Jul 19 / EiNS

5 plugin wordpress yang anda harus cuba

image

Baru-baru ini saya mencuba pelbagai plugin wordpress untuk enhance beberapa blog wordpress yang saya ada. Ada diantara plugin2 yang saya cuba itu sangat bagus dan berguna, dan saya menggalakkan anda semua untuk mencuba plugin2 yang bakal saya senaraikan selepas ini.

1. Auto-ftp

Jika anda menggunakan wordpress 2.7+ anda pasti tahu bahawa anda boleh install plugin/theme dari dalam dashboard. Cuma yang agak menyampah sedikit ialah setiap kali anda hendak install plugin/theme dari dalam dashboard anda perlu memasukkan butiran ftp seperti hostname, user name dan password.

Plugin Auto-ftp membolehkan anda install plugin/theme secara terus tanpa perlu memasukkan butiran ftp setiap kali hendak install. Cuma perlu activate plugin dan pergi auto-ftp setting dan masukkan butiran ftp anda.

2. WP-CopyProtect

Bengang content blog anda menjadi mangsa copy-paste/plagiarism? Plugin WP-CopyProtect berfungsi untuk disable selection dan disable right click untuk melindungi content-theft. Hanya perlu install dan activate, kemudian pergi bahagian option WP-CopyProtect dan pilih untuk enable-kan disable right click dan disable selection.

3. LinkWithin

image

Linkwithin merupakan widget yang sangat cool, ia akan menunjukkan artikel2 lain dalam blog anda beserta thumbail image. Ianya berfungsi untuk meningkatkan pageviews, selain mengajak pembaca untuk membaca entri2 berkaitan yang pernah anda tulis dalam blog anda.

Linkwithin boleh digunakan di wordpress, blogspot dll. Secara default, linkwithin widget akan muncul di main page dan single page blog. Jika ia muncul di main page blog anda mungkin kelihatan agak berserabut, dan jika anda mahukan linkwithin widget muncul hanya di single page anda boleh buat seperti cara di bawah.

Masuk linkwithin.com, masukkan email, blog url, dan pada bahagian platform, pilih ‘Other’. Pilih option color yang anda suka dan tekan get widget. Kemudian ia akan memaparkan kod html untuk anda copy dan paste di bahagian mana dalam blog anda.

image

Jika menggunakan wordpress, pastekan code di dalam single.php di bahagian yang anda mahu widget linkwithin untuk muncul. Seelok2nya di bahagian post footer.

4. The Wordpress Bar

Wordpress bar berfungsi seperti diggbar. External link akan diencode kepada short url dengan domain name blog anda. Anda boleh mencuba wordpress bar dengan click pada external link di blog jomphp.

5. LibXML2 Fix

Jika anda menghadapi masalah menggunakan windows live writer dengan blog wordpress anda, anda boleh install plugin libxml2 fix ini.

Itu sahaja untuk kali ini, selamat mencuba!

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Memasang Post Views di blog wordpress anda
  2. Tips mengubahsuai theme wordpress yang anda harus tahu
  3. Cara senang upload plugin,theme dan file untuk wordpress
  4. Plugin Cute Profiles untuk wordpress
  5. Cara mudah mencuba Wordpress di pc anda

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 2,528 kali <<

24 Comments

leave a comment
  1. darkk (47 comments.) / Jul 19 2009

    Semua aku pernah dengar, kecuali LibXML tu. Rasa cam tak faham lak penerangan ko.

    Apa itu window live writer?

  2. Eriyza (14 comments.) / Jul 19 2009

    Menarik. Tq yer.
    Eriyza´s last blog ..Natrah Suatu Sejarah My ComLuv Profile

  3. zaryl (3 comments.) / Jul 19 2009

    wp-copyprotect boleh mengelakkan dari kecurian artikel. gambar lak mcmana? :ninja: zaryl´s last blog ..Melayu Yang Lengai My ComLuv Profile

  4. enkh@ (1 comments.) / Jul 19 2009

    :biggrin: EiNs Thank Q’ hehehe
    enkh@´s last blog ..Poskad PIN Adsense™ dari Google™ My ComLuv Profile

  5. ariey (11 comments.) / Jul 21 2009

    bagus info ni sng sikit aku nak berjinak-jinak dgn wordpress nanti.
    ariey´s last blog ..Jadikan Camera Handfone anda Sebagai Webcam. My ComLuv Profile

  6. sufian (4 comments.) / Jul 21 2009

    Menarik! Semua aku belum try, bleh la aku pasang kat blog aku :)
    sufian´s last blog ..Pentium IV (4) Motherboard Is Still Available My ComLuv Profile

  7. aidilx (9 comments.) / Jul 21 2009

    aku try guna Auto-Ftp tapi masih x dpt guna gak utk auto update plugins.. apa masalah eh? :blink: aidilx´s last blog ..Gambar Ekslusif: Letupan Bom J.W Marriot & Ritz Carlton My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 22 2009

      ada masalah ngan ftp/hosting kot? aku guna okay jek

  8. TintaLuhur (23 comments.) / Jul 22 2009

    eins, aku dah cube windows live writer tu, tp dia xleh publish, dia kate file upload error “Object reference not set to an instance of an object.”
    TintaLuhur´s last blog ..kem Aspirasi NUSA 2009 My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 22 2009

      Error apa tuh? x pernah jumpa pun lg

  9. TintaLuhur (23 comments.) / Jul 22 2009

    em, lupe plak, pasal plugin ni aku dah nightmare dah, blog aku kene gantung sebab aku punye cpu usage terlebih..sbb nye aku pakai all-in-one-seo pack..mane la aku tau bnd tu akan nyusahkan aku..sedih amat..cpu usage aku 20% je..memg naye r nk edit2 plugin ni..tensen aku..smp skang x lepas2..
    TintaLuhur´s last blog ..kem Aspirasi NUSA 2009 My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Jul 22 2009

      Cikai gila hosting…member aku punya blog camtu gak…dia x bg pkai plugin seo cam all in one seo pack tu…

      tukar hosting ah bro kalo gitu

  10. TintaLuhur (23 comments.) / Jul 23 2009

    em, da bajet nt aku tukar r, sayang r kan, kononnye ulang tahun pertama aku blogging nak start pakai wordpress r, skali jadi mcm tu plak..tensen seh huhuhu aku x tau hoster mane yg betol2 ok dari segi price n services dia..stakat ni dlm kepale ade datakl je… :whistle: TintaLuhur´s last blog ..kem Aspirasi NUSA 2009 My ComLuv Profile

  11. mohdisa (10 comments.) / Jul 25 2009

    cool bro. aku tgh study lagi pasal wordpress ni. agak goyah gak lah. hehe
    mohdisa´s last blog ..Kotak Minda | inspirasi minda kosong My ComLuv Profile

  12. enkha (21 comments.) / Jul 27 2009

    Nak tanya,yang pada widget Post terdahulu & Komen terbaru tu camner nak buat gambar thumbnail?Nak guna plugin apa?Atau kena mod kat wp theme?Satu lagi camner nak tukar icon pada sebelah url kita kat atas(tepi butang home tu).Sory banyak sangat tanya..hehe :biggrin: enkha´s last blog ..Panduan Masa Listing Barang eBay di Malaysia My ComLuv Profile

  13. TintaLuhur (23 comments.) / Aug 1 2009

    em, eins aku still xleh gune windows lie writer tu..ponim r..em, blog aku dah lepas, tp hoster tu reset balik aku pny acc…habis ilang sume post aku..totally zero..ko x nk update ke post psl plugin ni..aku rase byk je lg yg ko pakai ngeh3x :happy: TintaLuhur´s last blog ..kem Aspirasi NUSA 2009 My ComLuv Profile

  14. safar (16 comments.) / Oct 18 2009

    Tetap juga boleh salin dan tampalkan.
    tak semua orang guna firefox.banyak lagi pelayar sesawang yang ada di luar sana.jadi tetap ada kelemahan.
    safar´s last blog ..Rumah Terbuka Mak Cik Ton p1 Wimax My ComLuv Profile

  15. peace (1 comments.) / Dec 16 2009

    hai..
    saya budak baru.. berminat nak buat blog.. boleh ajar saya..
    saya betol2 x tahu tentang semua nie…
    plzz.. ajar saya

    • cyberfly (377 comments.) / Dec 16 2009

      hi.boleh search “how to setup wordpress blog”. agak susah nak ajar awak satu persatu.

  16. arrizz (12 comments.) / Dec 18 2009

    dah try bro..it really helps..thanx alot k.. :smile:

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1