UXDE dot Net Wordpress Themes

AMD Fusion Utility – overclock processor dan graphic card AMD dengan mudah dan selamat

By

amd fusion utility

AMARAN : Anda mungkin ada risiko kerosakan hardware secara permanent akibat perbuatan overclock. Kalau tak berani baik jangan buat.

Tutorial khas untuk pengguna desktop processor AMD dan graphic card AMD (ATI) Radeon. Perisian AMD Fusion Utility ini akan membolehkan anda meningkatkan performace pc anda dengan fungsi overclock secara selamat.

Biasanya pro akan overclock menggunakan bios, namun masih ramai yang tidak berani atau tahu caranya. Kalau yang baru-baru nak mencuba boleh lah guna perisian ini.


Overclock Processor

overclock processor amd

Bila anda pertama kali buka AMD Fusion Utility, anda boleh tengok ada banyak option yang ada. Misalnya, anda boleh buat profile baru untuk “power usage” pada komputer anda. Contohnya, profile untuk gaming, profile untuk melayari internet, menonton movie, dan juga fungsi menjimatkan tenaga.

Untuk overclock processor, tekan pada tab CPU, dan pada bahagian autoclock anda kena enable overclock.  Kemudian, perisian ini akan menentukan adakah processor anda boleh overclock atau tidak.

Macam processor saya, perisian ini boleh overclock sebanyak 100Mhz sahaja (2.8Ghz kepada 2.9ghz). Kalau pakai bios boleh overclock sampai 3.4Ghz menggunakan stock voltage.

Bukan setakat overclock, nak underclock pun boleh sebenarnya. Mungkin niat anda nak menjimatkan tenaga atau takut processor panas, boleh underclock clock kepada lebih rendah contohnya processor saya dariapda 2.8Ghz kepada 2.5Ghz atau 2.3Ghz.

Overclock Graphic Card

overclock graphic card

Graphic card saya AMD Radeon 5750 (Sapphire). Core clock asal ialah 700MHz.

overclock graphic card[10]

Perisian AMD Fusion Utility membolehkan saya overclock kepada 870 MHz daripada stock 700MHz. Anda boleh pilih maximum clock atau pilih range tengah2 contohnya dalam kes ini saya boleh pilih 800MHz sahaja.

Download AMD Fusion Utility

Download di laman rasmi AMD : http://sites.amd.com/us/game/downloads/fusion-for-desktops/Pages/overview.aspx

Overlock Laptop / Notebook

Saya tidak sarankan anda cuba overclock processor, graphic card mahupun ram pada laptop/notebook anda. Kalau boleh pun risiko hardware rosak sangat tinggi.

Sesetengah model laptop gaming high end macam Dell Alienware dan Asus ROG baru boleh support overclock sesuka hati.

Overclock melalui bios

Tutorial overclock melalui bios susah nak buat sebab berbeza cara mengikut jenis processor, motherboard, bios version dan sebagainya.

Kalau nak belajar overclock processor dan ram anda kena harus rajin masuk forum2 komputer atau trial and error sampai dapat. Dulu masa saya masih tak tahu apa-apa berapa puluh kali asyik BSOD akibat salah setting. Sekarang Alhamdulillah dah berjaya dan tau macam-macam perkara berkat trial and error dulu.


eins jomphp pc

Score terbaru pc saya. Semua dah 7.0 ke atas kecuali hard disk masih 5.9. Kena guna solid state drive (SSD) baru laju melampau kot :D

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 16 Comments

    • EiNS

      Processor intel kompem boleh…tp graphic intel yg built in tu tak dapat…kena graphic card amd atau nvidia baru bleh

  1. Annamir

    Fuhhh, pasti kena cuba ni!
    Mmg saya tak berani (+ tak pandai) nak overclok kat bios. Elok lah ada tutorial ni. T’kasih sekali lagi sahabat :)

    • EiNS

      Orait…

      memang selamat cara nie…kalau sistem jadi tak stable boleh tukar balik kepada asal…biasanya ok je setakat nie buat :)

  2. arynet

    huh, menarik. tapi dah pernah cuba melalui bios, boleh sampai 7.99Ghz, tapi pernah buat 2.8Ghz ke 3.8Ghz, pastu dah tak boleh boot.. haha… Restore default. Pc saya tidak sesuai untuk overclock untuk games, sebab bila main ‘hang’, tapi buat masa skrg, semua game boleh main tanpa overclock. Tapi overclock untuk edit video or grafik mmg sesuai sngt..

    Overclock RAM pun boleh kan.. hehe..

    • EiNS

      Aah overclock ram pun boleh…kena buat dalam bios gak…pc aku nie smua benda yg mampu overclock dah try smua :D

  3. acai

    sy da try mse click enable overclock (prosess)….
    smpai 58% pc sy da blue skrin..
    knpe??
    tp mse tu cpu sy 3.7ghz
    cpu usage 100%
    suhu cpu 57C
    suhu MB 45C

    spec pc sy
    AMD Phenom ii X6 1090T
    RAM 8gb ddr3
    motherboard ASUS M4A88T-V EVO
    Graphic AMD Radeon HD 6700 Series

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing