UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara recover files yang hilang selepas diformat menggunakan Recuva

By

recuva screenshots

Pernah tak anda mengalami masalah berikut?

  • hantar laptop kat kedai tapi lupa backup, akibatnya semua barang dalam hard disk lenyap
  • pendrive atau external hardisk mengandungi banyak dokumen2, gambar2 penting tapi hilang, sebab terdelete, sebab file jadi corrupt atau tersilap format
  • gambar2 cun yang anda ambil pakai camera dslr dan digital camera tapi memory card x boleh baca dan anda terpaksa format juga
  • erase semua data dalam memory card smartphone atau handphone tanpa membuat sync atau backup

Kemungkinan besar file2 yang telah hilang tersebut boleh recover menggunakan program2 tertentu, walaupun tak dapat semua seperti 100% asal tetapi lebih baik daripada tiada langsung kan. Recuva ialah perisian yang anda perlukan sekiranya anda mengalami beberapa situasi seperti di atas.


Apa itu Recuva?

Recuva ialah perisian untuk UNDELETE, UNERASE, serta recover file yang telah hilang akibat proses format.

Boleh digunakan pada hard disk biasa, solid state drive, iPod, iPhone, memory card, external hard disk, pendrive dan lain-lain storan berasaskan Flash Strorage.

Recuva tidak boleh recover file yang diformat menggunakan kaedah low-level format dan juga file yang didelete menggunakan secure method.

Cara Menggunakan Recuva

recuva download

Run program Recuva, kemudian pilih jenis file yang anda hendak recover, contohnya gambar, music, documents, video dll. Kalau nak recover semua jenis file yang ada boleh tapi mengambil masa yang sangat lama melampau-lampau.

File2 yang baru didelete atau diformat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk recovery. Kalau yang dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun delete jangan mimpi la nak dapat balik.

recuve restore deleted files

Pilih lokasi asal file2 yang telah didelete atau diformat. Kalau nak search seluruh computer tekan I’m not sure.

recuva restore deleted files

Jika anda telah membuat scan tapi gagal jumpa file yang telah didelete, anda mungkin terpaksa membuat Deep Scan. Deep scan mengambil masa yang sangat lama untuk siap.

recuva restore erased files

Selepas proses analyze dan scan siap, anda boleh preview file2 yang telah dijumpai, dan jika jumpa file yang anda perlukan, boleh tekan butang Recover.

Sila recover pada drive yang berlainan dengan yang anda scan, contohnya anda scan pada pendrive (X:\) anda kena restore pada drive C:\ atau D:\ misalnya. Selepas siap restore sila check dan pastikan bahawa file yang direstore itu boleh dibuka seperti biasa.

Jika anda betul2 mengalami masalah besar akibat kehilangan file, diharap program Recuva ini dapat membantu anda semua.

Download Recuva

Download daripada laman web Piriform: Recuva Download


Tutorial ini dibuat bagi membantu rakan saya yang mengalami situasi seperti di atas. Dari dulu lagi nak tulis tutorial pasal software nie, tapi masa tu ragu2 lagi sebab software macam ini kalau disalah guna memang teruk effect-nya.

Boleh kata software untuk uncover truth, juga la…kalau anda faham maksud saya. Tapi benda baik jangan la disalah guna kalau boleh kan.

Btw pengguna Ubuntu tahu tak apa program seumpama ini yang boleh digunakan pada ubuntu? Kalau boleh yang ada GUI elok sikit, takmau yang pakai terminal atau live cd.

Nak try kat Ubuntu sendiri tak boleh skang sebab Ubuntu 10.10 saya crash, akibat daripada terlampau banyak modification dan kernel adjustment. Biasa la trial and error belajar benda baru compile kernel sendiri.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 22 Comments

  1. Diana

    hi… sy tercari cari cara nak recover balik pen drive saya yang tiba2 semua data hilang. sy da download software tu tp masa nak next pada file location, keluar perkataan.. the does not exist.. sy belum format lagi pen drive tu… atau nak kena format dulu baru bole try… klu da format, confirm dapat balik ke yg da hilang tu. mintak tolong yea…

  2. Remy

    “Recuva tidak boleh recover file yang diformat menggunakan kaedah low-level format dan juga file yang didelete menggunakan secure method.”

    Maksudnya?

  3. seha

    sya kena buat prsntation tentang sofware..penat saya pikirkan softwre ape yang sesuai..akhirnya sya buat tentang recuva…ia sangat mudah untuk dibentang..tq semua….

Tinggalkan komen anda