Jan 8 / EiNS

Bermain game Wii/Gamecube/PS2/Nintendo DS menggunakan emulator

image

Emulator ialah program yang ditulis untuk membolehkan pengguna komputer memainkan game dari konsol game seperti Wii/Gamecube/PS2/DS/GBA/Neo-Geo/DC/Snes dan banyak lagi. Sejak lebih dari 10 tahun yang lepas, saya amat berminat bermain game menggunakan emulator, pada masa itu saya banyak menghabiskan masa bermain game Snes, Megadrive dan PC-engine. Selepas snes, saya bermain pula game neo-geo seperti KoF, Samurai Showdown, Last Blade, Metal Slug dan juga game CPS2 iaitu Street Fighter Alpha 1,2,3 dll.

Sehingga sekarang saya masih lagi minat bermain game menggunakan emulator. Kali ini saya akan menulis mengenai emulator untuk konsol generasi moden yang boleh anda download dan guna secara percuma.

1. Dolphin – Gamecube dan Wii emulator

image

Menggunakan dolphin, anda boleh bermain game gamecube dan wii di PC anda. Anda memerlukan game dalam DVD atau dalam bentuk ISO untuk memainkan sesuatu game itu. Dolphin juga mempunyai sokongan ke atas Wiimote dan Sensor Bar original untuk Wii membolehkan anda mempunyai pengalaman motion-sensing seakan-akan menggunakan konsol asal.

Untuk menggunakan Dolphin, spesifikasi processor, ram dan graphic card anda mestilah “power” baru dapat bermain dengan kelajuan penuh 60fps.

Download Dolphin.

Dolphin Compatibily list.

Jika menghadapi masalah, sila join forum mereka.

2. PCSX2- PS2 emulator

pcsx2

PCSX2 adalah emulator yang boleh memainkan game PS2 di komputer anda. Banyak game boleh dimainkan dengan bagus dan kualiti gambar lebih bagus daripada ps2 sebenar kerana sokongan terhadap grafik kad baru dan sokongan resolusi tinggi.

Emulator ini haruslah dikonfigurasikan secara manual bergantung kepada spesifikasi hardware komputer anda. Anda juga memerlukan bios US, JP dan EU serta plugin2 berkaitan untuk menggunakan emulator pcsx2.

Download PCSX2.

PCSX2 Compatibilty list.

Jika menghadapi masalah, sila join forum mereka.

3. Desmume – Nintendo DS emulator

desmume

Desmume adalah emulator kepada nintendo ds. Ia mempunyai dua skrin dan skrin di bawah ialah touch screen. Anda boleh menggunakan mouse sebagai ganti kepada ds stylus dan mengawal skrin bawah. Desmume mampu memainkan hampir kesemua game ds pada kelajuan penuh dan sokongan kepada peripheral seperti microphone.

Game yang saya main di atas ialah Pokemon Diamond. Game ini sangat cool kerana mempunyai fungsi real time, jika saya bermain pada waktu malam dalam game juga akan menunjukkan suasana malam.

Anda boleh save state dan menukar size, menambah filter effect, mengambil screenshot dll menggunakan desmume.

Download Desmume.

4. Tidak tahu hendak configure?

Yang lecehnya mengenai emulator ini sebab anda kena configure manually. Saya menghabiskan masa yang banyak untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan emulator di atas dengan baik, mencari plugin, bios, fix bugs dan mendownload roms dan iso.

Rajin2lah google dan mengunjungi forum2 emulator jika terdapat masalah yang membantut niat anda untuk menggunakan emulator di atas.

Selamat mencuba!

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Tips bermain game menggunakan laptop
  2. Hedgewars: Game “Worms” versi landak (freeware)
  3. Bermain LAN games melalui internet
  4. Heroes of Newerth (HoN), game adaptasi DoTa terbaik?
  5. League of Legends (LoL), game terbaru dari pencipta DotA Allstars

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 1,890 kali <<

20 Comments

leave a comment
  1. are-pa (4 comments.) / Jan 8 2010

    Great one!
    Stakat ni emulator yang penah aku maen, Nintendo DS ngan GameBoy ja since aku suka gilak men game pokemon!

    tak sangke lak PS2 pun ade emulator. Yang lecehnye nak config. la! Tambah lagi, pc aku takde card graphic. Banyak game tak leh men. Hampeh! :getlost: are-pa´s last blog ..Ah.. Kenangan My ComLuv Profile

    • EiNS (997 comments.) / Jan 8 2010

      PCSX2 bukan emulator cikai2…graphic card, ram ngan processor mau kena power baru dapat full speed…

      dulu susah gak la nak config…sekarang dah master dah configuration dia so xde masalah kalo nak guna :happy:

      • hydir (26 comments.) / Jan 10 2010

        game dia kena game ori ke?
        apa spec nak guna emulator ni?
        hydir´s last blog ..[Khas] Ribbon khas untuk blogger semua – Blogger, We Care My ComLuv Profile

        • EiNS (997 comments.) / Jan 12 2010

          Game pirate pun boleh…download je yang iso…
          spec at least dual core intel/amd…better pkai quad core lagi..
          grafic card at least 9600gt equivalent…

      • roy / Feb 22 2010

        aku dah try main game pes2010 guna PCSX2. yang muskilnya bila gerakan kiri kanan atas bawah dia secara otomatik passing. camne ek nak setting.

  2. Shin (2 comments.) / Jan 8 2010

    oh.. ni da lama da….
    Nostalgic emulator ni sume..

    Try main game Dos plak.. huhuhu :devil:

    • EiNS (997 comments.) / Jan 8 2010

      Well, wii dan nintendo ds masih dalam current generation game console…kira bukan lama la…

      sblom main game2 graphic gila babas cam skarang aku dah khatam main game2 dos :P

  3. AmnishMan / Jan 8 2010

    ehh..rss blog ni dh break ke? 2 post dh aku miss..langganan email pun x masuk..big problem ni :wub:

    • EiNS (997 comments.) / Jan 8 2010

      Aku taktau la masalah feed blog atau masalah feedburner…sampai bilangan subscriber pun dia tulis 0…

      ada masa baru aku resolve…

  4. x-po (3 comments.) / Jan 9 2010

    hoho info menarik ni..pantang tgk psl game mesti rs cam nk try je
    x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK My ComLuv Profile

  5. topo (3 comments.) / Jan 10 2010

    waaa.. terbaik!! aku memang sedang mencari pasal emulator ni.. asik dengar orang cerita je.. terima kasih..
    topo´s last blog ..Apa Itu RSS dan Kenapa Perlu Langgan? My ComLuv Profile

  6. h3r0 (2 comments.) / Jan 12 2010

    Nanti ajar la cara nak configure plak… he he he…

    • EiNS (997 comments.) / Jan 12 2010

      Configure emulator mana satu?

  7. aizuddin (13 comments.) / Jan 17 2010

    nanti ada masa ak try..
    x leh try skang..ade test..huhu

  8. ssss / Jan 23 2010

    ni emulator utk psp
    http://jpcsp.org/

  9. ssss / Jan 25 2010

    ada game yg bleh main ada yg xbleh main…sbb benda ni masih baru

    • EiNS (997 comments.) / Jan 25 2010

      Emulator nie dah lama dalam development…cuma ada setengah game yg boleh main secara perfect, ada yg boleh main sikit2 je…

  10. din je / Feb 16 2010

    bro,cmne ni? penin pale nk buat..huhu

  11. din je / Feb 16 2010

    tlg bro

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1