Cara update BIOS laptop anda

laptop motherboard bios

Basic Input/Output System (BIOS) bertujuan untuk memberi graphical user inteface (GUI) atau antaramuka kepada firmware komputer anda. BIOS diperlukan bagi memastikan hardware computer anda seperti processor, graphic card, audio controller, dvd drive berfungsi dengan baik.

Pengeluar komputer biasanya akan menyediakan update kepada bios komputer atau laptop anda bagi memastikan komputer anda lebih stabil dan bebas daripada bugs. Sebelum ini, laptop Acer 4736G mengalami masalah overheat yang serius, mengakibatkan komputer menjadi lambat serta dvd drive tidak berfungsi. Melalui bios update, laptop saya kembali menjadi lebih stabil, lebih laju dan selesa untuk digunakan.

Sekiranya komputer atau laptop anda mengalami masalah seperti overheat atau cepat panas, audio tidak berfungsi, dvd drive gagal berfungsi, dvd drive tidak dapat burn cd, masalah graphic atau display, anda amat digalakkan membuat bios update terlebih dahulu sebelum anda hantar ke kedai komputer atau claim warranty. Kalau nasib baik, masalah anda akan selesai dan boleh jimat hingga ratusan ringgit serta dapat menjimatkan masa juga.

Peringatan: Update BIOS bermakna anda akan flash bios lama kepada versi terbaru. Kegagalan dalam proses mengupdate bios akan mengakibatkan komputer anda rosak serta merta, pastikan anda tahu apa yang buat dan jika tidak, sila refer kepada pakar. JomPHP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku akibat kegagalan mengupdate bios.

Tutorial ini menggunakan laptop Acer 4736G, Windows 7 64bit. Cara untuk laptop atau komputer lain sepatutnya tidak banyak bezanya.

1. Check bios version; taip dxdiag pada butang search menu.

bios update

Dalam screenshot di atas, dxdiag memaparkan versi bios yang terdapat pada laptop saya ialah InsydeH20 version 2.08.

2. Di website Acer Australia, terdapat 5 update untuk bios bagi laptop Acer 4736G dan versi terbaru ialah 2.08.

bios update acer laptop

Sudah tentulah laptop saya menggunakan versi bios terbaru, tetapi tutorial ini menunjukkan bagaimana cara anda untuk install bios update. Katakan laptop saya mempunyai bios version lama dan saya ingin download versi 2.08, hanya perlu tekan butang download dan tunggu process download selesai.

3. Bios sudah selesai didownload, sekarang masa untuk install bios update pula. Buka file zip yang didownload dan ada dua folder, iaitu DOS dan Windows. Ada dua cara untuk bios update iaitu melalui DOS, anda kena copy file ke dalam bootable disk kemudian run file .bat pada dos, atau hanya perlu run executable files (.exe) dari dalam windows.

bios update windows 7

Bagi saya, cara yang paling senang ialah update bios melalui windows.

4. Jika anda bersedia untuk update bios melalui windows, double click pada file .exe yang berada di dalam folder windows.

bios update windows 7[5]

Perhatikan versi bios yang anda ingin update. Laptop saya sudah mempunyai bios terbaru dan obviously saya akan tekan pada butang cancel. Jika versi current bios adalah berlainan dengan new bios, anda perlu tekan butang OK untuk memulakan bios update.

5. Pastikan bateri laptop berfungsi serta sambungan elektrik pada laptop anda tidak ada masalah. Sila close semua processes lain pada explorer windows anda.

6. Selepas bios diupgrade, laptop anda akan direstart, dan apabila berjaya masuk ke dalam windows, cuba check sekali lagi versi bios pada dxdiag bagi memastikan bios sudah berjaya diupdate.

7. Jika berjaya, tahniah saya ucapkan dan semoga beberapa masalah hardware atau laptop slow dan banyak bugs tu sudah selesai.

8. Saya percaya cara untuk update bios pada laptop selain laptop acer seperti HP, Dell, Asus, Lenovo, Toshiba, Compaq dll adalah lebih kurang sama je dengan cara yang saya tunjukkan. Jika ada sebarang masalah boleh tanya di ruangan komen.

Selamat mencuba semua! Smile