UXDE dot Net Wordpress Themes

Radeon HD 7770 GHz Edition dan R7 250X – kad grafik bajet rendah terbaik

By

sapphire hd 7770

Mencari graphic card untuk gaming bajet rendah? Pada pendapat kami, Sapphire Radeon HD 7770 GHz Edition 1GB GDDR5 masih merupakan kad graphic terbaik yang mampu dimiliki dengan harga kira-kira RM350-RM380.

Dengan HD 7770, anda boleh padankan dengan CPU seperti AMD quad-core, Intel Core i3 dan Core i5 untuk membuat PC gaming kos rendah. Sudah cukup untuk anda main Dota 2, Bioshock Infinite, Tomb Raider dan game2 PC terbaru dengan setting High dan fps > 30 pada resolusi 1920×1080.

Oh ya, anda mungkin tertanya kenapa Sapphire? kenapa AMD dan bukan Nvidia?

1) Kad grafik Sapphire biasanya harga jauh lebih murah berbanding pengeluar lain seperti Asus dan MSI.

2) Tiada kad graphic Nvidia yang mampu mencapai tahap HD 7770 pada harga sekitar RM350.

AMD telah pun mengeluarkan beberapa model graphic card generasi baru seperti R7 dan R9 series namun masih tiada lagi pengganti kepada model HD 7770. Terdapat juga desas desus terbaru AMD akan rebrand HD 7770 kepada model R7 250X namun belum disahkan lagi.

Mana nak beli kad grafik HD 7770 ini?

Cuba lah kunjungi kedai komputer berhampiran anda sekiranya masih ada stok lagi. Jika tiada stok, mungkin perlu tunggu model R7 250X yang dikatakan rebrand daripada HD 7770 keluar tidak lama lagi.

Update : AMD sudah mengesahkan bahawa model R7 250X akan dilancarkan sebagai model rebrand kepada HD 7770 GHz edition. Harga dijangka sekitar RM350 dan boleh didapati dalam varian 1GB GDRR5 atau 2GB GDRR5.

amd r7 250x

amd r7 250x[6]

amd r7 250x sumber anandtech

Selamat mencuba!

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 7 Comments

  1. Ep

    Mohon saudara Eins buat artikel tentang bottleneck pula. Saya ada pc zaman batu, masih pakai pentium, takut tukar graphic power2 tapi performance tak sampai tahap maksimum. Haha

  2. emy

    salam bro..nak tanya, grafik card ap yg sesuai,murah & power untuk spec nie
    [IMG]http://www.imagesup.net/?di=1414082633225[/IMG]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>