Apple telah melancarkan iPad Mini, iPad generasi ke-4, MacBook Pro 13” dengan retina display serta iMac serta baru pada acara istimewa pagi tadi. Biasanya, Apple akan membuat product revision setahun sekali, namun taktik itu sudah diubah kepada multiple-product-per-year berikutan saingan hebat daripada pencabar seperti Microsoft, Google dan Samsung.
Lebih maklumat mengenai iPad Mini dan produk2 baru Apple boleh diketahui dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
iPad Mini
iPad Mini ialah jawapan Apple kepada tablet bersaiz 7” yang semakin menarik perhatian pengguna iaitu Nexus 7 dan Kindle Fire HD. Ramai pengguna dan bakal pembeli iPad mengatakan iPad adalah sangat besar dan susah dipegang, maka iPad Mini dengan saiz 7.9” dan ketebalan hanya 7.2mm ini boleh menyelesaikan masalah itu.
Dengan saiz yang lebih kecil, iPad Mini tidak sesuai digunakan untuk tujuan produktiviti seperti menaip dokumen namun ianya lebih senang dipegang dan sesuai untuk anda membaca buku, membaca blog-blog kegemaran sambil baring di atas katil, mendengar muzik, bermain games dan sebagainya.
Spesifikasi iPad Mini
|
Display |
7.9” IPS LCD |
|
Resolution |
1024×768 (163 PPI) tiada Retina Display |
|
RAM |
~512 MB |
|
Bateri |
10 Jam |
|
Processor |
Dual-core Apple A5 ~1.0 GHz Dual-Core |
|
GPU |
PowerVR SGX543MP2 |
|
Storage |
16/32/64 GB simpanan terbina dalam |
|
Camera |
5.0 MP kamera belakang dengan rakaman video HD 1080p 1.2MP kamera depan |
|
Sistem operasi |
iOS 6 |
|
Harga |
Bermula $329 untuk model 16GB WiFi |
|
Tarikh pelancaran |
November 2012 |
iPad generasi ke-4
Apple juga turut memperkenalkan iPad generasi ke-4, namun ianya tiada sebarang perubahan besar selain penambahan processor A6X yang lebih laju berbanding processor A5X pada iPad 3. Selain itu, kamera depan iPad juga telah dipertingkatkan kepada 1.2MP dengan keupayaan HD FaceTime.
MacBook Pro 13” Retina Display
Spekulasi mengenai MacBook Pro 13” dengan retina display juga adalah tepat dan harga rasmi bermula pada RM5299 hingga RM6199. Walaupun retina display 2560×1600 sangat cantik pada laptop bersaiz 13” namun spesifikasi MacBook Pro 13” Retina Display agak mengecewakan.
Pada harga bermula RM5299, anda hanya dapat processor 2.5GHz dual-core Intel Core i5 dan graphics Intel HD 4000. Sepatutnya paling kurang dapat quad-core processor dan graphics Nvidia. Pembeli MBP Retina Display 13” boleh lupakan hasrat untuk bermain game dan juga membuat rendering graphics yang berat.
Spesifikasi penuh : Apple Store Malaysia
iMac Ultra-Nipis serba baru
iMac serba baru adalah ultra-nipis serta masih mengekalkan kualiti dan design yang cantik. Processor juga telah dipertingkatkan kepada quad-core Core i5 dan Core i7 (Ivy Bridge) dan graphic card menggunakan Nvidia GT6XXM.
Jika anda mahukan sebuah komputer All-In-One yang cantik dan paling canggih, iMac adalah dalam kategori paling terbaik.
Apakah produk baru Apple yang paling menarik perhatian anda? iPad Mini, iPad generasi ke-4, MacBook Pro Retina Display ataupun iMac ultra-nipis?

bro tarikh tul2x keluar kt pasaran malaysia bile??sbb tnyer kt kdai lum kluar lg
brape hrga sbnar Ipad Mini?
belum kuar sebab Apple Malaysia tak tetap tarikh lagi, harga around RM1000 +-