30 tips & aplikasi berguna untuk pengguna ipad

Enable Multi Tasking Gesture

Dengan Multi Tasking Gesture untuk IOS 5, anda dapat mimize aplikasi hanya dengan pinch menggunakan jari anda, dan menukar aplikasi lain dengan swipe. Sangat berguna dan boleh mengurangkan penggunaan home button Ipad anda, yang mana ianya senang rosak selepas penggunaan yang kerap.

Untuk mengaktifkan Multi Tasking Gestures, hanya pergi ke Settings->General dan On Multitasking Gestures.

IMG_0061

Demo IOS 5 Multi Tasking Gesture


GoodReader – Aplikasi wajib untuk pdf reading

GoodReader boleh dikatakan aplikasi wajib di install pada Ipad anda, jika anda kerap membaca PDF. Dengan fungsi PDF anotation, fungsi download dan juga sync dengan Dropbox, GoodReader boleh memudahkan lagi aktiviti membaca anda.

Demo

Download :

Search GoodReader di AppStore. GoodReader merupakan aplikasi berbayar.

Files Connect – Browse file dalam LAN

Mahu copy file dari PC anda menggunakan LAN? Aplikasi Files Connect merupakan penyelesaian masalah anda. Anda juga dapat share file dalam Ipad anda dengan pc lain melalui LAN, fungsi ini lebih kurang sama dengan salah satu fungsi Samba.

Gambar menunjukkan saya akses file yang di share dalam LAN.

IMG_0059

Download :

Search Files Connect di AppStore. Files Connect merupakan aplikasi berbayar.

Membaca manga jepun dengan aplikasi Manga Rock Unity

Saya merupakan seorang penggemar mangga.  Dengan Manga Rock Unity, saya dapat download kesemua koleksi manga kegemaran saya ke dalam Ipad dan baca di mana-mana sahaja. Yang menariknya, Manga Rock Unity mempunyai mode “book view”, di mana anda dapat membaca manga di Ipad seakan akan anda membaca di buku sebenar. Penggemar manga jepun, wajib download!

Gambar menunjukkan paparan ketika membaca manga Toriko.

IMG_0051

Download :

Search Manga Rock Unity di AppStore. Manga Rock Unity merupakan aplikasi berbayar.

Blogging dengan aplikasi Blogsy

Untuk pengetahuan anda, 70% artikel ini di tulis menggunakan aplikasi Blogsy. Jika anda seorang blogger dan mahu aktif berblogging dimana saja menggunakan Ipad, Blogsy merupakan aplikasi terbaik untuk anda. Blogsy menyokong platform WordPress, Blogger dan juga Posterous.

Antara muka aplikasi Blogsy

IMG_0054

Download :

Search Blogsy di AppStore. Blogsy merupakan aplikasi berbayar.

Google Chrome browser untuk Ipad

Pengguna tegar Google Chrome tapi kecewa Ipad tidak mempunyai aplikasi Google Chrome? App Diigo Browser merupakan app percuma yang mempunyai antara muka menyamai Google Chrome. Dengan fungsi Quick Dial, Incognito mode dan kelajuan yang lebih pantas berbanding Safari, anda pasti menggunakan Diigo Browser ini sebagai browser utama anda.

Antara muka aplikasi Diigo Browser

IMG_0050

Download :

Search Diigo Browser di AppStore. Diigo Browser merupakan aplikasi percuma.

Garage Band

Aplikasi sangat bagus untuk yang gemar bermain alat musik. Dengan Garage Band, anda boleh mencipta lagu anda sendiri. Garage Band dilengkapi dengan pelbagai alat music untuk mencipta lagu anda sendiri seperti gitar, bass, keyboard, drum dan juga vokal.

Demo Time is Running Out menggunakan Garage Band untuk Ipad

Download :

Search Garage Band di AppStore. Garage Band merupakan aplikasi berbayar.

DropCopy & Mover+

DropCopy membolehkan anda menghantar file dari Ipad anda ke device IOS lain dengan mudah. Contohnya anda hendak menghantar mp3 dari Ipad ke Iphone. Hanya install DropCopy pada Ipad dan iphone anda, dan anda boleh menghantar mp3 terus ke iphone anda, tiada pc dan internet diperlukan. Anda hanya memerlukan Iphone dan Ipad anda berada dalam rangkaian Wifi yang sama. Jika anda berada di luar dan tiada rangkaian Wifi, hanya gunakan personal hotspot iphone. Alternatif bagi DropCopy ialah Mover+. Aplikasi wajib install bagi kami.

Lihat demo DropCopy disini:

 

Download :

Search DropCopy di AppStore. DropCopy merupakan aplikasi berbayar.

Flipboard

Flipboard membawakan cara baru untuk anda membaca rss feed dari pelbagai sumber. Dengan layout seperti majalah, pengalaman membaca RSS feed kini lebih seronok dan menarik.

Membaca rss feed Jomphp kini lebih menarik dengan Flipboard

IMG_0060

Download :

Search Flipboard di AppStore. Flipboard merupakan aplikasi berbayar.

http://itunes.apple.com/us/app/flipboard/id358801284?mt=8

Jelajah tempat menarik seluruh dunia melalui 50 Places of a Lifetime oleh National Geographic

Aplikasi 50 Places of a Lifetime oleh National Geographic membawa anda mejelajah 50 tempat menarik seluruh dunia. Dilengkap dengan gambar dan info yang menarik, video serta pemandangan 3D di Grand Canyon, aplikasi ini boleh membuatkan anda kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. wajib donwload!

Download :

Search 50 Places of a Lifetime di AppStore. 50 Places of a Lifetime merupakan aplikasi berbayar.

http://itunes.apple.com/us/app/50-places-lifetime-the-worlds/id433191304?mt=8

Playback pelbagai format video selain mp4

Pemain video asal Ipad hanya menyokong format video mp4. Jika ada ingi memainkan video format lain seperti rmvb, flv, divx, mkv, anda bolehlah download aplikasi AvPlayerHD atay Buzz Player HD dari AppStore. Aplikasi yang saya listkan ini merupakan video player terbaik yang boleh anda beli dari AppStore.

Download :

Search AVPlayerHD di AppStore. AVPlayerHD merupakan aplikasi berbayar.

Search Buzz Player HD di AppStore. Buzz Player HD merupakan aplikasi berbayar.

Guna memori kad dan pendrive pada Ipad dengan Apple camera connection kit

Ramai yang tidak tahu Ipad sebenarnya boleh digunakan untuk membaca memori kad dan juga pendrive. Anda hanya perlu membeli peranti Ipad Camera Connection Kit yang berharga rm89. Sesuai untuk photographer yang mahu preview gambar yang ditankap menggunakan DSLR. Untuk pendrive pula, hanya sesetengah pendrive sahaja boleh digunakan pada Camera Connection Kit kerana usb power limitation yang terbina dalam IOS.

cck

Beli disini:

http://store.apple.com/my/product/MC531ZM/A


Jailbreak Ipad sahaja

Semua aplikasi dan tweak selepas ini memerlukan anda jailbreak ipad anda. Belum jailbreak? Ikuti tutorial ini http://jomphp.com/jailbreak-ios-5-0-1-di-iphone44s-ipod-touch-3g4g-ipad-12.html atau hubungi kami untuk khidmat professional jailbreak.

Aplikasi YouTube yang lebih baik dengan ProTube HD

Aplikasi ProTube HD merupakan aplikasi YouTube terbaik untuk ipad anda, hands down! Dengan ProTube HD, anda dapat memilih kualiti video yang anda mahu tonton , download video mengikut kualiti pilihan anda (360P, 720P. 1080P) terus ke dalam Ipad, dan juga download mp3 dari video yang mahu.

Pilihan untuk download 1080p HD video menggunakan ProTubeHD

IMG_0056

Download :

Search ProTubeHD di Cydia. ProTubeHD merupakan aplikasi berbayar.

Paparan aplikasi Iphone di Ipad lebih cantik dengan RetinaPad

Aplikasi iphone boleh juga di guna pada Ipad, tetapi bila anda zoom 2x, paparan gambar aplikasi tersebut menjadi tidak cantik. RetinaPad menyelesaikan masalah ini dengan automatik zoom aplikasi Iphone dan juga mengekalkan kualiti paparan gambar aplikasi tersebut, sama seperti di Iphone.

Aplikasi iphone Amanz sebelum menggunakan RetinaPad

IMG_0057

Aplikasi iphone Amanz selepas menggunakan RetinaPad. Perhatikan perbezaan kualiti graphic selepas menggunakan RetinaPad.

IMG_0058

Download :

Search RetinaPad di Cydia. RetinaPad merupakan aplikasi berbayar.

Tiada lagi Itunes dengan PwnTunes

Benci terpaksa menggunakan Itunes untuk menambah lagu baru dalam aplikasi Ipod?  Kecewa Ipad hanya boleh sync pada satu pc sahaja? Kecewa Ipad tidak dapat menyimpan file seperti pendrive biasa? Tidak lagi setelah install tweak PwnTunes. Pengguna Ipad yang telah jailbreak wajib install tweak ini!

Setalah anda install PwnTunes, anda hanya perlu drop mp3 ke dalam folder My Music. Sebelum ini, anda hanya mempunyai folder DCIM sahaja untuk copy gambar setelah anda menyambung Ipad ke pc menggukan usb cable.

pwntunes

Download :

Search PwnTunes di Cydia. PwnTunes merupakan aplikasi berbayar.

Akses file dalam Ipad dengan mudah menggunakan Samba

Tweak Samba yang boleh di install secara percuma dari Cydia membolehkan Ipad anda di akses melalui LAN, sama seperti komputer lain dalam rangkaian LAN. Hanya enable tweak samba dan masukkan ip ipad anda ke dalam run, anda boleh mengakses semua file dalam Ipad anda. Wajib install!

Gambar menunjukkan saya akses ipad menggunakan Samba.

samba

Download :

Search Samba di Cydia. Samba merupakan aplikasi percuma.

Playback HD 720P dan 1080P mkv

XBMC for IOS merupakan penyelesaian untuk segala keperluan multimedia anda. XBMC merupakan aplikasi percuma (jailbreak sahaja) yang menyokong hardware acceleration. XBMC dapat memainkan sebarang format video tanpa masalah, malah anda juga boleh memainkan video yang disimpan dalam PC lain dalam rangkaian LAN.

Nak play HD 720P dan 1080P mkv di Ipad? Tiada masalah dengan XBMC for IOS.

Antara muka XBMC for IOS

IMG_0049

Download :

Cara install XMBC untuk Ipad

Ifile

Perlukan file explorer dalam Ipad anda? Ifile merupakan file explorer terbaik untuk IOS device. Sama seperti Window Explorer, Ifile mempunyai fungsi penuh untuk menguruskan file anda seperti copy,cut,paste, create folder, dan change permission.

ifile

Download :

Search Ifile di Cydia. Ifile merupakan aplikasi berbayar.

Display Recorder

Mahu merakam skrin Ipad anda untuk di gunakan dalam tutorial? Display Recorder dari Cydia merupakan satu-satunya aplikasi perakam skrin khas untuk IOS. Display Recorder membenarkan anda memilih kualiti video rakaman, format video rakaman, minima FPS dan juga fungsi upload terus ke YouTube.

Demo

Download :

Search Display Recorder di Cydia. Display Recorder merupakan aplikasi berbayar.

Air Blue Sharing

Kelemahan terbesar IOS adalah tidak mempunyai fungsi menghantar file menggunakan bluetooth ke device lain seperti Ipad ke Ipad, Ipad ke Iphone, Ipad ke laptop, Ipad ke Samsung Galaxy dan lain lain. Dengan tweak Air Blue Sharing anda kini boleh menghantar sebarang jenis file menggunakan bluetooth anda ke device lain. Air Blue Sharing juga mempunyai deep integration dengan Ifile, jadi anda dapat memilih sebarang file yang hendak dihantar dengan mudah.

Download :

Search Air Blue Sharing di Cydia. Air Blue Sharing merupakan aplikasi berbayar.

Lockscreen yang lebih kemas dengan Move2Unlock

Saya merupakan peminat lockscreen yang simple dan kemas, oleh itu lokscreen saya hanya mepunyai wallpaper yang cantik. Saya menggunakan Move2Unlock untuk membuang default slide to unlock dan juga jam dari lockscreen saya. Untuk unlock device hanya swipe. Simple dan beautiful.

Locksreen yang sangat minimal

move

Swipe to unlock

move2

 

Download :

Search Move2Unlock di Cydia. Move2Unlock merupakan aplikasi berbayar.

Nota:

Kami akan update artikel ini dari semasa hingga semasa jika mempunyai tips yang bagus jadi jangan lupa bookmark ya.  Kepada pengguna Iphone dan Ipod touch, hampir kesemua tips di atas boleh digunakan pada device anda juga.

Berminat jailbreak Idevice anda tapi kurang yakin? Kami menyediakan khidmat professional jailbreak, hanya tinggalkan komen dan let’s discuss.