UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara Install Windows 8.1 Preview + Download Link

By

windows-8.1

Seperti dijanjikan, Windows 8.1 Preview telah dilancarkan awal pagi tadi dan saya berpeluang untuk memuat-turun dan mencuba menggunakan Windows 8.1 di laptop saya.

Berikut merupakan tutorial ringkas cara install Windows 8.1 Preview dan juga download link. Untuk pengetahuan anda, ada dua cara untuk install Windows 8.1 Preview iaitu melalui Windows Store dan satu lagi ialah cara klasik menggunakan ISO.


Maklumat penting mengenai pengguna Windows 8.1 Preview

1. Pengguna Windows 8.1 Preview tidak dapat upgrade kepada Windows 8.1 versi akhir. Anda terpaksa membuat clean install dan segala perisian dan aplikasi dari Windows Store akan hilang dan terpaksa di-install baru.

2. Windows 8.1 Preview mungkin tidak stabil bagi sesetengah pengguna kerana harus diingatkan versi Preview ini dalam erti kata lain merupakan versi percubaan ataupun masih dalam fasa Beta/Release Candidate.

3. Fungsi local account tidak boleh digunakan pada Windows 8.1 Preview, anda mesti kena menggunakan Microsoft Account untuk proses upgrade, post-installation dan sebagainya. Fungsi local account boleh digunakan kembali selepas Windows 8.1 dilancarkan.

4. Sesetengah aplikasi Metro versi baru mungkin tidak boleh didapati daripada Windows Store sehinggalah versi final Windows 8.1 dilancarkan.

Cara Install Windows 8.1 Preview (Windows Store).

1. Pastikan komputer anda menyokong syarat-syarat yang diperlukan untuk menaik taraf kepada Windows 8.1.

windows-8.1-installer

2. Download installer berbentuk .msu daripada laman Microsoft. Tekan butang “Get the update” untuk download installer.

install-windows-8,1

3. Sekiranya butang “Get the update” tidak muncul di browser anda, cuba buka link tersebut melalui IE10 ataupun Metro IE10.

windows-8.1-preview

4. Installer tersebut merupakan patch kepada Windows Update. Tekan install, tunggu hingga siap dan restart komputer anda selepas itu.

install-windows-8.1

5. Selepas restart, pada Start Screen, lancarkan Windows Store dan anda akan dapat lihat ruangan besar untuk Update Windows.

windows-8.1-download

6. Tekan butang tersebut dan anda sudah memulakan proses download Windows 8.1 daripada Windows Store. Selepas proses download siap, pemasangan Windows 8.1 akan bermula.

windows-8.1-install

7. Selamat mencuba! :)

Cara Install Windows 8.1 Preview (ISO Method)

1. Cara ISO ini sesuai untuk anda yang ingin install Windows 8.1 Preview pada Virtual Machine, Dual-Boot ataupun pada test computer.

2. Jika anda biasa install Windows menggunakan ISO seperti Windows XP, Vista, 7 dan 8, maka tiada bezanya cara-cara yang diperlukan untuk install Windows 8.1 Preview.

3. Sekiranya anda ingin menggunakan Windows 8.1 Preview secara percubaan, anda boleh gunakan generic key ini : NTTX3-RV7VB-T7X7F-WQYYY-9Y92F

4. Download ISO Windows 8.1 Preview, samada 32 bit atau 64 bit dari laman Microsoft. Atau anda boleh gunakan laman torrent untuk download ISO Windows 8.1 Preview yang sudah tersebar luas sejak awal pagi tadi.

5. Selepas ISO siap dimuat-turun, anda boleh install ke dalam komputer anda ataupun ke dalam virtual machine.

Selamat mencuba! :)

[Youtube]7BN0W7CONpw[/Youtube]

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 12 Comments

  1. hari romansyah

    kenapa ya,saat mau di instal update nya malah ada tulisan “the update is not applicable to your computer” tolong pencerahannya ?

  2. Azah

    dah lama aku x follow perkembangan windows, huhu.. apa beza windows 8 sbelum ni dgn windows 8.1 preview ni?

  3. dodol

    ==== FOUND A FIX ====

    1. Place and rename the MSU file in an easily accessible place, e.g. C:\8preview\preview.msu
    2. open command prompt in administrator mode.
    3. Type: Expand –F:* c:\8preview\preview.msu C:\8preview\
    4. Type: DISM.exe /Online /Add-Package /PackagePath:c:\8preview\Windows8-RT-KB2849636-x64.cab

    Replace the “x64.cab” on the end of step 4 with -x86.cab” for 32-bit versions and “-arm.cab” for RT versions.

    Your text will be corrupted in the Windows 8 store for the 8.1 download page on restart, but the Windows 8.1 preview should download once the servers become less overloaded.

    DONE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing