UXDE dot Net Wordpress Themes

Download EinsFox – portable Firefox Aurora dengan modifikasi penuh dan pelbagai fungsi menarik

By

einsfox

Beberapa minggu lepas, saya ada post mengenai EinsFox – modded Firefox 5 Portable dengan pelbagai fungsi menarik dan kini saya telah upgrade kepada versi baru dan boleh dicuba oleh semua. Browser ini adalah percuma, tidak perlu install dan boleh digunakan bersama-sama browser lain dalam komputer anda.

Jom tengok apa yang menarik dalam EinsFox ini.

einsfox[6]

Kalau dulu saya guna Firefox 5 kini saya gunakan Firefox Aurora pula. Secara teorinya, memang jauh lebih ringan, laju dan stabil berbanding versi Firefox 5.

Tema juga saya ubah seakan-akan Google Chrome sebab ramai pembaca suka Google Chrome.

einsfox[8]

Add-on compatibilty saya set kepada disable jadi hampir kesemua add-ons Firefox yang penting boleh digunakan pada versi ini.

Walaupun ada perkataan “Incompatible” add-on itu tetap berfungsi seperti biasa, jadi tak perlu risau.

einsfox[10]

Ianya portable, tak perlu install dan boleh digunakan dalam komputer dan tidak akan mengganggu browser sedia ada. Paling menarik, boleh letak dalam pendrive atau external hard disk dan kemudian run di pejabat, sekolah, universiti dan mana-mana saja.

einsfox[12]

Untuk peminat Youtube dan web video, saya dah letak butang download video. Dengan adanya downloadhelper, hampir semua video dalam bentuk flash di internet boleh download dengan satu click.

einsfox[14]

Integrasi Download Manager dengan Flashgot. Secara default saya setkepada IDM dan boleh tukar kepada Downthemall, Orbit Downloader etc dengan mudah.

adblock plus

Bebas iklan – tiada popup, Google Ads dan sebagainya yang melambatkan browsing. Juga saya letakkan fungsi bypass link iklan seperti adf.ly dan sebagainya.

cocoon

Fungsi Cocoon – jadi anonymous, dan bypass sekatan internet dengan mudah samada di tempat kerja, universiti, sekolah dan sebagainya.

Anda perlukan akaun cocoon dan cara guna boleh lihat di artikel Cocoon JomPHP.

hulu

Akses website luar negara seperti Hulu, ABC online, Vevo, dan sebagainya dengan mudah dengan adanya cocoon. Tiada lagi message “this website is not available for your country

mangafox

Fungsi automatik load manga secara penuh di Mangafox dan Mangastream. Tak perlu tunggu lama dan click next-previous button.

read it later[6]

Fungsi Read it Later, hanya tanda page yang ingin dibaca kemudian dengan mudah dan akses di iPhone, Android, Blackberry anda.

Boleh baca lanjut di website Read it Later untuk gunakan di smartphone, iPad dan segala jenis platform lain.

firebug

Untuk web developer – fungsi Firebug dan Color Picker.

einsfox[16]

Dan banyak lagi fungsi-fungsi lain. Anda bebas customize, buang, tambah segala apa yang telah saya letak dalam browser ini.


Browser ini banding dengan Google Chrome, mana lagi laju?

Google Chrome lebih laju beberapa miliseconds. Browser ini dibina berasaskan Firefox 8.0 Aurora dengan beberapa custom tweak daripada saya.

Cara nak install?

Tak perlu install, download dan extract saja. Boleh letak dalam pendrive, external hard disk, copy paste ke komputer kawan-kawan dengan mudah.

Kenapa perlu guna?

Kalau suka boleh guna, tiada paksaan. Lagipun saya buat ini suka-suka. Tapi kalau ramai guna saya rasa bangga juga la. Haha.

Mana nak download?

Download EinsFox – Mediafire. Anda boleh reupload tanpa permission daripada saya.

Tak faham la cara guna? Boleh ajarkan?

Boleh tanya di Facebook JomPHP ya.


Download link EinsFox – Mediafire kongsi dengan rakan-rakan.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 8 Comments

  1. mynameisNaj

    Salam, just nak tnya..
    apa perbezaan yg paling ketara antara chrome dan firefox ek..??

    apa yg ambo tahu la kan, firefox menggunakan ruang kapasiti yg kecik je semasa intallation dia tapi dari segi processer tu, menggunakan memory yg amat besar sehingga kadang2 menyebabkan browser tu hang kejap masa mula2 bukak..

    manakala, chrome ni plk menggunakan ruang kapasiti yg agak besar utk file installation tu tapi menggunakan processer yg kecik sahaja..

    so, pada pandangan anda, mana yg lebih bagus dr segi performance..??

    tapi saya still lebih kpd firefox walaupon berat.. huhuhu..

    adakah dgn menggunakan firefox portable ini akan mengatasi masalah ke’betak’an itu..?? hehehe..

    • EiNS

      Firefox bermula firefox 7 dah selesaikan masalah cpu/ram usage tinggi…patutnya dah makin ringan berbanding versi sebelumnya…

      nak guna chrome or firefox bergantung kepada individu…ataupun guna je dua2 macam aku…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>