UXDE dot Net Wordpress Themes

Dengar radio Malaysia online menggunakan aplikasi TuneIn Radio untuk Windows, iOS, Android

By

radio-malaysia

Suka dengar radio tempatan seperti Hot FM, Era FM, THR Gegar dan sebagainya? TuneIn Radio adalah aplikasi terbaik untuk dengar radio malaysia online pada pelbagai pelantar seperti Windows 8, iPhone, iPad, Android, Windows Phone, Blackberry dan sebagainya.

Dengar pelbagai radio tempatan dengan mudah dan cepat, tak perlu lagi buka website semata-mata nak dengar radio malaysia online…tak perlu lagi install banyak app radio yang menyemak di homescreen phone anda.


TuneIn Radio

tunein-radio-windows-8

TuneIn Radio untuk Windows 8 sangat elegan dan anda hanya perlu install dan terus pilih radio-radio kegemaran anda. Kualiti radio pula agak bagus dan stream sangat laju dan tidak sangkut-sangkut.

Bukan sahaja radio Malaysia, malah anda juga boleh mendengar saluran-saluran radio negara luar, saluran berita sukan dan sebagainya.

tune-in-radio-windows-8

Anda boleh snap aplikasi TuneIn pada desktop Windows 8. Sambil buat kerja boleh dengar radio Malaysia online juga.

Download TuneIn Radio untuk Windows 8. Atau boleh search “TuneIn” pada Windows Store.

tunein-radio-ios

Aplikasi TuneIn Radio untuk iPhone, iPad dan iPod Touch.

tunein-radio-android

Aplikasi TuneIn Radio untuk Android.

Selain itu TuneIn juga boleh digunakan pada Windows Phone dan Blackberry.

tune-in-radio-malaysia

Tidak mempunyai peranti-peranti Windows 8, iOS atau Android? Dengar radio Malaysia online di TuneIn Radio Web.

Selamat mencuba!

p/s: Kan bagus kalau ada “Adblock Plus” untuk radio…tak perlu lagi iklan yang menyemak…betul tak? Haha

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>