UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara menjimatkan penggunaan bateri iPhone

By

bateri iPhone

Ramai pengguna iPhone mengadu bateri iPhone cepat habis, kadang-kadang sehari sampai dua hingga tiga kali kena cas. Ini adalah kerana Apple meletakkan bateri kapasiti rendah di dalam iPhone (1440mAH) demi menjadikan iPhone slim dan nipis.

Tips berikut merupakan cara yang berkesan untuk meng-optimumkan bateri pada iPhone supaya anda tidak perlu sangat bergantung kepada charger atau external battery setiap masa.


Tips : Menjimatkan bateri iPhone

Perkara asas yang boleh dilakukan untuk memanjangkan bateri iPhone :

- tutup Wifi, 3G, Bluetooth bila tidak perlu

- mute/silent atau kurangkan volume pada iPhone

- menggunakan fungsi automatic brightness, lebih menjimatkan bateri berbanding menggunakan full brightness sepanjang masa

- sekiranya menggunakan internet WiFi, anda boleh tutup 3G begitu juga bila menggunakan 3G, tutup WiFi.

jimat bateri iphone

- mematikan background process ketika multitasking…biasanya ramai pengguna sekadar minimize dengan menekan home button tetapi tidak mematikan aplikasi atau process yang berjalan di dalam background. Double click pada home button iPhone dan matikan semua process yang ada…tinggal yang perlu saja.

iPhone Jailbreak Tweak : Battery Doctor Pro

jimat bateri iphone[4]

Battery Doctor Pro (BDP) merupakan aplikasi khas untuk iPhone yang telah jailbreak. Berbanding aplikasi bateri lain di App Store, BDP membolehkan pengguna akses fungsi-fungsi system hardware yang tidak dibenarkan dalam guideline Apple App Store.

Anda boleh install Battery Doctor Pro secara percuma dari Cydia.

jimat bateri iphone[8]

Selepas install Battery Doctor Pro, anda boleh memilih setting yang sesuai untuk menjimatkan penggunaan bateri iPhone. Contohnya, setting “Super” memberikan jangka hayat bateri selama 24 jam pada iPhone dan jika pilih setting “Sleep” anda boleh mendapat lebih daripada itu.

Anda juga boleh menggunakan fungsi “standy intelligent power-saving” bagi membolehkan penukaran mode “power-saving” bila tahap bateri berada pada 30% misalnya. Fungsi 3G akan dimatikan pada lockscreen dan diaktifkan semula bila anda telah unlocked balik iPhone itu.

jimat bateri iphone[6]

Selain itu, Battery Doctor Pro menambah fungsi peratusan dan masa yang diperlukan untuk mengecas bateri iPhone menjadi penuh.

Lebih menarik kerana anda juga mendapat fungsi quick-toggle untuk on/off Wi-Fi, Data, 3G, mematikan semua process, tukar brightness dengan hanya satu click. Fungsi ini boleh diakses dengan menekan icon bateri pada status bar.


Pengguna iPhone yang tidak jailbreak adalah sangat rugi kerana banyak tweak dan apps untuk power-user tidak boleh didapati pada App Store. Battery Doctor Pro merupakan salah satu sebab kenapa perlunya anda jailbreak iPhone.

Cubalah, dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing