DivX HiQ – tukar flash player pada Youtube, tonton video yang lebih berkualiti tinggi

divx hiq[10]

DivX HiQ ialah browser plugin yang membolehkan anda menggantikan flash player default pada youtube dengan player DivX Plus Web Player.

Secara ringkas, DivX HiQ menjadikan video yang anda tonton di Youtube lebih berkualiti tinggi, smooth serta mengurangkan penggunakan CPU. Boleh dikatakan plugin DivX HiQ jauh lebih bagus berbanding flash player default yang digunakan oleh Adobe.

Selepas anda install DivX HiQ, anda akan lihat satu toolbar extra dibawah player default youtube. Dan jika ditekan video yang anda tengok itu akan distream menggunakan divx web player.

divx web player

Jika komputer anda mempunyai dedicated graphic card, video decoding akan dilakukan menggunakan graphic card tersebut. Teknik ini dipanggil graphic hardware acceleration. Ianya sangat effisien sebab processor (CPU) anda tidak akan menjalankan tugas yang berat sekiranya anda menonton video hd 720p atau 1080p.

Selepas menggunakan divx hiQ ini, saya rasa proses buffering juga semakin cepat. Kalau dulu default player mesti sangkut2 nak tengok.

Selain Youtube, website2 yang support DivX HiQ adalah:

  • Vimeo.com
  • DailyMotion.com
  • TheOnion.com
  • Revision3.com
  • Break.com
  • Funny or Die
  • MetaCafe.com
  • Facebook.com
  • Gamereactor.eu
  • FoxNews.com
  • ESPN
  • CNTV Xiyou

Download DivX HiQ Installer

Windows (XP, Vista dan 7) http://download.divx.com/player/DivXWebPlayerInstaller.exe

Mac http://download.divx.com/player/DivXPlusWebPlayer.dmg

Tiada versi linux, harap maklum!