UXDE dot Net Wordpress Themes

Download Windows 8 Secara Sah Sekarang

By

download-windows-8

Windows 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2012 serentak dengan pelancaran Microsoft Surface dan beberapa tablet dan komputer baru menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft.

Bagi mereka yang tidak sabar menunggu pelancaran rasmi Windows 8, mahu download Windows 8 dan menggunakannya sekarang, anda boleh ikut cara-cara berikut :


Download Windows 8 Secara Sah

download-windows-8[3]

Windows 8 build 9200

#1 : Windows 8 Enterprise 90 hari tempoh percubaan

Microsoft membenarkan anda download Windows 8 Enterprise secara percuma dengan tempoh percubaan 90 hari. Selepas 90 hari, Windows 8 Enterprise tersebut akan expired dan tidak boleh digunakan.

Versi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba Windows 8 versi penuh dan bagi pembangun perisian/aplikasi untuk pelantar Windows 8.

Download Windows 8 Enterprise (90 days trial). Sila login menggunakan Microsoft Account terlebih dahulu.

#2 : Windows 8 MSDN

download-windows-8-msdn

Pelanggan Microsoft Developer Network (MSDN) boleh download iso Windows 8 sejak beberapa minggu lepas lagi. Tidak semua orang boleh menggunakan servis MSDN kerana anda memerlukan subscription yang bernilai $699 hingga lah ke ribuan US Dollar.

Download Windows 8 MSDN.

#3. Download Windows 8 dari Dreamspark Premium

dreamspark-premium

Anda pelajar atau staff kepada universiti dan kolej utama di Malaysia? Kemungkinan besar universiti\kolej anda ada menyediakan khidmat akses kepada Dreamspark dan Dreamspark Premium oleh Microsoft.

Dreamspark merupakan program khas untuk pelajar dan staff universiti dimana mereka berpeluang memuat-turun beberapa perisian Microsoft secara percuma dan juga mendapat diskaun untuk membeli perisian-perisian penting untuk tujuan education.

Anda boleh cuba akses kepada Dreamspark menggunakan email universiti…atau pinjam ID staff, pensyarah yang tidak menggunakan Dreamspark ini. Sila semak senarai universiti dulu di : Dreamspark Malaysia.

download-windows-8[5]

Untunglah jika boleh download Windows 8 original secara percuma melalui program Dreamspark Premium ini.


Setakat ini, hanya cara-cara seperti di atas membenarkan anda menggunakan Windows 8 secara sah lebih awal daripada tarikh pelancaran rasmi Windows 8 pada 26 Oktober 2012.

Kenapa tidak download dari Piratebay saja….? Benar anda boleh download Windows 8 secara torrent atau melalui laman file sharing tetapi kemungkinan besar anda akan mengalami masalah untuk mengaktifkan Windows 8 kerana ianya salinan yang tidak sah.

Selamat mencuba! :)

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 24 Comments

  1. ahmad rais

    Salam, mcm mne nak install lepas format masuk win 8. ? kena download kat website brand laptop ke satu2 driver die?

    • EiNS

      most driver automatic detect dah cam wifi…driver graphic boleh terus download dari website nvidia/amd

      lain2 cara install driver sama cam install driver windows 7

    • EiNS

      kat dreamspark ada pro x64…xde beza sangat sebenarnya pro dan enterprise ni, cuma enterprise ada fungsi windows-to-go boleh letak windows 8 dalam pendrive

      • namza

        bro.. kalau trial semua function bleh guna ke? cnth personalization tu… ke kena beli baru bleh pakai?

        • EiNS

          personalization tu kena activate windows baru boleh tukar lockscreen, background color/pattern dan remove watermark kat desktop

        • EiNS

          pricing windows 8 (ntuk malaysia) taktahu lagi sebab belum official announce…kalau trial tu recommend install kat vmware/virtualbox dulu untuk testing

  2. hisham

    macam mana nak semak compatible ke tak dengan lappy?? aku dah download iso dari dreamspark..dah masuk 2kali install..dia tulis install tak complete..merana den..kalau pakai usb okay xbro? aku nak try pakai windows 7 usb tool utk create boot flash usb..ok x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing