiga processor tersebut adalah berlainan, dan ini menyukarkan pembuat Jailbreak untuk membina tool Jailbreak kepada pelbagai versi device iOS.

Bagi yang mahu jailbreak, sila cari iPad 3 dengan iOS 5.1.1. Sebab jailbreak iOS 6 entah bila akan keluar. Mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan (jika ada).

apple-ipad-comic

Sebagai penutup artikel ini, anda boleh baca komik “What it’s like to own an Apple Product” daripada The Oatmeal dengan menekan gambar di atas. Agak lama tetapi masih relevan.

p/s : SoyaCincau melaporkan kemungkinan besar pembeli baru iPad 3 tidak boleh menukar ke iPad 4. Ada pembeli baru iPad 3 di sini? Apa reaksi anda kepada pelancaran iPad 4?

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 3 Comments

  1. Abu Shah

    Apple!! kau nk kluar kan Ipad 10 esk pon ade aku kesah!! waakakakaka..semua tu dunia jer..mengejar keduniaan..ingat juga pada akhirat.

  2. fakhrulzakry

    Nak cakap sakit hati , tak sakit hati, cuma geram tu adalah jugak. sebab baru beli sebulan. hehe but its okay. Im not into apple fan boy. use my ipad for my study, and app development.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>