UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara melindungi wireless network anda daripada hackers

By

wireshark

Semalam saya ada buat dua post di Eins.MY – 2 popular methods to hack Wifi password. Ada antara satu komen di facebook kami bertanyakan bagaimana nak mengelakkan wireless network dari kena hack atau dicuri oleh jiran. Kalau anda nak tahu bagaimana, ini ada sedikit tips untuk melindungi wireless network anda daripada diceroboh dan melindungi password wifi daripada dicuri.

Screenshot di atas adalah program Wireshark – bukan tool untuk hack wifi sebenar tetapi sangat berguna dalam packet sniffing dan analysing. Kalau nak guna untuk wardriving pun sangat sesuai.

Tips untuk mengelakkan wireless network diserang hackers

1.  Tips ini memerlukan anda untuk login ke dalam wireless router interface. Biasanya ialah 192.168.1.1, 192.168.11.1, mungkin berbeza mengikut jenis router.

2. Tukar default password ke dalam router anda. Contohnya default user admin password admin atau 123456 mungkin senang orang nak akses masuk ke router anda untuk tukar setting, jadi tukar password kepada yang lebih panjang dan susah orang nak jangka.

3. Sembunyikan SSID. Contohnya SSID ialah nama wireless network seperti “Wifi JomPHP”. Walaupun penggodam yang advanced boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan SSID, ia dapat menghalang lebih 50% cubaan untuk masuk ke dalam wireless network anda sebab orang ingatkan anda tak pasang wireless network.

4. Jangan gunakan Open Network. Ini ibarat anda sedekah percuma internet dari wireless network tu kepada orang lain. Silap-silap orang guna network anda untuk buat kerja-kerja jenayah siber, dan bila check IP kena atas nama anda.

5. Untuk wireless encryption, jangan guna WEP password. WEP paling senang kena crack dan banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password di youtube. Kalau anda guna WEP encryption orang biasa yang perasan kewujudan network tu pun akan timbul niat nak test power hack password WEP.

wireless encryption

6.  Wireless Encryption Level ada banyak jenis. Open itu anda tak letak password langsung dan WEP wireless network paling lemah dan vulnerable untuk kena hack. Saya cadang set kepada WPA2 (AES) sebab WPA2 lebih kebal daripada tools2 biasa yang orang gunakan untuk hack wifi.

7. Limit access kepada spesifik MAC Address. MAC Address ialah physical adress kepada wireless adapter interface anda. Boleh check mac adress dengan type CMD , ipconfig /all dan check physical address. Kiranya anda whitelist device2 tertentu sahaja yang boleh masuk wireless network.

8. Walaupun MAC Address boleh clone atau spoof, tetapi teknik dapat mengganggu niat orang untuk hack wireless network anda.

9. TIps ini sekurang-kurangnya boleh membantu menghalang wireless network anda daripada kena hack. Lain la kalau orang tu betul2 handal hacking, dia tahu semua cara nak counter balik security anda.

10. Kalau paranoid sangat takut kena hack, tutup wireless dan guna cable lan sahaja. Tak perlu risau lagi wireless kena curi atau wireless kena hack.

Selamat mencuba!

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 30 Comments

  1. azlin

    thanks for the good info..
    nk tnya, kalo kita dah off modem, internet connection pencuri wifi akan terputus jgk ke? sori tak tahu..

  2. syafiq

    dan paling penting. hebat mana pun password tu, tinggi mana pun encrypt level yang anda gunakan, spesifik mana pun anda letak mac add resctriction, kalau anda tunjuk password anda kat mana2 memang tak berbaloi.

    itu semua social engineering.

  3. khaz

    klau nk jahat sikit lg sniffing dulu pncuri wifi tu,,bleh la buka fb dia n buat2 komen jhat ckit kat fb dia tu,,kat youtube byk aku tgk tutorial nk wat sniffing,,

  4. GodamWifi

    saya ada sediakan tools dan tutorial hack wifi khas utk newbie yg baru blaja…sume lengkap…cume tggal nk launch je…lawat:
    http://godamwifi.blogspot.com/

    note: hack itu salah..gunekn utk tujuan tertentu je…saya jual tools utk berniaga..bukan galakkan hack2 nih…harap faham k..sy pn xmau wifi saya dihack pnat je baya bulan2… :-)

  5. kamelia

    walaupun aku suka hack wifi orang (time emergency) , aku tetap jugak tak halal kalo orang hack wifi aku. kehkeh.

    memang kena try cara ni.

  6. CahayaKeredhaan

    Assalamualaikum…

    saya ada masalah cket… hopefully, awak dapat membantu…
    acctually hari tu, saya dah banyak kali test saya punya wifi password… my dad lupa password tu… then, bila2 banyak sangat try password… line tu dah jadi limited access… then macam mana nak ubah dia untuk jadi tak limited access balik??

    yang saya buat research cket… dia suruh masukkan security key… security key pun saya tak taw… what should i do??

    hopefully, u can help me… :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing