Feb 2 / cyberfly

Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking

Semenjak saya menggunakan Maybank2u, segala urusan perbankan saya menjadi sangat mudah. Saya hanya perlu duduk di depan komputer, layari internet dan voila segala urusan saya selesai. Sebagai seorang pelajar dan blogger, saya selalu melakukan :

1.Pembayaran bil internet, elektrik, air dll

2.Pembayaran sewa rumah

3.Pembelian hosting & domain

4.Pembelian online (topup, hardware komputer, handphone dll)

Jika anda masih belum mempunyai akaun Maybank2u online banking, amat disarankan membuka akaun Maybank2u kerana online banking dapat memudahkan urusan hidup anda. Oleh itu kali ini saya akan berkongsi cara untuk mendaftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking. Baca selanjutnya hanya di JomPHP – Pusat Informasi IT Anda!

Pastikan anda telah mempunyai akaun Maybank dan kad ATM Maybank!

Langkah-langkah membuka akaun Maybank2u

1.Pergi ke mesin ATM Maybank

2.Pilih menu Maybank2U

3.Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4.Masukkan no handphone anda dan pilih YA

5.Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u

6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.

7.Siap proses pendaftaran di ATM!

8.Sekarang akses internet dan buka laman web maybank http://www.maybank2u.com.my/

9.Klik pada First time login please click here

 

10. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

11.Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

12.Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.

Apa itu TAC?

Setiap kali anda melakukan urusan perbankan yang melibatkan pengeluaran duit anda, Maybank2u akan menghantar TAC number ke telefon bimbit anda. Untuk mengesahkan urusan perbankan tersebut, anda perlu memasukkan TAC number yang telah dihantar. Setiap TAC number adalah berbeza setiap kali anda melakukan aktiviti online banking, oleh itu Online Banking adalah selamat selagi username, password dan juga telefon bimbit anda tidak dicuri.

Cara check balance akaun anda & melihat transaction history

Anda mahu melihat baki dalam akaun anda?

Login dan klik pada Accounts & Banking

 

Baki akaun anda akan dipaparkan

Sekiranya anda mahu melihat transaction history iaitu rekod aktiviti duit keluar masuk akaun anda, klik pada Wadiah Savings Account

 

Dan klik pada Transaction History. Segala aktiviti debit dan kredit akaun anda akan dipaparkan.

Cara beli topup online

Anda dapat membeli topup dengan mudah menggunakan Maybank2u. Klik pada Buy Online

 

Jika anda seorang pengguna Celcom, pilih prepaid topup with pin.

Pilih dan continue.

Pilih jumlah topup yang anda mahukan.

Continue

Klik pada Request a TAC number.

Sekarang TAC number akan dihantarkan ke telefon bimbit yang anda telah daftarkan pada langkah3 dan langkah 4.

Masukkan TAC yang telah dihantar klik Confirm.

Sekarang anda telah berjaya membeli no topup anda.

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Cara untuk set Yahoo Messenger open links menggunakan Firefox dan bukannya Internet Explorer
  2. Dropbox dan Xmarks – Sayangilah hasil kerja anda dengan backup online
  3. Cara menghantar direct mesej secara automatik kepada follower baru Twitter anda
  4. 3 cara download mp3,ebook,vclip menggunakan Google
  5. Web untuk baca manga online

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 1,528 kali <<

35 Comments

leave a comment
  1. Jockey / Feb 2 2010

    Terima kasih banyak2 :biggrin: . Dah lama aku mencari tutorial macam ni. Akhirnya aku jumpa kat sini :biggrin: .Aku suka tutorial mengenai mesin ATM tu.Memudahkan dan menjimatkan masa untuk memahami cara-cara penggunaannya.Taklah orang di belakang masam muka lama dok menunggu hehehe :biggrin:

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 2 2010

      hehehe masa aku amik gambar kat atm tu, orang dah tengok pelik kat aku :pinch:

      jangan lupa share ngan member2 kalau tutorial ni best :biggrin:

  2. Spatt (1 comments.) / Feb 2 2010

    rajin gile bro siap amik gamba kat ATM..haha
    dek kerana M2U, aku dah lupa apa rasa kad topup fizikal.. :tongue: Spatt´s last blog ..Google Camo – Disabling Google Personalized Search Result My ComLuv Profile

  3. amin (1 comments.) / Feb 3 2010

    tak bahaya kau dedahkan nombor akaun maybank kau tu? eiiii… bahaya tu… :cwy: amin´s last blog ..Fail to visit PCB again… My ComLuv Profile

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 3 2010

      thanks, tak perasan lak aku. ok aku dah sensor :biggrin:

  4. Fatin Pauzi (11 comments.) / Feb 3 2010

    Bagus2. Mujur ada tutorial macam ni. Menjimatkan masa saya. Nanti, ada orang tanya sal cara daftar maybank banking online, saya refer sini je la. :P
    Fatin Pauzi´s last blog ..Bagi Dia RM 10 & Saya Bagi Anda RM 100! My ComLuv Profile

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 3 2010

      hehe refer jangan tak refer. ramai lagi tak tau nak guna online banking ni..

  5. Frantz-Senpai (12 comments.) / Feb 3 2010

    trimas jomphp.. alang2 cakap pasal duit nie, ader x plugin untuk manage ads macam innity ngan nuffnang kat blog wp..
    Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive My ComLuv Profile

  6. Yabadabadoo (2 comments.) / Feb 3 2010

    Best2! tapi kan kalau dh lupa user name and password nk uat cam mana yea?

    • Fatin Pauzi (11 comments.) / Feb 3 2010

      Kene kol Maybank then die orang akan reset password online banking. Lepas tu, kene apply balik online banking.
      Fatin Pauzi´s last blog ..Bagi Dia RM 10 & Saya Bagi Anda RM 100! My ComLuv Profile

      • cyberfly (384 comments.) / Feb 3 2010

        betul tu. kalau tak yakin nak call, boleh terus ke cawangan maybank terdekat. nanti diorang akan reset password.

  7. Eriyza (1 comments.) / Feb 3 2010

    Dah lama carik benda ni.
    Mekaseh yer, dah berjaya daptar td. :lol: Eriyza´s last blog ..Kongsi Fail Dengan Upload Robots My ComLuv Profile

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 3 2010

      welcome to maybank2u online banking :D

  8. Anarm (56 comments.) / Feb 3 2010

    dulu aku tak reti lgsung nk pkai mesin atm..
    selamba badak aku tanye pak guard kat bank tu..
    terima kasih kpd pak guard yg dh mengajar aku.. :lol: Anarm´s last blog ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme My ComLuv Profile

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 3 2010

      aku dulu mintak tlg kawan ajar aku. masa form 5 :D

  9. Yabadabadoo (2 comments.) / Feb 3 2010

    Ooo gitu tq tq semua :D

  10. msbmna (6 comments.) / Feb 4 2010

    Paling penting, pastikan komputer saudara dipasang dengan perisian antivirus yang sah seperti Kaspersky Internet Security 2010.

    Serangan komputer menerusi internet kerap berlaku sekarang kerana penggodam tahu trend pengguna yang membuat transaksi secara dalam talian semakin meningkat. Tambahan pula, banyak e-mel yang dikategorikan sebagai spam dan phising muncul di peti masuk untuk menjerat mangsa yang tidak tahu sebarang langkah keselamatan.

    2 hari ini sahaja, KIS 2010 sudah menyekat 2 serangan entah siapa gerangan hamba Allah terhadap komputer aku. Satu dari Amerika, satu lagi Pakistan. :getlost:

    Harap maaf, komputer saya dijaga dan dipelihara oleh KIS 2010. :tongue:

    Jangan menjadi mangsa. Mencegah terlebih dahulu lebih baik daripada menyesal di kemudian hari!
    msbmna´s last blog ..Muat turun fail daripada Scribd guna jalur lebar My ComLuv Profile

    • EiNS (1226 comments.) / Feb 4 2010

      2 serangan dari amerika n pakistan? Seumur hidup aku tak pernah lg komputer aku kena attack dari sesapa…

      bg perbankan online nieh, ramai orang yg selalu jadi mangsa spam, phishing, keylogger dll…so sebelum buat apa2 transaction pastikan komputer anda bebas virus, spyware, worm dll…pakai browser yg lebih secure iaitu chrome dan firefox…jgn pakai ie6…
      EiNS´s last blog ..Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking My ComLuv Profile

  11. wazy (2 comments.) / Feb 4 2010

    bila tengok tutorial ni teringat masa mula-mula belajar guna mesin ATM,hihi yang dapat dilupakan kad kene block sebab salah nombor pin.Pengajaran dia kat sini,kene la sentiasa ingat nombor pin keselamatan korang tu dan jaga baik2 kad ATM :) :cheerful: wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting My ComLuv Profile

  12. mrdzy (9 comments.) / Feb 6 2010

    wah..aku dari dulu cari cara nak daftar maybank2u nie tapi tak reti-reti jugak. Thanks eins for this tutorials! boleh lah aku daftar next week~
    mrdzy´s last blog ..Please Dont Make Fun with Nuffnang Adik Ammar Ads Charity My ComLuv Profile

    • cyberfly (384 comments.) / Feb 6 2010

      jangan lupa share ngan member dan saudara mara :biggrin:

  13. papajahat / Feb 7 2010

    nak tanya kalau dh bayar bil streamyx secara online, macam mana nak semak bil 2 sudah diproses ke belum?

  14. isza (1 comments.) / Feb 10 2010

    trima ksih, lama dah nak buat tapi x buat2, tak yakin dan brani ke klo nuat sendiri, nnt minta tolong org pro

  15. Mama Murai (1 comments.) / Feb 14 2010

    salam.. apa kate selepas nie u wat pulak tutorial mengenai paypal… MM dah cari sblm nie, tapi kebykan yg wat x lengkap.. hope u can give yg paling lengkap punyer

  16. sharul / Feb 15 2010

    tq bebanyak psl tutorial ni..

    erm..leh tak bagi tutorial cmne nk daftar & guna PayPal?

    nk blaja jgk..

    lgi stu klu rajin tutorial tntg ebay.com

    sy rasa ramai yg x taw tmasuk lah sy..hehe :smile:

  17. uling / Feb 23 2010

    Kalau menggunakan Maxis, cara yang paling mudah untuk membeli top-up dengan mengklik `Instant prepaid top-up`

  18. cat / Mar 6 2010

    klu nk buat payment bil mcm na plak ye.. :biggrin:

    • EiNS (996 comments.) / Mar 6 2010

      Dalam web maybank2u ada macam2…nak transfer duit…nak payment bill…smua ada

  19. wan / Mar 13 2010

    salam…saya ada account bank islam n saya ada daftar untuk banking online
    macam maybank 2u tu….
    tpi saya x reti nak guna la…nak test takut slap…
    nak tanya family semua x reti…

    jadi saya nak tanya kat sni kot2 ada oranng tau cam mna….

    harap dapat membantu sya ya :angel:

    • cyberfly (384 comments.) / Mar 14 2010

      Salam. Bank islam online mmg sgt susah digunakan. Tak user friendly. Saya guna 2 kali, terus tukar ke maybank2u.. Jd xdpt bntu sbb dah tk guna bank islam online…

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking | JomPHP -- Topsy.com
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1