BlueStacks Beta dilancarkan : Gunakan Android Apps di dalam Windows PC

BlueStacks beta

Akhirnya, setelah lama menunggu BlueStacks telah melancarkan perisian App Player Beta kepada pengguna Windows. BlueStacks Beta membolehkan lebih 400.000 aplikasi Android termasuk games dijalankan di dalam sistem operasi Windows 8, 7, Vista dan XP.

BlueStacks menyokong hardware graphics acceleration di mana permainan android dalam bentuk 2D dan 3D boleh dimainkan dengan 90-100 % kelajuan asal menggunakan kad grafik yang ada pada komputer anda. Ini adalah sesuatu yang sangat mengagumkan kerana teknologi ini membolehkan aplikasi yang dibuat untuk processor ARM boleh dijalankan pada processor x86 tanpa perlu mengubah sebarang kod asal.

bluestacks-temple-run

Saya berjaya mencuba game “Temple Run” untuk Android menggunakan BlueStacks. Walaupun game ini dibina untuk peranti menggunakan touchscreen, namun BlueStacks membolehkan game ini dimainkan menggunakan kombinasi mouse dan keyboard. Syabas!

bluestacks-beta

Saya juga berjaya memasang launcher di dalam BlueStacks, dan ini membolehkan saya memasang dan mencuba pelbagai widgets dan tweaks yang dikhaskan untuk Android.

bluestacks-whatsapp

Kelebihan menggunakan BlueStacks ialah anda boleh menggunakan app seperti WhatsApp, Line, dan banyak lagi. Anda juga boleh sync SMS, contacts, photos dari Android phone ke dalam komputer anda.

bluestacks-games

Peminat games juga boleh bermain game Android seperti Cut The Rope, Angry Birds Space, Where’s My Water, Zenonia dan ribuan lagi games.

BlueStacks boleh didapati secara percuma sepanjang tempoh Beta.

Download BlueStacks Beta | Eins.MY