Cara membuat Wifi hotspot sendiri dirumah
Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.
Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah.
Kelebihan :
1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet, kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak!
2.Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop samaada ditingkat bawah / atas untuk mengakses internet asalkan mempunyai antena wireless.
3.Dapat bermain game LAN beramai ramai jika mempunyai banyak PC.Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota, dan lain-lain.
4.Dapat berkongsi file-file dengan seisi rumah dengan mudah.
Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :)
Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem)
Kelengkapan yang diperlukan :
1.Wireless Router
2.Kabel LAN (2 unit)
Langkah-langkah :
Bahagian A – Sambungan hardware
1.Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer.Sekiranya anda mencari wireless router yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, saya sarankan anda membeli wireless router Belkin.Boleh didapati di Plaza Lowyat dengan harga rm99.
Wireless Router Belkin :
2.Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada pc anda dari modem tersebut.
contoh modem streamyx :
3.Sekarang sambungkan kabel LAN yang telah dicabut dari pc ke port berlabel Modem pada Wireless Router anda.
contoh:
4.Sekarang modem anda telah disambung ke Wireless Router.
5.Dengan menggunakan satu lagi kabel LAN, sambungkan PC anda ke wireless Router dengan mengunakan port berlabel Computer pada Wireless Router anda.
6.Modem yang telah disambung kepada router.
Bahagian B – Akses Router
1.Pergi ke komputer anda, klik Start->Run->cmd
2.Dalam tetingkap cmd, taip ipconfig dan tekan enter.
3.Sekarang data-data berkaitan IP telah terpapar pada skrin.dapatkan Default Gateway untuk Local Area Connection.
Dalam contoh diatas, default gateway ialah 192.168.2.1
4.Sekarang sila masuk ke browser internet anda (Firefox, Opera, IE, etc) dan taip default gateway tersebut sebagai addres dan tekan enter.
5.Sekarang anda telah berjaya mengakses bahagian Setting router tersebut.
Bahagian C – Membuat sambungan internet
1.Untuk memasukkan username dan password streamyx anda, sila cari bahagian yang bernama PPoE.(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
2.Klik Next.
3.Masukkan Username dan Password untuk streamyx anda dan klik Apply Changes.
4.Sekarang Router anda akan restart.Selepas itu setiap komputer dan laptop yang connect ke wireless router anda akan mempunyai sambungan internet.
Bahagian D – Sekuriti Wifi
1.Bagi mengelakkan orang lain menggunakan Wifi anda, anda perlu meletakkan sekuriti terhadap wifi anda.Dalam contoh ini, saya akan menggunakan WEP.
2.Cari bahagian bernama WEP.WEP selalunya terletak dalam bahagian security..(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
3.Masukkan password yang dikehendaki dan klik Apply Changes.
4.Sekarang setiap komputer atau laptop yang mahu connect ke Wifi anda akan diminta password.Jika anda telah connect ke wifi tersebut sebelum password diletakkan, anda terpaksa connect kembali dan meletakkan password.
Bahagian E – Nama Wifi
1.Untuk mengubah nama wifi anda, cari bahagian bernama SSID.
2.Masukkan nama SSID baru yang anda suka dan klik Apply Changes.
3.Sekarang connection Wifi anda telah bernama JomPHP!
Sekarang anda telah siap setting wifi pertama anda.Anda boleh mencabut kabel LAN ke pc sekarang sekiranya hanya mahu menggunakan wireless.Untuk mengakses kembali router, hanya taip ip default gateway di web browser anda.
Sekiranya anda follow betul-betul tutorial ini, tahniah untuk anda.Anda telah menjimatkan duit sehingga rm100 sekiranya mahu mengupah orang untuk membuat wifi dirumah anda.
Ringkasan :
3 point iaitu PPoE, SSID dan WEP.Sekiranya anda faham 3 point ini, anda dapat mengsetup semua router yang diberikan kepada anda.
Selamat mencuba ;)
Related posts:










Perang epik antara komputer tablet bakal bermula
Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya
Sobees Lite – twitter dan facebook client yang canggih dan bergaya
Mengatasi masalah windows 7 not genuine
20 tips berguna untuk pengguna baru Apple Iphone
Tips menggunakan feedburner
alo kwn mcm mana nak buat wirelss kalu kita guna celcom brodband.nak sambung mcm mana kat router?
try baca post ni http://jomphp.com/membuat-rangkaian-networking-untuk-wireless-broadband.html
salam,aku guna streamyx combo 60..dan guna modem yg diBeri oleh tm modem riger DB102…..,cmne nak buat lan 2 pc?nak kena beli wireless router ke?kalu da beli tu..nak kena ikut cara kt atas tu ke??
kl nak buat LAN 2 pc je, bleh rujuk artikel ni:
http://jomphp.com/membuat-lan-antara-pc-ke-pc-part-1.html
kl beli wireless router, lebih kurang ngan cara diatas la ;)
nak buat 2 pc lan je…bro,cross cable ni nak kena beli brape?1 ke 2?cmne bentuknye?tq.
wei, apsal nko duk jauh sgt? kalu duk kat umah aku gerenti aku pnggil nko je buat.
marzuki´s last blog post..10 Layout Menarik Untuk Blogspot Juga Wordpress #01
cool..
sayangny kluarga kami dah upah orng
nak settup wifi tu.
saper nak buat boleh call aku 0193365661 area kl. cas ikut kilometer
kalau ada wifi kat rumah , boleh buat panggilan guna handphone secara percuma ke? macam mana caranya ?
Guna skype boleh bro…voip…tapi phone ko kena support skype dan boleh guna wifi gak la…
asal x letak gmbar skali..sng skit nk paham
kalu yless modem stremyx kat ofis n rumah plak skitar 150meter dr ofis camner nak wat supaya bleh aces intnet kat umah? xong c ilmu di hargai sesangat
boleh guna repeater untuk repeat signal.
ataupun beli outdoor antena pasang kat ofis tu.
EiNS´s last blog ..Firefox 3.5 dilancarkan, kini lebih laju dan canggih
boleh tlg per detailkan caranya bro coz x brp pandir sgt bab y less ni kalu mintak less kat pnjual2 biasa la….he…hee….
kat mana nak bli repeater or outdoor antena n perlu ke psg kat ofis nrumah sekali
Saya menggunakan strmyx yg dikongsi dgn jiran2 sblh;
1. Blh kh sy buat wifi di rmh sy sndri?
2. Adakah perlu router selain Acses Point?
Harap dpt bantu sy, trimaksh…
Salam bro,nk tanya,blh tlg detailkan x cara nak setup wifi menggunakan celcom broadband.saya ada celcom modem brand vodafone,wireless router cap d-link DIR 300.Minta tlg tunjukkan sekali penerangan beserta gambar.Saya menggunakan laptop dgn OS Windows 7.TQ
aku nk tnye ko ,ada x sfware yang dpt blocced website yang kite nak blok.to EINS
thank u so much cyberfly! u made my day! it really works…
klu dh bt,, xkna cas rm10 kn. yelah, sy penah tnyr kt tm, kna cas sebulan rm10 tok router. dgn line streamyx rm88 + rm10= dh 98.. mahal 2,, xmampu la. blh xplain kn x?
klu kita bt sndiri sama ade cas rm10 kna cas @ x??

Kalo langgan streamyx, langgan pakej internet dia ja jgn amek modem + router sbb TM bagi yang cikai ja…
modem + router awak boleh beli brand yg lebih bagus kat kedai…
ataupun amek streamyx combo sebab setahu saya streamyx combo dia bagi free wifi modem
tq bro,
Modem saya baru ditukar oleh TM , ini membuatkan setting wiress saya lari…
dah hampir seminggu browse internet cari setting wirelless jumpa tutorial ni baru ok…malangnya takleh print….
Tapi saya terpaksa print juga….untuk di bawa balik kerumah…jadi saya minta maaf pada pemilik tutorial sebab print tanpa izin..heheheh
apapun semua ini untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual beli….tq sekali lagi…
dekerinchi´s last blog ..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
ini paling best.
tak perlu lagi nak mengamuk dengan abang aku yang sering guna kuasa veto beliau untuk online.
hehe..
nk tnyr,, laptop saya nie.. xdpt d tek wifi.. Knp yer??
Laptop apa, windows apa? X dapat detect macam mana tu?
EiNS´s last blog ..Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!
acer, window xp,,
Kat bawah opis tempat saya bekerja ada kedai makan yg ada free wifi. Saya dah beli USB Wifi Adaptor dan guna di PC kat opis tu. Saya dah boleh access internet dari free wifi tu.
Macam mana kalau saya nak buat networking untuk pc yg saya guna dengan pc yg lain (dlm opis saya)lebih kurang 8 pc. Pc yg lain tu saya nak boleh access internet mcm pc yg saya gunakan tu hanya menngunakan satu sahaja Wireless adaptor iaitu yg saya sedang gunakan.
Apakah peralatan yg diperlukan? Secara ringkasnya semua pc kat opis saya tu kami guna source internet dari kedai bawah opis tu (Free Wifi).
salam,
trima kasih sebab buat tutorial ni
aku dah berjaya setup sendri…yehaaa!
kalau time copy ip dia,then browser aku suruh aku letak password..
pssword ape tu????
username : admin
pass : admin
tu standard kebanyakan router.
tQ~~

mmg byk mmbantu..
Eins bleh x kalau kita men nfs underground2 guna ad hoc…?
boleh
aku mau rumahku bisa wifi…alat apa aja ya tlg jelaskan juga. thx
beli wireless router kalau dah ada modem. kl belum ada modem, beli wireless broadband router adsl+
cyberfly ada x wireles router jenama D-Link, Linksys, Belkin atau apa2 saja yg murah n good performance..?
untuk newbie, amik belkin.senang gile nak setup dan manage.dlink sangat tidak digalakkan.aku dah pakai 2 bijik dlink, semua sucks.
ada x wireless router yg bleh cucuk usb..?
mcm celcom bb..
nice tutorial.tapi, ade beberapa soalan yg aku confuse skit yg aku nk tny :
1) apa beza wifi dengan internet wireles(yg kdg² kat rumah orang pakai tu)? sama je ke?
2) kalau pakai wireles router Belkin ni, kita connect utk wireles ke semua computer/laptop je ke? kalau connect pakai cable LAN boleh juga ke? contoh macam PC lain, takde wireless detect, boleh guna cable LAN?
3) apa beza pulak dengan modem wireless? sbb hari tu aku pergi kedai computer, aku tny org tu, dia kata kalau nk connect PC byk², tukar modem wireless senang skit, ada 5 port(utk cable LAN) + wireless antena (boleh men wireles utk laptop). lebih kurang mcm ALL-IN-ONE la. harga modem ni RM195.
harap, sifu² dpt tolong yer! tq tq
Ok, meh nak jawab…
1) Wifi refers pada wireless lan…jangan konpius ngan wireless broadband cam p1 wimax…
2) Wireless router boleh cucuk cable lan juga…biasa ada 3 port lan kat belakang router tuh…so boleh choose either nak guna wireless atau lan cable..
3) Modem wireless nie bleh convert sambungan cable kepada wireless…so boleh share banyak2 komputer dan laptop yg support wireless…kalau nak beli wireless router, beli Buffalo AirStation…performance bagus dan design stylo tanpa antena…harga dia RM180
EiNS´s last blog ..Bermain game Wii/Gamecube/PS2/Nintendo DS menggunakan emulator
hi EiNS.. nak tanya ada tak usb broadband @ router yg boleh speed up broadband? (celcom broadband in my case)
bley tak kalau kita nak set WIDE AREA NETWORK (wan) gunakan Apache PHP server kat umah sendiri, pastu publish kat wifi biar semua org visit laman web kita tu?