UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara Install Windows 8.1 Update 1

By

windows 8.1 update 1

Windows 8.1 Update 1 merupakan kemaskini terbaru bagi sistem operasi Windows 8 yang mengkhususkan kepada pengguna mouse dan keyboard. Ianya dijadualkan untuk dilancar kepada umum pada bulan April 2014 nanti namun pada hari ini, installer bagi update ini telah terbocor kepada umum.

Kami telah mencuba dan ianya 100% sah dan berjaya digunakan. Ikuti tutorial di bawah untuk langkah-langkah install Windows 8.1 Update 1 pada komputer anda.

Cara Install Windows 8.1 Update 1

Note : Cara ini digalakkan untuk pengguna berpengalaman sahaja. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan data selepas mengikuti tutorial ini.

1. Pastikan anda sudah menggunakan Windows 8.1 dan sudah install segala kemaskini terbaru melalui Windows Update

2. Download installer Windows 8.1 Update 1 (32 bit atau 64 bit)

(Edit : Mirror link )

x86 (32-bit) : https://mega.co.nz/#!nRAWFIqJ!h_frDQca2_Uds8_Dqt5wZoZN48OqDgO4PJ3K8LnOAkE

x64 (64-bit) : https://mega.co.nz/#!TQpwWZqL!iNE8vjG4xrqASpDv_wyADTxkbzH2xZG9I5o8lg35Nyw

3. Ada 6 fail MSU yang anda boleh download (termasuk optional updates). Install fail-fail MSU tersebut ikut turutan di bawah.

install windows 8.1 update 1

Install KB2919442 > KB2939087 > KB2919355 > KB2932046 > KB2938439 > KB2937592.

windows 8.1 update 1[6]

Digalakkan restart komputer anda selepas setiap proses install selesai.

windows 8.1 update 1[8]

Jika semua proses install berjalan lancar, anda telahpun berjaya menggunakan Windows 8.1 Update 1.

Beberapa perubahan baru dalam Windows 8.1 Update 1 :

windows 8.1 update 1[8]

Metro Apps seperti Store, Facebook dan lain-lain kini boleh diakses melalui desktop. Anda boleh pin Metro Apps pada taskbar seperti mana desktop software lain.

windows 8.1 update 1[11]

Secara default, taskbar juga akan muncul di Start Screen dan ianya akan disembunyikan secara automatik bila tidak digunakan (auto-hide).

windows 8.1 update 1[13]

Anda juga boleh matikan metro apps dengan menekan X pada bucu kanan atas.

windows 8.1 update 1[15]

Butang Search dan Power juga telah ditambah pada Start Screen. Butang Power memudahkan anda untuk shut down atau restart komputer dan tidak lagi tersembunyi pada Charm Bar.

windows 8.1 update 1[17]

Berita baik kepada pengguna desktop juga, gambar atau foto kini dibuka secara default menggunakan Windows Photo Viewer manakala fail audio seperti mp3 pula akan dibuka menggunakan Windows Media Player.

Ini berbeza dengan Windows 8 dan 8.1 dimana gambar dan audio akan dibuka menggunakan aplikasi Metro secara default dan mungkin tidak digemari ramai pengguna desktop.

windows 8.1 update 1

Anda juga boleh klik kiri pada sambungan Wi-Fi untuk akses menu seperti dalam gambar di atas.

Mungkin perubahan yang dibawa dalam Windows 8.1 Update 1 agak minor bagi sesetengah pengguna namun sebagai pengguna desktop dan monitor tanpa touch screen, segala peningkatan dalam Update 1 ini adalah lebih memudahkan produktiviti.

Windows 8.1 Update 1 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April nanti dan pengguna Windows 8.1 sedia ada boleh muat turun secara percuma melalui Windows Update.

Selamat mencuba!

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 18 Comments

  1. rahsia

    kalau pakai windows 8 je boleh ke buat mcm ni, ke kena update windows 8.1 dulu………..walpaper ape yg u pakai , share

  2. lebai

    Kenapa bila saya install game
    kat windows 8.164bit dia x dapat beroperasi dan akan naik fatal error your have limited requirement for this game upgrade your system. Saya dah install directx11 dan updated saya punya grafik card masih sama juga.spec intel i5 dan pakai grafik card nividia gforce 820.minta tolong saya new user windows 8 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>