Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1)

image

Anda seorang penulis blog yang bagus, mempunyai blog yang cantik, gempak, colourful dan sebagainya. Anda bangga dengan hasil tulisan tangan anda. Anda rajin menulis berpuluh2 dan beratus2 entri yang panjang berjela. Anda sanggup upload beribu2 gambar dan video ke dalam blog anda. Pendek kata anda seorang blogger yang berdedikasi dan bersemangat waja.

Sayangnya, tiada orang pun yang ambil kisah pasal hasil dan penat lelah anda mengusahakan blog itu. Tiada komen, tiada feedback, tiada followers, tiada pembaca tetap, tiada silent readers, trafik tidak seberapa dan akhirnya anda give up, lalu berhenti blogging.

Rugi lah macam tu kan?

Trafik merupakan perkara terpenting bagi seseorang insan yang mengaku dirinya blogger. Tanpa trafik, tiadalah inspirasi anda untuk menulis blog. Jadi, di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk meningkatkan traffik ke blog anda. Bukan untuk menjadi glamour atau mengejar populariti, tetapi lebih kearah membuat blog dan diri anda sendiri lebih dihargai.

Saya bukanlah seorang pakar, tetapi saya berharap tips2 yang bakal diberikan oleh saya ini mampu meningkatkan traffik walaupun sedikit ke blog anda.

Search Engine Optimization (SEO)

Untuk pengetahuan anda, search engine seperti Google dan Yahoo bukanlah 100% tepat dan relevan. SEO adalah teknik manipulasi keyword, sitemap, permalink, tags dan pelbagai aspek dan komponen sesebuah blog dan website untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi di search engine result page (serp).

Contohnya, walaupun jomphp bukan blog yang berkaitan dengan drama jepun tetapi ianya tetap ter-index di page2 utama carian Google Malaysia dengan keyword ‘drama jepun’. Dengan teknik SEO, anda mampu memacu traffik melalui search engine ke blog anda, biarpun isi kandungan blog anda tidak ada kaitan langsung dengan keyword yang digunakan.

drama jepun

Teknik SEO blog sangat2 spesifik dan memerlukan penerangan yang panjang lebar. Jika saya ada masa insyaAllah saya akan ceritakan serba sedikit mengenai seo di masa akan datang.

Social Networking

image

Anda ada facebook, myspace dan friendster, kenapa tidak gunakannya untuk mempromosi blog anda?

Jika anda menggunakan facebook, anda boleh share link kepada post di website anda setiap kali anda post entri baru atau set status kepada url blog anda. Anda juga boleh membuat fan page bagi blog anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi NetworkedBlogs dan letakkan di bahagian sidebar blog anda.

Jika anda menggunakan friendster, anda boleh design dan letak banner besar2 mempromosi blog anda dalam profile friendster anda. Boleh juga kalau minta kawan2 tolong promo banner blog anda di profile mereka. Selain itu, anda boleh set status kepada url blog anda dan post buletin dengan link kepada blog anda. Myspace…err sori tak biasa guna.

Twitter micro-blogging

Twitter adalah laman micro-blogging yang sangat popular sekarang. Semua blogger amat digalakkan menggunakan twitter dan kalau guna tu hendaklah aktif. Kunci kejayaan promosi melalui twitter ialah mendapatkan jumlah followers yang ramai dan kekreatifan anda menggunakan bait2 kata yang manis untuk memikat followers untuk klik pada link yang anda post.

Contohnya, selepas membuat satu post baru di JomPHP, saya tweet “Anda semua memang best kalau rajin baca updates terbaru aku di http://jomphp.com”.

twitterfox

Harap2lah ada rakan2 yang klik pada link tersebut dan singgah di JomPHP. Selama saya menggunakan twitter, jumlah traffic yang datang dari twitter sangatlah memuaskan. Anda pun harus gunakan twitter juga.

Social Bookmarking

image

Jika anda menulis blog dalam bahasa Inggeris, anda amat digalakkan untuk submit post anda ke digg, stumbleupon, reddit etc. Ini kerana jika post yang anda tulis itu benar2 original, berkualiti dan unik, anda mungkin mendapat peluang muncul di muka depan laman2 social bookmarking tersebut.

Laman2 social bookmarking terkenal mempunyai page rank yang tinggi dan boleh memacu traffik sehingga beribu2 dan berpuluh2 ribu hits ke blog anda.

Negaraku.net juga boleh dijadikan sumber traffik yang bagus bagi blogger tempatan. Submit entri baru anda dan jika bernasib baik ramai yang akan fave it entri2 tersebut.

Blog Directories

image

Anda boleh submit blog anda ke blog directories, iaitu laman yang mengindex blog anda berdasarkan category dan keyword.

Cadangan saya, anda boleh submit di mybloglog, blogcatalog dan technorati. Bagi blog tempatan anda boleh submit di Ntahla, BloggerMelayu dan BloggerMalaysia.info.

Bersambung part 2.