Dropbox dan Xmarks – Sayangilah hasil kerja anda dengan backup online

Majalah9 - Eksplorasi Duniawi

email

Rooney seorang pelajar semester akhir yang sibuk dengan Final Year Project. Rooney banyak mencari info menggunakan internet, dan info yg Rooney rasakan berguna Rooney bookmark pada browser kegemarannya. Hasil kerja Rooney selama hampir satu semester, Rooney simpan dalam hard disk. Suatu hari, hard disk Rooney rosak. Habis hilang segala hasil kerja. Pendrive Rooney yang mengandungi backup juga hilang. Akhirnya Rooney terpaksa repeat satu semester kerana tidak sempat membuat kembali projeknya itu.

Tak nak perkara berikut terjadi pada anda? Jangan ikut jejak Rooney jadi gunakanlah Dropbox & Xmark.

Dropbox

Servis online backup terbaik untuk semua. Percuma dan mudah digunakan. Wajib untuk semua pengguna internet!

1. Daftar akaun Dropbox disini

2. Download perisian Dropbox

3.Install perisian Dropbox dan login akaun anda.

4.Pergi ke My Documents dan anda akan melihat folder My Dropbox telah tersedia.

5. Sekarang anda hanya perlu pastekan hasil kerja anda dalam folder tersebut dan ia akan automatik backup ke online Dropbox. Atau terus saja save document anda dalam folder My Dropbox. Senang bukan?

 

6.File/folder yang telah siap dibackup akan mempunyai ikon tick seperti dibawah.

7.File/folder yang belum siap dibackup mempunyai ikon sphere dibawah:

8.Sekiranya anda mempunyai perisian Dropbox di pc lain, segala file dalam folder My Dropbox juga akan terpapar pada pc tersebut. Sangat cool!

Dropbox on Cyberfly-PC Dropbox on Cyberfly-Laptop
   

 

9.Atau akses file anda dimana saja melalui web Dropbox.

 

Xmarks

Xmarks merupakan extension untuk web browser Firefox, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari. Xmarks sangat best kerana ia akan automatik backup bookmark anda secara online, dan juga mergekan offline bookmark yg sudah tersedia ada. Dengan itu, anda tidak lagi akan kehilangan link ke website yang menarik/berguna biarpun pc anda rosak.

1.Dapatkan extension Xmarks disini.

2.Login ke akaun anda. Untuk pengguna Firefox, klik Tools->Xmarks->Xmarks Settings

3.Klik Syncronize now.

4.Sekarang semua bookmark anda telah dibackup online.

5.Sekiranya ada bookmark terbaru, Xmarks akan automatik backup (synchronize) secara online. Perhatikan pada bahagian bawah Firefox anda. Ikon flashing akan terpapar setiap kali anda bookmark sesuatu website.

6.Apa yang cool, sekiranya saya meminjam laptop EiNS dan mahu mengakses bookmark saya, saya hanya perlu login ke akaun Xmarks saya dan semua bookmark saya akan wujud pada laptop EiNS.

Firefox on Cyberfly-PC Firefox on Eins-Pc
   

 

Selamat mencuba dan semoga maju jaya ;)

Users who found this page were searching for:

  • citcat
  • kenapa dropbox selalu ada di chatting facebook
  • kenapa dropbox selalu ada di chatting facebook
  • link drop box dalam blog
  • cara guna drop box
  • Jom backup file secara automatik
  • repeat fyp blogspot
  • tonton tv3
  • dropbox jomphp
  • synchronise email dalam satu akaun google mail

Related posts:

  1. Cara sync dan backup bookmark pada Mozilla Firefox dan Google Chrome
  2. Cara membuat full backup windows dengan Macrium Reflect
  3. Backup handphone Sony Ericsson dengan MyPhoneExplorer
  4. Tonton.com.my – stream rancangan tv kegemaran anda secara online
  5. Kunci folder peribadi anda dengan My Lockbox

cyberfly

Admin JomPHP.Merupakan seorang pelajar sepenuh masa di UiTM Shah Alam dan mengambil jurusan Ijazah Perkomputeran Netsentrik.Menghasilkan JomPHP untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bidang IT.Blog lain ialah blog peribadi iaitu Cyberfly Blog

24 Comments to "Dropbox dan Xmarks – Sayangilah hasil kerja anda dengan backup online"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: