UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara install Download Assistant dan All Mangas Reader di Google Chrome

By

allmangasreader-chrome[5]

All Mangas Reader dan Download Assistant merupakan extension Google Chrome antara yang paling berguna bagi saya. Bagi yang belum tahu, All Mangas Reader memudahkan anda membaca manga popular seperti Naruto, One Piece, Bleach dan banyak lagi dari laman manga online manakala Download Assistant memudahkan anda memindahkan proses download daripada Google Chrome kepada perisian downloader seperti IDM.

Malangnya, kedua-dua extension tersebut telah dibuang daripada Chrome Web Store dan tidak boleh diinstall secara mudah lagi oleh pengguna. Tutorial ringkas ini akan mengajar cara-cara memasang extension tersebut di Google Chrome versi terbaru.


Cara install Download Assistant dan All Mangas Reader di Google Chrome

 

1. Right click pada icon Google Chrome dan tekan Properties.

2. Copy line berikut : –enable-easy-off-store-extension-install

3. Paste pada kekotak target selepas “….chrome.exe” (lihat screenshot di bawah) dan tekan apply.

google chrome extension

4. Tekan ok dan restart kembali Google Chrome.

5. Untuk install All Mangas Reader; click pada link ini : Install All Mangas Reader Chrome.

6. Untuk install Download Assistant, click pada link ini : Install Download Assistant Chrome.

allmangas-reader-chrome

7. Selamat mencuba :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 1 Comment

Tinggalkan komen anda