
Rasanya penulis sudah tidak perlu lagi memperkenalkan kepada anda mengenai apa itu torrent dan cara download torrent dari laman2 torrent sedia ada.
Bagi anda, apakah torrent client yang terbaik? Mungkin ada yang menjawab Bitcomet, Utorrent mahupun Xunlei dll tetapi penulis ada pilihan tersendiri, iaitu Deluge. Ini kerana Deluge merupakan klien yang ringan, laju, sangat bagus dan senang digunakan.
Untuk menguji kelajuan download menggunakan Deluge, penulis membuat eksperimen dengan mendownload torrent dengan bilangan seeder yang banyak iaitu iso Ubuntu, salah satu distro linux. Eksperimen dijalankan dengan kelajuan Screamyx 1Mbps dengan sistem Windows XP Service Pack 3.
Hasilnya? Whoaa..kelajuan download 100-180kbps? Kalau guna Utorrent nak cecah 100kbps pun susah. Kelajuan download torrent melebihi 100kbps sudah boleh dianggap laju sebenarnya kerana hakikat bahawa Screamyx telah pun throttle p2p download menyebabkan kelembapan download yang melampau.

Jikalau anda ingin mencuba, anda boleh download dan install deluge di : deluge-torrent. Jika anda menggunakan router, disarankan anda membuat portforward terlebih dahulu. Untuk tutorial portforward berdasarkan jenis router anda, cuba link ini : Portforward.
Tips ekstra:
Port = Guna port yang dicadangkan, jangan guna port default
Screamyx 1Mbps, upload speed = 384kbps
Screamyx 512kbps, upload speed = 256kbps
Sekian pengenalan mengenai Deluge.
Jika perlukan tutorial atau ada kemusykilan sila komen ya! :)
Users who found this page were searching for:
- guna maxis broadband untuk dapatkan wifi
- download guna torrent terbaik
- maxis broadband torrent
- cara menaikkan speed utorrent
- guna maxis broadband untuk dapatkan wifi
- download torrent guna idm
- speed tu maxis bb ilegal
- cara nak download torrent guna deluge
- how to open port maxis bb
- client torrent terbaik
Related posts:




