UXDE dot Net Wordpress Themes

Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia

Dilancarkan secara rasmi pada 4 Ogos 2010, Blackberry Torch 9800 telah menjadi kegilaan dan pujaan pengguna-pengguna Blackberry di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Berbanding model sebelumnya, Blackberry Torch 9800 membawakan banyak perubahan yang pastinya memikat hati penggemar gadget dan pengguna sedia ada Blackberry.

clip_image002

Apa yang menariknya dengan Blackberry Torch 9800?

Ok kepada pembaca yang masih belum pernah menggunakan Blackberry, kelebihan utama Blackberry berbanding smartphone lain ialah:

1. Fungsi email yang terbaik – Jika anda seorang yang sentiasa berhubung melalui emel seperti urusan business, Blackberry merupakan smartphone untuk anda.

2. Blackberry Messenger atau lebih dikenali BBM membolehkan anda berkongsi gambar, video, audio dan chat secara percuma dengan rakan-rakan anda yang juga pengguna Blackberry. BBM merupakan fungsi yang membuatkan pengguna smartphone lain iri hati dengan Blackberry anda.

3. Bateri yang sangat tahan lama – Anda tidak perlu risau handphone anda kehabisan bateri ketika ada urusan penting kerana bateri Blackberry sangat tahan lama.

4. Sentiasa berhubung dimana anda berada. Dengan pakej internet yang didatangkan dengan Blackberry, anda boleh semak emel terbaru, download dan buka attachment emel, layari website dan banyak lagi!

Jika anda adalah pengguna Blackberry, berikut merupakan perubahan pada Blackberry Torch berbanding model sebelumnya:

1. Blackberry OS6

Blackberry Torch merupakan smartphone Blackberry pertama yang menggunakan OS Blackberry 6. Hasilnya ialah UI yang lebih cantik dan performance yang lebih laju dan lancar.

bb1

bb2

2. Touch screen + Full Qwerty keyboard

Blackberry Torch memberikan anda pilihan samaada menggunakan touch screen atau qwerty keyboard. Jika anda gemarkan touch screen, Blackberry Torch mempunyai touch screen bersaiz 3.2inch dan jika anda gemarkan physical keyboard, Blackberry Torch slide qwerty keyboard untuk anda gunakan.

bb3

3. Full HTML webkit browser

Kelemahan utama Blackberry pada model terdahulu iaitu web browser telah diperbaiki pada Blackberry Torch. Kini anda dapat melayari laman web dengan paparan sebenar sama seperti browser yang terdapat pada iPhone dan juga Android.

bb4

4. 5 Megapixel kamera dengan flash

5 Megapixel kamera dilengkapi dengan flash membolehkan anda menangkap gambar dengan kualiti lebih baik berbanding sebelumnya. Fungsi flash membantu anda menangkap gambar yang baik dalam suasana kurang cahaya.

Tak cukup lagi, apa kata kita lihat video official promo Blackberry Torch 9800 pula.

Blackberry Torch kini di Malaysia!

Berita baik kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan Blackberry Torch. Celcom akan melancarkan Blackberry Torch secara rasmi di Malaysia pada 29 Oktober 2010 ini. Pelbagai tawaran menarik menanti anda jika anda mendapatkan Blackberry Torch dan melanggan Celcom – tetapi hanya pada hari tersebut sahaja!

Jadilah yang terawal di Malaysia menggunakan Blackberry Torch dengan Celcom Exec Plan dan nikmati hadiah hebat!

100 pelanggan terawal yang telah membuat pra-pendaftaran dan membeli Blackberry Torch bersama Celcom Exec Plan akan mendapat hadiah berikut secara percuma:

– Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
– 8GB Micro SD Card bernilai RM68
– Energizer Portable bernilai RM58

Jadi jangan tunggu lagi. Buat pra-pendaftaran sekarang dan nikmati hadiah hebat diatas, Hanya untuk 100 terawal sahaja!

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Kenapa anda patut mendapatkan Blackberry Torch dengan Celcom Exec Plan

1. Celcom tanpa ragu lain merupakan telco dengan coverage terbaik, terlaju dan terbagus di Malaysia!

2. Celcom merupakan penyedia Blackberry no 1 di Malaysia dan menawarkan pakej Blackberry terbaik untuk anda!

3.  Pakej Celcom Exec 50 Blackberry merupakan pakej Blackberry paling menarik ditawarkan di Malaysia:

  • Diskaun sehingga 30% setiap bulan. Semakin banyak bil anda, semakin banyak penjimatan yang anda nikmati
  • Komitment serendah rm50 sebulan.
  • Percuma Celcom Broadband (basic) selama sebulan!
  • 15 sen seminit untuk setiap panggilan ke mana-mana nombor. Tiada cas tersembunyi.

Dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai Blackberry Torch dan plan postpaid Celcom di:

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx

Discussion 25 Comments

  1. haru

    nak mintak tolong sgt2 pasal aku nak beli iphone4..tapi aku konpius..org kedai kata kalo beli aku x de kredit x bley explore byk mende kat iphone..pening2..eins ke cyber ke tlg aku..buzz kat ym ke..mmg sgt2 sudey hampir mau beli

    • EiNS

      Bateri bb torch agak tahan lama…sbbnya processor bb torch agak slow berbanding smartphone lain, 624mhz vs 1ghz (iphone, galaxy s, htc desire)so dia guna resource yg sket gak laa…

  2. Opah

    Opah dh beli, rasa nokia lebih baiklah tk perlu nk guna talian khas utk guna FB, Twitter dsbnya…nyesal pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing