Info : Jumlah RAM yang disokong dalam Windows

windows-7-ram-limit

Berikut adalah jumlah maksimum RAM yang disokong di dalam setiap versi sistem operasi Windows 7 bermula daripada versi Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise dan Ultimate.

Secara ringkas :

Windows 7 Starter hanya menyokong RAM 2GB sahaja, manakala Windows versi lain hanya menyokong setakat 4 GB RAM bagi versi Windows 32-bit atau x86. Untuk menggunakan RAM lebih daripada 4 GB, anda boleh menggunakan sistem operasi Windows 7 64-bit atau x64.

Saya sarankan pembaca menggunakan Windows 64-bit dan RAM sekurang-kurangnya 4 GB untuk kepuasan berkomputer dengan laju dan selamat. Anda boleh rujuk artikel berikut mengenai Windows 7 x64 : Tips Penting

Untuk maklumat mengenai ram limit dalam Windows XP dan Vista boleh rujuk laman rasmi Microsoft.