Jan 8 / EiNS

Cara menggunakan custom resolution di lcd monitor anda

aoc f19s 

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah monitor baru dengan bajet rendah. Monitor yang saya beli ialah AOC F19s berharga RM360. Kualiti dan design monitor ini agak bagus dan itu menyebabkan saya tertarik untuk membeli monitor ini. Akan tetapi, monitor bersaiz 18.5” ini hanya boleh menggunakan resolusi yang agak rendah iaitu 1366×768, sama seperti resolusi lcd laptop 14” sahaja.

Saya cuba mencari jalan untuk menggunakan resolusi yang lebih besar daripada 1366×768 dan hasil carian google agak mengecewakan. Ramai orang mengatakan kita tidak boleh menggunakan resolusi lebih tinggi dari resolusi yang ditetapkan oleh pengeluar monitor.

Walaupun ramai yang mengatakan ia adalah mustahil, namun program yang saya jumpa secara kebetulan ini menangkis segala dakwaan mereka. PowerStrip, ialah software yang mempunyai fungsi untuk menggunakan custom resolution, serta mampu hack driver monitor anda untuk melepasi batas yang ditetapkan oleh pengeluar monitor.

Resolusi maksimum monitor saya ialah 1366×768 dan saya akan cuba menggunakan resolusi yang lebih besar iaitu 1440×900 dan 1680×1050.

1. PowerStrip

Pertama sekali download PowerStrip. Selepas install, anda mungkin terpaksa restart dulu komputer anda.

Selepas itu, run PowerStrip dan ia akan muncul di traybar anda. Anda boleh tukar preferences PowerStrip.

powerstrip

Untuk menggunakan custom resolution, pilih display profile > configure > advanced timing options > custom resolution.

powerstrip

Terdapat beberapa predefined resolution yang anda boleh pilih, atau anda boleh add new resolution mengikut yang anda mahu. Anda juga boleh meningkatkan refresh rate (default 60Hz) kepada yang lebih tinggi contohnya 75Hz.

Selepas memilih resolution yang anda mahu, tekan apply dan restart komputer untuk memastikan adakah display driver anda mampu menyokong resolusi baru.

image

Seperti yang anda lihat, monitor 18.5” saya mampu menggunakan resolusi yang lebih besar iaitu 1440×900 (19”) dan 1680×1050 (20”).

image

Ketika menggunakan resolusi yang lebih besar seperti 1680×1050, tulisan menjadi lebih kecil kerana masih terhad kepada saiz asal monitor. Sesetengah orang menghadapi masalah membaca tulisan lebih kecil daripada saiz normal. Mujurlah windows 7 mempunyai option untuk menukar saiz display kepada lebih besar pada 125% dan 150%.

Banyak lagi option2 advanced yang boleh dicuba menggunakan PowerStrip, seperti hack driver monitor, menukar contrast, gamma profiles, custom hotkeys dll.

2. Peringatan

Use at your own risk!!! Anda mungkin menghadapi masalah kerosakan pada display driver, windows atau juga kerosakan pada hardware seperti monitor dan display cards. Guna software ini jika betul2 perlu sahaja.

Terima kasih.

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Cara Ouput Display Laptop kepada Monitor atau Projektor
  2. Tips bermain game menggunakan laptop
  3. Unlock pc menggunakan wajah anda
  4. Cara format windows XP menggunakan pendrive
  5. Cara menghantar direct mesej secara automatik kepada follower baru Twitter anda

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 1,166 kali <<

10 Comments

leave a comment
  1. MrRollies (2 comments.) / Jan 9 2010

    aku menghadapi masalah ni since install windows 7! >.<
    nak try jugak..

  2. EiNS (1222 comments.) / Jan 10 2010

    Masalah xleh nak tukar resolution?
    selamat ada software nih :happy:

  3. Amir / Jan 12 2010

    Thanks weh

    • EiNS (994 comments.) / Jan 12 2010

      Ok…sesama :happy:

  4. zool (5 comments.) / Jan 17 2010

    Aku masih pakai monitor besau lagi..
    tak mampu nak pakai LCD

  5. budak / Jan 20 2010

    Kalo kat laptop bleh ke.
    Takut la nak buat, kang langsung takde display takut lak.
    Huhu.

    • EiNS (994 comments.) / Jan 21 2010

      Kat laptop maybe boleh…cuma aku tak rekomen…
      coz laptop memang asalnya saiz skrin kecik dan resolution kecik…

  6. ezzy (1 comments.) / Feb 5 2010

    bro, link dah remove kew ? nak pki gak, skunk aku pki benQ model G299HDL LED 18.5, resolutin yang aku leyh pki, 1024×786 jew ? hu3, masukkan ar link uh, nak download and try, if dah leyh, leyh jadi paper ark kat pc? aku pki windows 7

  7. ezzy (1 comments.) / Feb 10 2010

    dah bro, tetap ta leyh ? mcm ner ea ????
    ezzy´s last blog ..MADAH PERJUANGAN My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1