UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara menjimatkan penggunaan bateri smartphone Android

By

jimat bateri android

Ramai pengguna iPhone mengadu bateri smartphone Android cepat habis, kadang-kadang sehari sampai dua hingga tiga kali kena cas. Ini adalah kerana masalah sistem operasi Android itu sendiri yang tidak efisien dari segi penggunaan tenaga dan interaksi antara software-hardware pada system level.

Tips berikut merupakan cara yang berkesan untuk meng-optimumkan bateri pada smartphone Android supaya anda tidak perlu sangat bergantung kepada charger atau external battery setiap masa.


Tips : Menjimatkan bateri smartphone Android

Perkara asas yang boleh dilakukan untuk memanjangkan bateri smartphone Android :

- tutup Wifi, 3G, Bluetooth bila tidak perlu

- mute/silent atau kurangkan volume pada phone

- menggunakan fungsi automatic brightness, lebih menjimatkan bateri berbanding menggunakan full brightness sepanjang masa

- sekiranya menggunakan internet WiFi, anda boleh tutup 3G begitu juga bila menggunakan 3G, tutup WiFi.

- mengelakkan penggunaan live wallpaper kerana walaupun cantik tetapi ianya sangat memakan bateri.

- elakkan meletakkan widgets yang terlampau banyak di homescreen kerana widget biasanya membazir bateri. Cukuplah sekadar widget jam dan cuaca sahaja.

- sekiranya menggunakan smartphone Android menggunakan skrin AMOLED (contoh : Samsung Galaxy S, SII, SIII, Note, Galaxy Nexus) anda digalakkan menggunakan wallpaper dan tema berwarna hitam/gelap kerana ia lebih menjimatkan bateri.

Battery Doctor untuk Android

battery doctor android

Android juga mempunyai aplikasi Battery Doctor seperti mana Battery Doctor iPhone. Anda boleh download secara percuma di Google Play Store.

Download Battery Doctor Android.

jimat bateri android[4]

Untuk menjimatkan bateri menggunakan Battery Doctor, anda boleh pilih pelbagai settings atau pilih mode : Extrem Mode, Clock Mode atau Custom Mode.

Custom ROM dan Kernel untuk Android

Smartphone popular Android seperti Galaxy S2, Galaxy Note, HTC One X, Galaxy Nexus, Galaxy S3 mempunyai ramai peminat dan komuniti pembangun yang besar. Power-user Android biasanya menggunakan custom Android ROM seperti CyanogenMod, AOSP-based ROM dan AOKP-based ROM kerana custom ROM jauh lebih ringan berbanding stock ROM (ROM atau firmware default Samsung, HTC dan sebagainya).

Selain custom rom, pembangun Android juga membuat custom kernel Android bagi menggantikan kernel asal pada stock rom. Custom kernel membolehkan optimasi yang lebih baik bagi bateri, processor, gpu dan hardware lain.

jimat bateri android[6]

Bagi pengguna Samsung Galaxy S2 i9100, berikut cadangan rom dan kernel yang bagus untuk anda :

- ROM cMIUI Android 4.1.2

- Kernel Dorimanx 7.X

- ExTweaks : Extreme Battery Profile

Pengguna smartphone Android yang lain, boleh jelajah forum XDA Developers untuk mencari custom ROM dan custom kernel yang terbaik untuk smartphone anda.

Root, Overclock dan Underclock Android Phone

root-setcpu-voltage-control

Bagi pengguna smartphone yang telah rooted atau telah flash kepada custom rom, anda boleh mencuba underclock processor untuk lebih menjimatkan bateri.

Katakan Galaxy S2 i9100; processor dual core 1.2GHz…menggunakan app di atas, anda boleh turunkan kelajuan processor kepada dual core 1.0GHz misalnya. Secara teori, lower clock speed lebih menjimatkan tenaga dan 1.0GHz sudah cukup untuk kegunaan harian.

Untuk root phone Android, anda boleh cuba SuperOneClick : Download SuperOneClick

Untuk underclock dan juga overclock : boleh gunakan SetCPU atau Voltage Control

Sebagai peringatan, root boleh menjejaskan warranti phone anda manakala underclock atau overclock processor boleh menyebabkan kerosakan kekal pada hardware phone. Jadi, jangan cuba kalau anda tidak yakin.

custom rom galaxy s2

Pengguna Galaxy S2 GTi9100, jika anda pengguna Dorimanx kernel, boleh cuba settings berikut. Buka ExTweaks dan pilih profile extreme_battery dan processor akan diturunkan kepada 1.0GHz dual core. Sedikit perlahan tapi battery life akan jadi bertambah baik, percayalah!

Untuk lebih laju, pilih profile extreme_performance dan processor akan dinaikkan kepada 1.5GHz dual core. Sebagai balasan, anda akan menghadapi battery drain yang lebih cepat berbanding asal.

Selepas gunakan ExTweaks, pastikan anda reboot dulu phone untuk mengelak hang atau lag.


Kelebihan Android sebagai sistem operasi sumber terbuka adalah bebas mengubahsuai dan mengeksploitasi keupayaan hardware smartphone ke tahap yang jauh lebih baik berbanding setting yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Selamat mencuba! :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 43 Comments

    • EiNS

      custom rom bermaksud rom yang dibuat/diubah/ditambah-baikkan oleh komuniti developer Android…bukan rom atau perisian asal daripada pengeluar macam Samsung atau HTC

  1. AnNamir

    Boleh pertimbangkan CPU Sleeper (terdapat juga versi CPU Sleeper Dual Core), yang akan berfungsi “mematikan” fungsi cpu pada mode hfon sedang sleep, menjimatkan bateri dan kadang2 boleh lihat peratus bateri akan bertambah 1-5%. Cubalah =)

      • AnNamir

        Oic… kat bahagian mana nak set tu dlm extweaks?
        Ada sikit persoalan, currently saya guna PA v2.22 + DorimanX 7.3.
        Kalau dkt info Performance dia, current CPU Governor HYPER dgn minimum 200mhz, maximum 1200mhz. Tanda set on boot ticked. Bila ubah kat situ governor dia, kejap je ok lepas tu mesti akan balik to hyper. Saya rasa mungkin sebab ada install ROM Toolbox, so saya try ubah setting govenrnor dlm RT tu, pun ok sekejap je lepas tu back to hyper. Agaknya sebab ada extweaks yg saya tgk masih kat mode hyper lagi kot.

        Btw, kongsilah sikit tips utk tweak guna extweaks kalau x keberatan, TQ in advance ;)

        • EiNS

          Extweaks – guna profile extreme, extreme battery, performance, extreme performance untuk lebih senang
          kalau extreme performance dia OC processor dari 1.2Ghz dual core kepada 1.5Ghz dual core
          kalau extreme battery dia underclock processor dari 1.2Ghz dual core kepada 1.0 Ghz dual core

          nak unlock function profile kat extweaks tu, first install extweaks dari play store…pastu unlock license dia, kena install extweaks yang berbayar pula…kalau xnak berbayar kena cari apk dia

  2. Am4ro

    Cara paling efektif untuk bateri tahan tukar kepada GSM, sy dh try berkesan kalau kerap internet pakai 3G/WCDMA memang kuat makan bateri. So sy switch kpd wcdma/3g bila perlu. Smartphone memang kuat makan bateri. Cara mengatasi switch kpd gsm

  3. fatboy

    bro nak tnya, aku dah dl battery doctor, dah siap instal dah, lps tu aku ada tertekan yg butang brightness lps tu dia jadi gelap, langsung xda lampu, mcm mna nak fix tu ya?

  4. humblehabil

    ada tak pos pasal tutorial pengenalan custom, rom sumer tu. tutorial nak tukar menukar sumer tu. and aku ingat nak upgrade ke jellybean. dah boleh ke eh? aku pakai s2 g.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>