Cara pantas menukar post kategori dalam WordPress

Sebelum ini blog JomPHP mempunyai sangat banyak kategori post sehingga menjadi kurang kemas dan tidak teratur. Sempena beralih ke tema baru yang lebih cantik, kami mengambil keputusan untuk memadam dan menyusun kembali beberapa kategori sedia ada.

kategori1

Cabaran yang kami hadapi ialah bagaimana dengan post yang menggunakan kategori yang akan dipadam? Secara defaultnya wordpress akan meletakkan post yang menggunakan kategori yang telah dipadam ke dalam kategori Uncategorized. Anda tentu akan menukar kategori post tersebut kepada kategori baru, kerana kategori Uncategorized sangat tidak sedap dipandang. Tetapi jika anda mempunyai banyak post, proses ini akan memakan banyak masa.

Untuk menjimatkan masa anda, boleh gunakan tips ini, Hanya perlu tukar setting pada WordPress, tidak perlu menggunakan mana-mana plugin.

Langkah-langkah :

1. Login ke WordPress admin dan klik pada menu Settings, dan klik pada menu Writing

kat2

2. Pada Default Post Category, tukar dari Uncategorized kepada kategori yang anda mahu. Dalam contoh ini saya memilih kategori Tips Komputer.

kat3

3. Selepas itu saya memadam kategori Tips Perisian.

kat4

4. Sekarang semua post yang dahulunya berada dalam kategori Tips Perisian kini berada dalam kategori Tips Komputer.

Selamat mencuba Winking smile