UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara daftar dan menggunakan myBSN Online Banking

By

mybsn online banking

Kini pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh menikmati kemudahan perbankan secara online dengan myBSN Online Banking.

Dah lama saya tunggu BSN sediakan fungsi ini untuk pengguna. Kadang-kadang sangat menyusahkan sebab terpaksa pergi ke mesin ATM untuk periksa baki, periksa duit pinjaman sudah masuk atau tak, dan untuk transfer duit dari akaun bsn kepada akaun lain.

Dengan adanya myBSN, sekurang-kurangnya banyak membantu meringankan beban pengguna. Lepas ini, nak bayar bil api atau air, bil telefon atau astro dll boleh dibuat menggunakan myBSN, itupun jika anda guna bank BSN lah.

Kepada pengguna BSN yang berminat membuat perbankan online myBSN, jom ikuti tutorial lengkap yang saya sediakan ini, semoga dapat membantu pengguna yang belum tahu lagi cara nak guna.


Mendaftar MYBSN dan dapatkan I-PIN di mesin ATM

1. Anda perlu pergi ke mesin ATM BSN berdekatan dan cucuk kad BSN.

IMG_0219

2. Pilih perbankan SMS/Internet, dan kemudian tekan pada pendaftaran internet.

IMG_0220

3. Masukkan nombor telefon anda yang sah. Nombor telefon nie perlu apabila anda rekues TAC (transaction authorisation code) di website myBSN.

IMG_0221

4. Anda perlu memasukkan nombor I-PIN sebanyak 6 angka. Pilih sendiri nombor yang anda mahu. Nombor I-PIN ini akan digunakan apabila anda mendaftar di website myBSN selepas ini.

IMG_0222

5. Selepas pendaftaran I-PIN anda berjaya, anda boleh proceed kepada langkah seterusnya, iaitu mendaftar di website WWW.MYBSN.COM.MY

IMG_0223

Mendaftar di website MYSBN

1. Sila masuk website http://www.mybsn.com.my untuk proses pendaftaran. Bookmark link ini jika perlu.

mybsn

2. Tekan pada link, first time registration. Masukkan No kad ATM (tengok pada kad anda, ada 16 digit no akaun) dan masukkan MyBSN I-PIN yang anda buat tadi. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan.

mybsn2

3. Masukkan username, password dan pilih gambar. Gambar tu tujuan dia untuk online authentication, dan anda disarankan tukar gambar baru setiap sebulan.

mybsn3

4. Tahniah, proses pendaftaran kali pertama anda telah selesai.

mybsn4

5. Selepas login kali pertama, anda kena isi beberapa butiran peribadi seperti nombor telefon, alamat dan sebagainya.

6. Proses pendaftaran selesai dan anda sudah boleh menggunakan perbankan internet melalui MyBSN.

Beberapa komen saya mengenai perbankan Online MyBSN

- Antaramuka website tak best dan kurang professional. Maybe sebab saya dah terbiasa guna M2U dan PayPal.

- Sikit sangat fungsi, paling tak best tak boleh beli topup celcom, maxis, digi secara online.

Baru guna 10 minit, jadi belum explore lagi beberapa fungsi lain yang ada dalam mybsn. Nanti saya explore lagi.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 91 Comments

  1. Dr.franky

    bgi aku plak,design myBSN ni lgi kemas dari CIMB click..function dlm aku x lgi sbb blum register lgi..nnti dh register baru aku komen balik..huhu

  2. mosyar

    hohoho. baru tahu. aku baru je nak try maybank2u, bsn pun dah ada dah. tqvm bro. blh try buat gak ni.

    tngok screenshot pun dah nmpk buruk dah. hahaha.

    p/s : bank Islam nya xde ke eh?

  3. noris

    sy br jer dftar..utk dptkn topup onlin dh bjaya cuba..tp sy ragu2 n xtau cr nk buat byrn sewa umh onlin antara giro to giro..cmne ek?..blh ajar sy step by step?

      • maisara

        haha harini saya rasa marah…. :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :heart: :wub: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :kissing: :unsure: :whistle: :wub: :wink: :wassat: :tongue: :heart: :happy: :smile: :w00t: :biggrin: :sleeping: :silly: :sideways: :sick: :shocked: :shocked: :sad: :pouty: :pinch: :ninja: :lol:

  4. akucomel

    penah cuba nak daftar mybsn tapi fail kat usernama n pasword..tak faham la cara nak letak pasword..leh sapa2 tlg ajar tak?

  5. maz

    ada,..
    tpi, brdsrkn ape yg sye bca, kna gna msin ATM,..
    lau online cm x de jek,..
    ade ke ea??
    ssh la gni, huhu =]

  6. mizz

    huhu….sy dah explore sedikit ’bout mybsn on9 nih…apa yg sy nak katakan ialah = sgt mengecewakan sy..tak seperti internet bankin bank2 lain spt mybnk2u & cimbclicks…kemudahan standard 2 ada…cuma adakalanya sgt rumit.fungsi TAC pun buat sy pening jugak..transaction statement pun limited utk 2 bulan saja..kalau nak bank statement..kena apply,n byr RM10/bulan…(tempoh 10 hari bekerja baru dikirim melalui pos)nak transfer duit….hanya utk bsn-bsn jerk…

    p/s : compare servis bsn ngan bnk lain…huhu..geleng kepala jerk(speechless)…tp memandangkan dah lama guna bsn sejak dr skola lg..sy slalu menyokong pembaharuan yang bsn buat…tp tolong laaa bsn..up 2 date laaa ckit…

  7. basri

    haiya! saya nak mintak tulong bagimana nak buat usernama dan password MyBSN internet banking. Ai yo..susah. Tulong email cuntoh nak buat barang tu? Trima ksh.

  8. mariziana awang

    naper susah sgt nak buat user ngan password nie tlg ajar laaa. kl xsia2 jer pakai bsn kl xleh nak berniaga.

  9. wawa

    Salam…
    saya baru dah daftar mybsn… sume dah jaya… nak tanye ckit… bsn tu bleh bank in ke bank lain sepeti bank islam ke cimb??? bleh banking ke akaun celcom masa nak bayar bil???? tolong bls nie… TQ… :smile:

  10. zainal

    lece dia tak mau lekat bila tekan pada accept. mungkin hari ini raya puasa. lai kali bagi tau kalau tak boleh register supaya orang tak buang masa check.

  11. nie

    kenapa xboleh nk wat username n password…bosannya bsn ni….hampeh…ketinggalan zaman tol…nk accept pun bkn main lama aku buat.. :angry:

  12. rosmahwati

    tensionnye….nape x leh nak clik accept kat term nih..password pun x leh nak buh..sape2 meh la tlg ajar…
    :cwy:

  13. Luqman Hakim

    assalamualaikum bro saya ada masalah nk daftar banking online kat bsn ni..masa kat langkag ke 3 tu bro..yg suruh masukkan password dah berkali-kali saya buat still tak dpt, kalau boleh la bro tolong ajar saya ok,

    di email ini hakimmahmud_1994@yahoo.com :ninja: :kissing: :biggrin: :devil: :cool: :cool: :cwy: :cheerful:

  14. ams16860

    saya ada masalah x dapat nak LOG IN didalam akaun BSN saya.
    dah masukkan Username memang btul tetapi password yang selalu saya gunakan tidak dapat pula.
    Apa langkah yang perlu saya buat?

  15. rashidy

    duit saya transfer dlm bank maybank, x masuk mcm mane ni.. rm400.. susah hati sgt2… hrp membantu

  16. yus

    tengah cuba2 login mybsn petang tadi… keluar pula ayat your account has been deactivated… sakit kepala… apa nak buat ekkk?

  17. bsn new user

    boleh ada orang ajar saya satu satu step kah?
    saya cuba clik ‘first time registration’ tapi dia demo sahaja.
    saya tidak tau saya sudah register sdh kah, nama login saya panjang, tapi dia mau 8 perkataan sahaja, macam mana ini ,tolongkan saya. terima kasih.

  18. cilisos

    saya dah dftar ipin kat atm,dan apabila saya dftar di mybsn,sya msukkn no.kad,no ipin dan ic,dan klik next,xdapat la pulak,die kata akaun tak aktif la,,,adakah lepas kita mndaftar ipin kat atm kita perlu lagi ke kaunter untuk mengaktifkannya?

    • nolin..

      saya pun kena mcm tu jgk sblum ni….smpai lbh sminggu x blh buat jgk… rupanya sya pnya browser biasa pakai intrnet explorer x blh pakai..kena gna brwser google chroome bri blh tekan accept tu… sakit jiwa betul… bla dh lbh sminggu kna daftr blik kt atm pastu tepon no bebas tol dia utk aktifkn balik perbnkn intrnet tu n baru lps tu bru blh login…

  19. abu

    nak mintak statement bulan 7 di suruh daftar online ….patotnya bsn perlu bg kalo costumer sdri yg nk statement tu…ape lancau bsn ni..aku da la nk cepat nk guna..tibe2 x bole buka plak nk daftar…bsn x guna la…

  20. abu

    dahla bsn kamu perlu tingkatkan mutu perkhuidmatan..ni mcm mana..da smggo try key in daftar ape pon x le…sy nk guina statement bank tu..apala bsn..nk kaut untung lebih je…lain kali bg saje bank staement dkat costumer kalo diorg mahu..mutu perkhidmatan lgsong x bgoslaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    • EiNS

      well, dari segi perkhidmatan memang BSN kena tingkatkan lagi…banyak dah orang komplain

      untuk mobile banking, kami suggest maybank2u dan cimb clicks

  21. intan

    saya nk wat bisnes online..nak tanya bleh tak cek ,duit customer sudah bank in ke blum dalam akaun saya..dengan mybsn ni.

  22. nasir

    mmg susah nk online dgn mybsn……..dah call operator srh open dgn google plk apa kes, modzila n internet eplorer yg glamour pun

  23. wahed

    Bsn onpine beroprasi..7 pagi _ 12 mlm
    Boleh transfer ke bank lain dengan caj rm2.00
    Boleh beli topup hampir semua no.
    Tapi lamanweb susah nak masuk….
    Password dengan 3 kombinasi huruf, angka huruf kecil besar menyusahkan.

  24. cik meng

    salam…susah nye la nak reg mybsn dah buat lebih 10 kali reg..asal nak login msti invalid username..taktau nak buat camane lgi…dimana silap sy msa buat reg? aduhhh…org nak reg mybsn coz nak simple je tp system reg mybsn ne mcm nak buat org tutup acc je…ade sesape leh tolong step nak buat reg yg betul tak??

  25. @Puteh

    xtaw nak cakap apa dah btw dah serik topup ngn guna ATM BSN…topup xmasuk2 pastu pulak my frenz pon kena gak…tunggu2 still xmasuk gak….serik sangat2…

  26. Rabiatul Adawiyyah

    Tumpang tanya, knp sya tdk blh login?? Sya sdh buat smua dn dpt dterima.. Tpi still tk dpt..
    Dan mslh k2 sya ialah bila sya cuba msuk ke laman webb trsbut, ada error yg mngatakan bhwa certificate anti virus yg tdk ddaftarkan.. Sya trpaksa trima shj dan msuk ke laman web trsebut..
    Ada spa2 yg dpt slsaikn ni??

  27. Apyng

    thank you maklumat ni tapi ada update terbaru kah? sbab pic diatas saya xboleh akses atau gambar dah didelete? saya perlukan bsnonline banking ni

  28. syazmiera

    Baru daftar mybsn..pilih imej gmbr lain..nk log in kuar gmbr lain..terus x berani log in..apa ni..xsuke mybsn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing