UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara Backup Data Dalam Hard Disk Laptop

By

laptop-hard-disk

Sudah masuk tahun 2012, dan saya sangat berharap bahawa anda semua sepatutnya sudah tahu asas format komputer dan backup data. Semua tutorial cara install Windows sudahpun kami paparkan di blog ini dan kandungan tutorial itu boleh di akses secara percuma tanpa had.

Bukan apa, kalau ada masalah Windows lepas ini boleh anda cuba baiki sendiri…dan tak perlu lagi hantar laptop ke kedai komputer. Tahukah anda, dengan menghantar laptop ke kedai komputer boleh mendedahkan anda kepada risiko berikut :

- Data-data peribadi seperti gambar, video, akaun email, facebook, twitter boleh diakses oleh pihak ketiga

- Kehilangan data penting seperti gambar, video, dokumen, movie, mp3, games akibat hard disk diformat tanpa kerelaan atau pengetahuan anda

-Windows original anda dibuang dan digantikan dengan Windows versi lama seperti XP atau Vista

Paling menyakitkan hati tentunya data peribadi diakses pihak ketiga ataupun data hilang akibat diformat. Dah ramai orang mengadu masalah ini kepada saya, jadi saya tak harap ia akan berulang kepada orang lain lagi selepas ini. Jangan mengharapkan orang lain untuk backup data anda, sebaliknya anda yang harus sentiasa backup data yang ada dalam hard disk itu.


Cara Backup Data dalam Hard Disk Laptop

Sekiranya komputer anda gagal untuk boot atau masuk Windows, anda boleh menggunakan cara berikut untuk backup data dalam hard disk laptop.

hard-disk-laptop

1. Cabut hard disk laptop anda

Menggunakan pemutar skru, buka bahagian belakang laptop anda dan keluarkan hard disk laptop anda. Untuk laptop Acer biasanya sangat mudah dan tidak sampai 5 minit sudah boleh cabut hard disk.

hard-disk-laptop[4]

2. Gunakan kabel SATA to USB converter

Kabel ini boleh dibeli biasanya dengan harga RM20-30 dan pastikan ia untuk hard disk laptop bukannnya untuk hard disk PC. Kabel yang saya beli ini didatangkan bersama dengan casing tetapi untuk tutorial ini saya hanya sambungkan adapter dia sahaja.

Cable ini akan menukarkan hard disk laptop kepada USB dan komputer akan detect hard disk laptop ini seperti external hard disk.

hard-disk-laptop[7]

3. Sambung Hard Disk kepada PC atau laptop lain

Lepas itu, sambung hard disk kepada PC atau laptop lain menggunakan usb port. Biasanya led indicator akan menunjukkan hard disk anda telah disambung kepada PC atau laptop.

4. Hard disk laptop anda akan muncul dalam My Computer

hard-disk-pc

Hard disk anda akan muncul di My Computer dan anda boleh akses segala partition yang ada dalam partition hard disk laptop anda itu. Anda bebas copy/paste/delete/format data dalam hard disk tersebut. Nah, senang sahaja proses backup data hard disk laptop bukan?


Saya harap lepas ini anda boleh sentiasa backup data-data penting dalam laptop anda itu sebelum hilang. Movie, mp3 atau games boleh download semula, tapi gambar-gambar daripada kamera dan kenangan bersama rakan-rakan, keluarga kalau dah hilang tanpa backup memang menyesal habis.

Selamat mencuba :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 39 Comments

  1. zul

    nak tny la.. kat gambar tu ade local disk Q kan.. bnd yg same berlaku kt lappy saya.. local disk tu lansung x boleh access.. format pon x leh.. camne r nak ilangkn

  2. catfahmi

    “Windows original anda dibuang dan digantikan dengan Windows versi lama seperti XP atau Vista”..mcm na nk kekalkan original?..bkn ke beza original ke x atas key dia je..mcm nk nk back up key dia ye..

  3. Anarm

    laptop aku penah kena format dgn technician asus.. habis hilang fail2 keje aku.. bukan nak tanya dulu ke ape ke.. sekarang aku backup fail2 penting terus masuk akaun Dropbox.. lagi senang keje.. letak je dlm folder khas, terus dia upload masuk Dropbox.. power!!

  4. Lawrence Vision

    Cara ini aku secara tak sengaja terjadi apabila labtob compaq aku rosak motherboard.Faham-faham sajalah kalau labtob rosak motherboard alamatnya campak tong sampah je hehe tapi terfikir juga aku bagus aku ambik hard disk, ram & dvd drive. Akhirnya semua benda yg aku ambik tu berguna haha

  5. loque

    Salam.

    Saya menggunakan HP Pocket Media Drive sebagai external hard disk. Baru-baru ni, bila saya cuba copy file dari pc ke external, pc akan jadi hang dan saya terpaksa cabut balik cable external. File yang di-copy tersebut bukan certain-certain file, sebaliknya random. Saya cuba buat disk clean up terhadap external hard disk tersebut, tak sampai separuh pun, dia dah tak bergerak selama beberapa jam. Beberapa kali format pun tak boleh juga.

    Apa yang harus saya buat?

  6. watari

    salam bro ..nk tanya….boleh tak install windows(mana2 versi la)kedalam hdd..guna ide sata usb cable nie….kerana laptop sy usbnya xdpt guna(maybe rosak kot,pasal dah lama),cd driver ok tp cd windows xp yg original pula xde.

  7. mamat

    salam bro..nak tanya..saya punye laptop compaq presario cq40 ada masalaj..bile nak on laptop boleh..pastu nanti keluar..1) window need to repair (recovery)…2) start window normally…bile dah tekan kedua-dua..benda yg sama berulang lagi…kalau macam tu masalah ape ye..kene format ke..saya punye laptop guna window ori..masa beli x dapat cd..sbab sume data2 dah ada dalam laptop..sy risau nak format sbab sume data,sistem n lain2 lagi..letak dalam hard disk yg sama..partition c 250gb..sume maklumat dalam tu..partion D..fail recovery sahaja..kena format ke kalau mcm tu

  8. Amirul Aafiq

    Bro, ni boleh apply x if nak external tp mahal.
    Then beli internal 2.5inch n convert mcm nie…
    berbaloi x?

  9. mohd zul hil mie

    Bro,boleh tolong ajar mcm mna nk format laptop tk?berminat sngt..tp x tau r cara dye bro..nk backup file,pastu nk format,nk install windows baru and then ap lagi yang perlu diinstall..yang wajib..boleh x bro bg tutorial complete..please help me

  10. script kiddies 3

    aaaa nk tanya ni…….semua HDD yg dibuat oleh pengilang…..memang ditanda dgn serial ATA…..atau ada tanda lain

  11. ifsha

    salam hai i nak tanya..i punye laptop compaq ada masalah..then bila i hantar kedai suruh format n backup file org tuh kata x boleh backup sbb dekat partition tuh x boleh nak bukak… katanya data problem so x dapat backup… mcm mana yea …dalam i punye laptop tuh banyak documen penting.. help me pleas.. :(

    • EiNS

      kalau hard disk corrupt, memang tipis peluang nak selamatkan balik data2 dan dokumen penting dalam tu

      tapi kalau setakat windows takleh akses, boleh try masuk dalam hard disk, guna cara seperti di atas ataupun run linux live CD, live USB, masuk ke partition yang ada data

  12. Nur

    Salam,saya nk tnye klu partition c dlm hard disk rsak,adakh partition d pn akn rsak.Bleh ke nk slmat file dlm d 2?????

    • EiNS

      kalau hard disk tu rosak (physically) semua data dan partition dalam tu akan rosak

      tapi biasanya kalau satu partition lain rosak, atau corrupted…bukan rosak physical… contoh C…partition D dan partition lain masih boleh selamat

  13. Azim

    salam,saya nk tnye bleh saya nk gna hard disk sebagai external hard disk untuk simpan data apabila hard disk gagal msuk window.bleh ke kite bkak file yng disimpann dlm hd 2???saya tkut fille yng disimpan x bleh bkak….

  14. Izzati

    Slm,sye nk tnye macammana nak hilngkn psan windows no disk.stiap kli saya buke komputer mesti muncul.kdng2 klu nk access sesuatu program psan ni slalu muncul..bley tlong sye???sye x thu nk buat macammana.

  15. Fauzzieey

    bleh tolong sye x..???laptop sye gagal masuk window,semua data2 pnting ada dlm partition C…sye hnya mempunyai satu partition shj iaitu partition C..adakah data2 pnting sye msih blh di backup..?????

  16. شكور

    Slm,sye nk tnye knapa erk mse sye shut down komputer butang power msih lagi nyala.mouse pun nyala,bgitu jga dngn cd driver….mohon penjelasan…sye buntu sngt.x thu nk wat pe…

  17. Syukk

    I getting confused about KMSAutonet portable activator…Is this activator need internet connection 4 the activation….What is the differences between kmspico and kms autonet???hope you will give me clear explanation…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>