Beli Gaming PC dengan bajet RM1000

gaming pc

Kalau anda ingin bermain game di komputer, pilihan terbaik ialah membeli satu set PC berbanding beli laptop atau mac. Ini kerana, dengan bajet yang rendah anda mampu menggunakan komputer yang sudah dikira laju dengan keupayaan grafik yang mantap berbanding laptop berharga RM3K-RM4k.

Kalau orang dah biasa pakai PC mesti rasa janggal kalau pakai laptop. Sebab utama processor PC jauh lebih laju berbanding yang digunakan pada laptop, lebih-lebih lagi jika dah overclock. Processor laptop banyak yang dah diunderclock supaya jangka hayat bateri tahan lama, lagipun kebanyakan model laptop menggunakan built in graphic chipset yang lemah keupayaan bermain game.

Seorang rakan saya ada bertanyakan, bolehkah membina satu Gaming PC dengan bajet hanya RM1000. Boleh, jika anda memilih perkakasan yang tepat dengan bajet anda tetapi ianya mestilah berbaloi. Jangan main beli sahaja.

jimie sulaiman

 

Nak buat gaming PC dengan harga RM1000 memang boleh, cuma anda boleh jadikan syarat berikut sebagai guideline.

1. Tahu pasang sendiri barang-barang komputer, jadi tak perlu upah orang atau kedai pasangkan CPU anda sebab boleh jadi mereka akan caj lebih mahal dan boleh exceed bajet.

2. Anda sudah mempunyai monitor samada LCD atau CRT. Jadi tak perlu monitor baru sebab monitor baru, contohnya Samsung 19 inci harga lebih kurang RM350+.

3. Nak barang baru atau second hand? Barang second hand atau used parts boleh beli di forum lowyat sebab selalu ada orang jual barang2 used dan biasanya jauh lebih murah berbanding barang baru.

4. Kalau anda kenal mana-mana tokey kedai komputer lagi bagus, mana tahu boleh dapat diskaun menarik daripada mereka.

5. Jangan beli satu set komputer yang sudah siap dipasang, atau OEM PC. Mahal dan biasanya spec kurang menarik. Pilihan anda ialah beli barang part-by-part dan pasang sendiri. Langkah bijak dan menjimatkan duit.

6. Tahu install sendiri sistem operasi tanpa perlu harap kat orang lain yang buatkan.

Sebelum beli komputer, baik anda buat research betul-betul barang mana yang bagus dan kena dengan bajet. Ini adalah cadangan daripada saya untuk membeli CPU baru dengan harga RM1000 berdasarkan pricelist yang saya tengok di PC Depot. Harga di kedai lain mungkin sama, lebih murah atau lebih mahal ya.


Ini link pricelist PC depot http://www.pcdepot.com.my/prodimg/price.pdf

amd athlon 2

PROCESSOR

  • Processor : AMD Athlon 2 250 X-2 3.0GHZ
  • Harga : RM186
  • Sebab : Processor AMD murah, motherboard AM3 pun murah tapi performance bagus. Senang nak overclock.

MOTHERBOARD

  • MOBO : ASUS M4N68T-M V2
  • HARGA : RM180
  • Sebab : Murah, support AM3 dan DDR3 tapi hanya ada port VGL sahaja

RAM

  • Kingston KVR1333 DDR3
  • Harga : RM75
  • Sebab: Ram 2GB DDR3 dah cukup untuk main game-game sekarang. Ada bajet lebih boleh tambah extra 2GB jadikan ram 4GB.

GRAPHIC CARD

  • GC: Sapphire HD 5670 DDR5 512MB
  • Harga : RM272
  • Sebab: Directx11 enabled, DDR5, 512MB ram graphic card ini boleh main game2 latest dengan setting medium-high jika menggunakan resolution di bawah full HD 1080p.

CASING DAN POWER SUPPLY

  • Casing yang murah, design bagus dan luas, contohnya seperti casing coolermaster
  • Harga: Beli yang harga sekitar RM100~
  • Sebab: Biasanya casing dah ada power supply, disebabkan bajet tidak banyak mungkin terpaksa kena pakai power supply itu dahulu. Dah ada bajet baru tukar baru sebab power supply yang bagus agak mahal juga.
  • Optional : Cooler Master 460W RM149

HARD DISK

  • 500GB Seagate Sata Hard Disk
  • Harga: RM122
  • Sebab: Rasanya hard disk seagate lagi bagus daripada hard disk Western Digital (WD). Beza harga pun tak banyak mana.

Aksesori : Keyboard, Mouse, Speaker atau Headphone

- Kalau beli keyboard, mouse, speaker or headphone murah semua tue boleh dapat dengan harga RM50

- Dah ada bajet extra baru upgrade kepada yang lebih elok

DVD Drive

- Tak perlu sebab zaman sekarang orang pakai external hard disk, mana ada burn2 cd/dvd lagi

- Nak install windows 7 atau Ubuntu pun boleh pakai pendrive, lagipun lebih laju berbanding pakai CD

- kalau nak juga boleh beli Samsung or LG DVD Drive – RM90 (optional)

Sistem Operasi

- Ubuntu tidak digunakan untuk bermain games, jadi anda kena install windows. Lupakan Windows XP, pakai Windows 7 terus.

- Dengan spec PC anda sekarang pakai windows 7 pun memang laju dan tidak patut ada lag atau hang jika anda pandai setting.

Bajet keseluruhan

- RM186 + RM 180 + RM75 + RM272 + RM100 + RM122 + RM50 = RM 1034

Kalau dah beli barang banyak2 mesti boleh minta kurang harga, jadi saya rasa boleh dapat kira-kira RM1000 juga.

Kalau tambah PSU RM149 anda terpaksa tingkatkan bajet menjadi RM 1183. Apa-apapun saya cadang sediakan bajet lebih +RM200 baru rasa selamat sikit masa nak shopping barang komputer tersebut.

Kalau berminat nak buat CPU Quad-Core macam saya, boleh try refer post ini: Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor. Setahun lepas beli dalam harga RM1.3k sekarang mesti boleh dapat lagi murah.

Kalau anda ada idea lain boleh bagitahu di ruangan komen ya :D