AdMercu – Satu lagi web pengiklanan online tempatan

email
Nuffnang, Advertlets, Innity, Google Adsense merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengiklanan online. Disebabkan peningkatan pengguna Internet di Malaysia dan kemudahan pembelian online, semakin banyak syarikat dan perniagaan mengiklankan khidmat mereka di internet. Melihat peluang ini, satu lagi web pengiklanan online telah dilancarkan untuk mewarnai dunia pengiklanan online di Malaysia. Memperkenalkan AdMercu.com. Masih baru dilancarkan iaitu pada bulan Mei 2010, AdMercu mensasarkan pengiklan (advertiser) yang mempunyai bajet rendah. Berbanding pesaing lain seperti Nuffnang yang memerlukan bajet yang besar untuk mengiklankan web/pekhidmatan anda, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dengan AdMercu. Untuk blogmaster dan webmaster yang ingin mencari pendapatan sampingan, AdMercu juga mempunyai program publisher. Anda akan dibayar dengan memaparkan iklan dari Admercu diblog dan juga website anda, sama seperti Nuffnang dan lain-lain. Bagaimana dengan bayaran dan syarat-syarat untuk menjadi publisher? Untuk menjadi publisher, blog anda mestilah tidak mempunyai unsur-unsur lucah atau tidak sesuai untuk bacaan umum. Pembayaran minima (minimum cashout) ialah RM20 dan anda akan dibayar menggunakan cek. Manakala jika anda berminat menjadi pengiklan (advertiser), bayaran perlu dilakukan menggunakan Paypal dalam ringgit malaysia. Pandangan peribadi saya mengenai AdMercu, design website perlulah diperkemaskan supaya kelihatan professional dan menarik. Ini penting untuk membina kredibiliti Admercu dan memberi keyakinan kepada bakal advertiser dan publisher. Selain itu, masih banyak yang agak kabur di halaman utama AdMercu. Isi isi penting seperti kelebihan beriklan AdMercu, kelebihan menjadi advertiser AdMercu dan lain-lain soalan lazim (FAQ) mestilah diletakkan dihalaman utama dan senang dicapai walaupun untuk pengguna kurang mahir internet. Apapun syabas kepada AdMercu kerana berani mencuba pasaran pengiklanan online yang agak mencabar ini. Diharap pihak Admercu cuba monitor komen pembaca di JomPHP, mungkin ada input pengguna dari pembaca kami dan juga bakal client AdMercu. Jika anda berminat, dijemput berkunjung ke laman web Admercu – Pengiklanan Online Malaysia

Users who found this page were searching for:

  • apakah kelebihan nuffnang berbanding pesaing
  • maaduu
  • maybank2u
  • mybsn
  • website untuk pengiklanan
  • admercu
  • mencari pengiklan online
  • pengiklanan online
  • khidmat wordpress
  • uitm student portal login

Related posts:

  1. Tonton Saluran Online TV1, TV2, TV3 Dan Banyak Lagi Secara Percuma
  2. Cara tonton badminton Piala Thomas 2010 online
  3. Tonton Siaran Langsung Sukan SEA 2011 Indonesia Secara Online
  4. Web untuk baca manga online
  5. Tonton Piala Dunia 2010 online – Watch South Africa 2010 Online

cyberfly

Admin JomPHP.Merupakan seorang pelajar sepenuh masa di UiTM Shah Alam dan mengambil jurusan Ijazah Perkomputeran Netsentrik.Menghasilkan JomPHP untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bidang IT.Blog lain ialah blog peribadi iaitu Cyberfly Blog

14 Comments to "AdMercu – Satu lagi web pengiklanan online tempatan"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: