Dapatkan Windows 8 Original Dengan Harga Serendah RM50

windows 8

Dapatkan Windows 8 original dengan harga serendah RM50 – tak perlu lagi download Windows pirated, beli DVD cetak rompak atau cari crack/activator kerana anda kini boleh mendapatkan Windows 8 dengan harga yang sangat murah.

Update : Microsoft telah menutup loophole, kemungkinan mendapatkan promo code untuk Windows 8 original pada harga RM50 sangat tipis sekarang. Tanpa promo code, harga bagi Windows 8 ialah $39.99 (kira-kira RM120).


Dapatkan Windows 8 Original Dengan Harga Serendah RM50

Harga yang ditawarkan oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows 8 ialah

- $39.99 (kira-kira RM120) untuk digital downloads

- $69.99 (kira-kira RM210) untuk pakej DVD installer

RM120 bagi saya sudah agak murah berbanding harga Windows 7 original yang dahulunya mencecah ratusan ringgit (RM600+ untuk versi W7 Ultimate kalau tak silap). Disebabkan harga Windows yang sangat mahal itulah ramai pengguna komputer terutamanya di Malaysia memilih untuk menggunakan sistem operasi Windows 7 versi pirated.

Microsoft juga memberi tawaran untuk upgrade Windows sedia ada kepada Windows 7 pada harga serendah RM50.

windows 8 rm50

Anda boleh memohon promo code di laman Windows 8 Malaysia. Promo code ini membolehkan anda membeli Windows 8 dengan harga sekitar RM50 sahaja.

windows 8 malaysia

Daftar maklumat yang relevan. Lepas submit boleh check email anda. Jika bertuah, anda akan mendapat promo code contohnya seperti :

windows 8 promo code

Untuk membeli dan download Windows 8, anda kena menggunakan Windows 8 Upgrade Assistant. Upgrade Assistant ini akan scan komputer dan download installer Windows 8 (32bit atau 64bit bergantung kepada OS sedia ada).

windows 8 original

Anda boleh membeli Windows 8 Pro dengan menekan butang order. Bayaran hendaklah dibuat menggunakan kad kredit. Pilih digital downloads, tidak perlu order DVD kerana ianya lebih mahal dan tidak relevan.

Masa order, anda boleh masukan promo code yang diperolehi daripada langkah2 di atas.

windows 8 malaysia[11]

Selepas membeli, anda akan mendapat serial key Windows 8. Key ini boleh digunakan untuk upgrade Windows 7 ke Windows 8 ataupun buat clean install terus ke WIndows 8.

windows 8 malaysia[13]

Installer Windows 8 akan disimpan di dalam folder C:\ESD\Windows. Atau anda boleh terus buat USB installer ataupun simpan installer dalam bentuk ISO.

Dah ada ISO serta serial key original Windows 8 – maka bolehlah anda install Windows 8. Serius rasa puas hati bila menggunakan perisian original. Lagipun RM50 adalah sangat-sangat berbaloi kerana anda mungkin akan menggunakan OS ini untuk beberapa tahun lagi.

Bagi yang tertanya-tanya patut ke beli Windows 8, kalau nak harga murah baik beli sekarang. Lepas tamat offer daripada Microsoft, harga Windows 8 akan melambung naik kepada beratus-ratus ringgit pula.

Sumber rujukan : Windows 8 Promo Code | Ada masalah? Boleh rujuk thread Lowyat ini juga

Update : Microsoft telah menutup loophole, kemungkinan mendapatkan promo code untuk Windows 8 original pada harga RM50 sangat tipis sekarang. Tanpa promo code, harga bagi Windows 8 ialah $39.99 (kira-kira RM120).