Jan 19 / EiNS

Convert CD/DVD kepada format iso image file

image

Apakah cara terbaik untuk anda copy kandungan daripada CD dan DVD? Jika anda copy paste segala folder, bagi saya cara itu tidak bagus sangat kerana memakan masa dan tidak teratur. Cara yang lebih bijak ialah dengan menukar kandungan CD/DVD kepada satu file sahaja dalam format ISO yang mana file itu anda boleh urus dengan mudah.

Untuk tujuan membuat iso image file, saya mencadangkan anda menggunakan perisian Daemon Tools Lite.


Daemon Tools Lite

Daemon Tools Lite berfungsi untuk anda membuat disc image dalam format iso dan mds. Format iso lebih universal jadi saya cadangkan anda set kepada iso file jika hendak mulakan proses disc imaging. Satu virtual drive akan dibuat pada komputer anda dan ia akan digunakan apabila anda mount mana-mana iso image.

Katakan anda mempunyai dvd windows 7, anda boleh membuat satu iso file yang mengandungi installation windows 7 menggunakan daemon tools lite ini.

image

Mula2 sekali, masukkan dvd windows 7 ke dalam disc drive anda. Kemudian, right click pada tray icon daemon tools lite, dan tekan disc imaging. Di dalam disc imaging, tekan destination image file, pilih iso format dan namakan file anda. Kemudian tekan start.

Setelah proses membuat iso file selesai, anda boleh “mount” iso file tersebut. Mount bermaksud anda boleh membuka kandungan dalam iso file tersebut tanpa perlu burn atau extract.

image

Untuk mount, anda hanya perlu tekan pada virtual devices.

image

Selepas itu, tekan mount image dan pilih iso file yang telah diproses tadi.

image

Autoplay akan muncul menunjukkan anda telah berjaya mount image windows7.iso ke dalam virtual drive (E:). Anda kini boleh menggunakan virtual drive itu seakan-akan disc drive sebenar.

image

Jika anda ingin burn iso image file kepada cd atau dvd sebenar, anda boleh gunakan perisian Astroburn Lite misalnya. Atau anda boleh guna perisian cd/dvd burner lain seperti Nero, Ashampoo dan CDBurnerXP.

Jika iso image file yang anda burn itu ialah iso kepada cd/dvd windows, maka secara automatik disc yang anda burn itu akan jadi bootable dan boleh digunakan di dalam DOS.

Setakat ini sahaja tutorial ini, tutorial lain akan menyusul jika kami ada masa.

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Cara convert video kepada format telefon bimbit/ipod/iphone
  2. Arc Convert – Perisian converter file archive termudah
  3. Cara format windows XP menggunakan pendrive
  4. Cara senang upload plugin,theme dan file untuk wordpress
  5. Cara split file dengan WinRar

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 1,057 kali <<

7 Comments

leave a comment
  1. bujang / Jan 20 2010

    mne nak download driver usb modem confugaration ngan modem interface untuk window 7 ek?

  2. Anarm (55 comments.) / Jan 20 2010

    aku dr dulu smpai skrg pakai PowerISO.. penah guna daemon tools lite ni tp rasa kekok je.. deamon ni sempoi sbb die FREE.. :cool: Anarm´s last blog ..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers My ComLuv Profile

  3. Kam / Jan 20 2010

    Aku gune Virtual Clone Drive jek

    http://www.slysoft.com/en/virtual-clonedrive.html :heart:

    Burn @ convert CD/DVD to ISO gne ImgBurn :heart:

    http://www.imgburn.com/

    Freeware!

  4. aizuddin (12 comments.) / Jan 20 2010

    aritu aku nak gak convert ke iso..
    tapi x tau camne..
    pasni boleh try la..thnx :smile: aizuddin´s last blog ..(Review) Ketika Cinta Bertasbih 2 My ComLuv Profile

  5. AmnishMan / Jan 20 2010

    Terimakasih…Big Tuan! Mmg post ni yg aku cari…hajat hati nk install win7 ke pc arwah tu tapi x berdvd player pulak. Yeah..siap convert :w00t:

  6. ssss / Jan 26 2010

    aku lebih suka ultra iso..sbb boleh convert ke fomat lain

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1