Jul 19 / EiNS

Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 2)

blog traffic, traffic blog, blog visitor, social networking, twitter

Entri ini adalah sambungan kepada entri cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1). Jika anda telah mengikuti semua langkah2 yang saya ceritakan di entri terdahulu, syabas saya ucapkan.

Di bahagian 2 ini, saya akan terangkan mengenai beberapa cara untuk meningkatkan trafik blog. Jom tengok!

Tingkatkan trafik menggunakan youtube

bayi, budak kecil, jomphp, youtube, utube, evians, air mineral, iklan best

Tahukan anda bahawa Youtube merupakan laman web ketiga paling popular di dunia? Hanya ketinggalan sedikit berbanding Yahoo.com dan Google.com (sumber:alexa). Youtube mempunyai jutaan hits setiap hari dan jika anda kreatif anda mampu menjadikan youtube sebagai sumber trafik yang baik.

Teknik yang anda boleh gunakan ialah, upload video2 yang popular dan mampu menarik ramai penonton. Kemudian anda boleh letakkan watermark adress blog anda pada video, ataupun letak annotations seperti screenshots di atas. Pada bahagian description anda juga boleh letak url blog anda. Pada bahagian channel anda, jangan lupa letakkan banner atau url ke blog anda juga.

Kuncinya di sini ialah, jadikan video yang anda upload itu sangat popular dan pastinya banyak trafik akan datang ke blog anda.

Tingkatkan trafik dengan dengan Google Webmaster Tools

Anda wajib menggunakan google webmaster tools seperti generate sitemap kemudian add di dalam dashboard google webmaster tools. Ini bertujuan untuk membuat segala content di blog anda di-index oleh googlebots dan dapat meningkatkan trafik melalui search engine.

Tingkatkan trafik dengan yahoo answers

yahoo answers, answers yahoo, yahoo ask, yahoo search, yahoo discover, yahoo explore, yahoo travel  

Yahoo answers boleh digunakan untuk anda bertanya dan menjawab soalan. Laman2 yahoo answers biasanya terindex di page2 utama di search engine. Oleh itu anda boleh memanfaatkan yahoo answers sebagai sumber trafik.

Caranya ialah, dengan menggunakan multiple akaun, anda membuat soalan baru seperti “where is the best place to learn about wordpress?”. Kemudian dengan menggunakan akaun lain pula anda menjawab soalan tadi dengan jawapan seperti “You can learn about wordpress and blogger at http://jomphp.com”. Be creative.

Tingkatkan trafik dengan menganjurkan pertandingan/contest

Salah satu teknik yang sangat berkesan untuk menjana trafik dengan cepat ialah dengan menganjurkan pertandingan atau contest kepada pembaca. Jika hadiah yang anda tawarkan sangat lumayan tentulah ramai yang akan berminat. Tetapi anda harus mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan hadiah, atau lebih beruntung sekiranya ada pihak yang ingin sponsor hadiah kontest di blog anda.

Anda juga boleh meletakkan syarat kepada peserta contest anda seperti wajib memberi link back kepada blog anda, atau wajib meletakkan banner. Anda juga boleh menggalakkan peserta contest untuk sebar kepada kawan2 di twitter dan facebook. Yang penting, kena kreatif lah!

Tingkatkan trafik dengan memberi perkhidmatan percuma atau bayaran murah

Jika anda berbakat membuat blog, design menggunakan photshop, pandai melukis atau apa2 kemahiran, anda boleh membuat perkhidmatan secara percuma ataupun dengan bayaran yang sangat murah kepada pengunjung blog anda. Anda juga boleh memberi perisian percuma, games percuma, mp3 percuma dll kepada pengunjung blog anda.

Bina jalinan antara admin blog dengan pengunjung, berikan yang terbaik untuk pengunjung blog, pastinya ramai orang akan suka berkunjung ke blog atau website anda.

Tingkatkan trafik dengan ebook

ebook, buku, electronic book, e-book, success with e-book, membaca

Anda juga boleh menjana trafik menggunakan e-book. Samada anda menjual ebook atau memberi ebook tulisan anda sendiri secara percuma kepada pengunjung blog anda. Jika ebook anda bagus tentulah ramai yang download dan bacanya.

Anda juga boleh meletakkan link kepada blog anda di dalam ebook tersebut. Letakkan iklan, banner, atau offer menarik di dalam kandungan ebook anda tersebut. Selain itu, ebook2 yang anda tulis juga boleh diupload di scribd dan docstoc untuk mencapai viewership yang tinggi.

Tingkatkan trafik dengan iklan

Anda boleh meningkatkan trafik kepada blog anda dengan beriklan samada secara percuma atau berbayar di blog atau website yang mempunyai trafik yang tinggi dan pagerank yang tinggi. Pastikan link kepada blog anda itu dofollow. Jika anda mampu design iklan yang menarik dan cantik tentulah lebih ramai orang akan click pada iklan anda tersebut.

Jika anda agak berada, anda boleh cuba beriklan melalui google adwords dan facebook ads. Lagi berbaloi, confirm tinggi trafik cuma anda haruslah mempunyai modal ya!

Tingkatkan trafik dengan membuat review blog

Anda boleh membuat review blog dengan owner blog lain. Maksudnya anda menulis review mengenai blog si A dan si A akan menulis review mengenai blog anda pula. Dengan itu, anda akan mendapat faedah dari linkback yang diberikan si A.

Blog review boleh dilakukan secara percuma (sukarela) ataupun berbayar.

blog, blogspot, wordpress, blog cartoon, blog people, blog social

Saya harap sedikit sebanyak tutorial yang saya tulis dapat menolong atau memberikan idea dan gambaran yang positif kepada anda.

Perlukah tutorial ini disambung kepada part 3 pula ya?

edit: Saya dah compile part 1 dan part 2 dalam bentuk pdf. Anda boleh download dan promo kepada member2 semua ya!

image

Download ebook cara meningkatkan trafik ke blog anda (pdf) : [DDL] Cara-meningkatkan-trafik-ke-blog-anda atau baca secara online di [docstoc] cara-meningkatkan-trafik-ke-blog-anda.

 

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1)
  2. Submit blog anda ke ntahla blog direktori
  3. Ketahui statistik dan identiti pengunjung blog & website anda
  4. Tingkatkan backlinks dengan blog dofollow
  5. Memasang Post Views di blog wordpress anda

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 2,128 kali <<

33 Comments

leave a comment
  1. darkk (47 comments.) / Jul 19 2009

    Kalau ada lagi, sambung. Sambung. Sambung. Ha-ha.
    darkk´s last blog ..Randum My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

      Aku sibuk la bro…tadak masa…ini aku korbankan sedikit masa free yg aku ada sebab gian nak mnulis blog

  2. PutraMalaya (1 comments.) / Jul 19 2009

    waduh3….
    sungguh berguna informasi2 itu..
    terima kaseh ya bapak…ngeh4

    :cheerful: :cool: :blush: :ermm: :dizzy: :biggrin: :angel: :smile: :tongue: :w00t: PutraMalaya´s last blog ..Download Lagu Nidji – Laskar Pelangi My ComLuv Profile

  3. luthtextile (6 comments.) / Jul 19 2009

    ok what tips neh.. kena rajen je..
    tak rajen mcmmana hits nak naik tiingggii…
    luthtextile´s last blog ..Tutorial Photoshop : Jom Buat Bisnes Kad My ComLuv Profile

  4. kita (1 comments.) / Jul 19 2009

    submit blog ke website directory seperti http://www.bloggermelayu.com . Promote sikit :)

    • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

      ok rasanya lam part 1 dah add directory cam ntahla.net…nanti aku add bloggermelayu gak

  5. zaryl (3 comments.) / Jul 19 2009

    yg yahoo answers tu kena hati2 skit tkut kena ban lak nanti. ada kemungkinan ke? :ninja: zaryl´s last blog ..Melayu Yang Lengai My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

      kalau buat new akaun tu pastikan lam bhgn profile tu bagi lain sket ngan akaun len…

      so baru x kantoi…yg penting trafik dari yahoo answers kadang2 masyuk gak

    • Khai (12 comments.) / Jul 19 2009

      Atau boleh bersekongkol dengan kawan yg lain.. lebih senang kot.
      Khai´s last blog ..Julai – Fast Update #6 My ComLuv Profile

  6. eldy (22 comments.) / Jul 19 2009

    semua tips traffic dari blog famous mahupun blog x tau malu gua dah jemur baca .. jadi x perlu lah buat part #3 .. :devil: eldy´s last blog ..Tips mencoret tajuk yang menarik perhatian My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

      biasa la tips2 nak increase trafik semuanya blogger lain dah cover…tapi JomPHP cuba ulas dengan cara tersendiri pula…

      kalau baca kat blog lain mereka yg tulis secara ringkas tanpa memberi penjelasan apa2 pun :cheerful:

  7. eldy (22 comments.) / Jul 19 2009

    K, part #3 biar gua jer yg sambung .. :silly:

    beberapa hari yg lalu blog gua punye traffic gempak sgt .. check punye check .. rupanya ada blog famous buat review tentang blog gua :happy:

    Jadi timbul satu idea .. apa kata Jejaktrend dgn Jomphp sama-sama buat satu post yang puji antara satu sama lain ? .. cool tak ? :biggrin:

    (persoalannya layak ke blog gua .. :blush: )

    :biggrin: :biggrin: eldy´s last blog ..Masih virgin ke dia ? My ComLuv Profile

    • Khai (12 comments.) / Jul 19 2009

      bila nak pakai wordpress bang? or at least domain sendiri? mesti lebih layak.. hehe..
      Khai´s last blog ..Julai – Fast Update #6 My ComLuv Profile

      • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

        Sampai bila mau guna blog free kan? haha…upgrade gna wordpress dan domain sndiri baru lah nampak professional sket dan cam serius blogging :happy:

      • eldy (22 comments.) / Jul 20 2009

        nanti nanti la .. sbab gua seorang pelajar form6 jer >.<)" .. miskin skit ..
        eldy´s last blog ..Tips mencoret tajuk yang menarik perhatian My ComLuv Profile

  8. Kill-Vearn (70 comments.) / Jul 19 2009

    aku dah cuba cari trafik melalui utube dan ianya berhasil.. huhu.. but tak tahan lama.. hahaha… sian aku… ahaha… good work einz…
    Kill-Vearn´s last blog ..Divorced: Kill-Vearn & Youtube My ComLuv Profile

  9. Encik Champur (1 comments.) / Jul 19 2009

    huhu thx for the info..i love jomphp ! XDD
    Encik Champur´s last blog ..(Gambar)Kepala Pengebom JW Mariot My ComLuv Profile

  10. Khai (12 comments.) / Jul 19 2009

    Congrates bro.. Bagus semua ni untuk newbie.. dan rasanya niat ko ikhlas nak tolong blogger lain.. bukan yg siap jual ebook padahal dia pon cedok dari internet (blog sendiri pon x pemes mana).. hehehe..

    aku baru perasan pasal yahoo answer tu.. nice juga.. tapi ken bersaing la.. pasal keyword tu semua mesti mat saleh dah kebas dulu..

    so kita berquestion answer la plak dalam melayu.. hehehe
    Khai´s last blog ..Julai – Fast Update #6 My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

      Ini mostly ntuk newbie la…nk tolong2 diorang kasi up sikit trafik…

      kasihan la blog bagus tapi tak ramai visitor…ramai yg give up blogging sebab ni la…

      haha tu arr…bnyk gak aku jumpa web/blog camtu…beria2 jual ebook atau tulis pasal seo n tingkatkan trafik…padahal sendiri punya blog alexa rank berjuta2…

      aku tulis ni bg free je sudah :biggrin:

  11. EiNS (994 comments.) / Jul 19 2009

    Selain teknik2 ni, ada gak teknik2 keji untuk increase traffic…

    cuma tu aku x berapa nak tulis lah…haha :cool:

  12. ariey (11 comments.) / Jul 20 2009

    thanks eins info yg berguna aku skrg ni dh bercadang2 nak pakai wordpress dan domain sendiri plak baru serius blogging hahaha..tgkla sikit hari lg.Skrg ni pakai jela yg free dulu untuk practice. :biggrin: ariey´s last blog ..Ceramah Israq’ dan Mikraj dari Ust Harun Din. My ComLuv Profile

  13. hazman aka species1980 (5 comments.) / Jul 20 2009

    tips kali nie lebih unik skit…..idea baru bagi blogger baru seperti saya….
    hazman aka species1980´s last blog ..Hasil lebih jelas My ComLuv Profile

  14. Skymer (2 comments.) / Jul 20 2009

    bro..tq byk2 pasal info nie..
    bole jgk aku blaja mende baru tntang blogging nih..
    nak cr sendiri kadang2 mls..huhuhu..
    Skymer´s last blog ..Jakarta kene bom lagi (Sbb Man UTD ke?) My ComLuv Profile

  15. sufian (2 comments.) / Jul 21 2009

    yahoo answer tu macam taktik tipu lak sket.. heh
    sufian´s last blog ..Micheal Jackson Domain Name My ComLuv Profile

  16. marzuki (20 comments.) / Jul 27 2009

    twitter pun boleh tingkatan gak. dia boleh hubung facebook ngan blog, bleh guna futuretweet, mcam2 ada.

  17. finalcross (10 comments.) / Jul 29 2009

    Hmm,TQ byk2 utk jomphp. nasib newbie bloggers semua ade gak yg membela seperti aku yg br jinak2 merpati ni. huhuhu :biggrin: finalcross´s last blog ..Land of the rising Sun, Japan. My ComLuv Profile

  18. Matcargo (1 comments.) / Jul 31 2009

    Salam Bro.. ermm ini lah kali pertama saya jumpa site nie.. ermmm isi kandungnya ermm jgn kata laaa. memang banyak info yg berguna… yang boleh dipraktikan bagi menjana traffik.. heheheh… tapi apa apa pun site nie memang best dan berinfomasi… nak ikut jugakla wat mcam nie huhuhuhu.. TQ bro byk ilmu yang saya dapat selama 2 jam dok belek site nie.. :biggrin: Matcargo´s last blog ..Acer Aspire 4810T for XP Professional x32 My ComLuv Profile

  19. Berita Bola (1 comments.) / Aug 8 2009

    Bagus banget isi artikel ini, benar-benar menambah wawasan.
    jika tidak keberatan, maukah anda mengajarkan saya teknik lainnya? Karena website kami http://www.suarabola.com susah banget naik PageRank dan Alexanya.
    Ditunggu emailnya ya. Terima kasih.

  20. a1zudd1n (16 comments.) / Oct 18 2009

    btul2..klo ad ag wat ag eh..hehe
    nt ak promot ebook..insyaAllah
    a1zudd1n´s last blog ..ARIL af7 – MENATAP matamu [OST kau & aku] My ComLuv Profile

  21. Mantra (3 comments.) / Nov 14 2009

    Thanks bro.
    Perkongsian yang menarik.
    Lebih2 lagi Yahoo Answer. Memang baru dengar ni. Kena try slow2…

  22. BuDakICT (1 comments.) / Dec 4 2009

    Wah3…very very informative…skrang,brulah blog saya lebih terkenal.Dan barulah saya rasa dihargai..HuHU!..Thanks…I will try it out!

  23. Amsyar (3 comments.) / Jan 2 2010

    ringkas dan padat!
    sambung lagi part 3.Saya sokong sangat2! :smile: Amsyar´s last blog ..PRODUK KOSMETIK MERBAHAYA! My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1