UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara daftar email Outlook.my

By

daftar email outlook.my

Saya kini pengguna tegar email Outlook.com selepas bertahun-tahun guna Yahoo Mail dan Gmail. Yahoo Mail makin semak dan Gmail pula sudah bosan, saya menggunakan Outlook.com kerana ianya tampak kemas, rekaan bersih, cepat dan lengkap dengan fungsi yang saya mahu.

Mungkin ramai juga yang belum tahu bahawa Outlook.com merupakan servis email terbaru daripada Microsoft, asalnya Hotmail dan Live Mail tetapi dijenamakan semula kepada Outlook.

Berminat? Hari ini saya akan mengajar anda mendapatkan alamat email baru namaanda@outlook.com ataupun namaanda@outlook.my .


Cara daftar email Outlook.my

1. Daftar alamat email baru di laman Outlook.com : http://www.outlook.com

2. Masukkan butiran yang penting untuk pendaftaran email baru tersebut.

3. Selepas siap pendaftaran, login masuk ke inbox email anda dan mula explore fungsi-fungsi email Outlook ini.

4. Untuk mendapatkan alamat email Outlook.my, tekan pada akaun anda (top right corner) dan tekan Account Settings.

outlook.my

5. Pada Account Settings, tekan pada Account aliases. DI sini, anda boleh pilih nama email yang menggunakan alamat namaanda @ outlook.my.

6. Selepas siap, tekan add alias dan anda kini telah berjaya mendapatkan alamat email outlook.my daripada Microsoft.

7. Anda boleh gunakan email baru tersebut untuk segala jenis urusan ataupun anda boleh forward email daripada yahoo mail dan gmail terus kepada email outlook ini untuk kesenangan.

Selamat mencuba! :)

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 6 Comments

  1. techtikus

    Sudah buat satu e-mail account dengan Outlook.com. Nampak lebih kemas dan tersusun dari Gmail update terbaru.

    Nak cuba daftar pakai e-mail Outlook ni pula dgn website-website seterusnya untuk pastikan Outlook ni senang untuk diuruskan atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing