3 enjin carian cool yang anda patut cuba

Majalah9 - Eksplorasi Duniawi

email

Bila sebut enjin carian, mesti semua orang teringat mengenai raja kepada segala search engine iaitu Google, serta pesaing google seperti Yahoo, Bing, Ask dan sebagainya.  Google memang sangat hebat, laju, lengkap dan komprehensif tetapi google bukanlah pakar dalam segala bidang.

Kali ini saya ingin memberitahu mengenai 3 lagi search engine yang sangat cool, yang patut anda cuba. Jangan la taksub dengan google sahaja, sekurang-kurangnya bagi sedikit peluang kepada search engine lain untuk mencuri sedikit market share.

1. Taqwa.me – enjin carian Islam

taqwa.me

Taqwa.me ialah enjin carian baru dengan tagline “the conscious search engine”. Taqwa berfungsi seakan-akan search engine lain seperti Google tetapi dengan sedikit sentuhan islamik, yang membezakan taqwa dengan search engine lain.

taqwa.me[5]

Antaramuka taqwa sangat ringkas, hanya menampakkan kotak carian dan background wallpaper, ala Bing. Selain itu, taqwa juga mempunyai fungsi untuk flag hasil carian yang anda jumpa. Katakan link website yang serp (search engine result page) itu mengandungi unsur 18+, anda boleh flag pada butang Haram. Dan jika link website itu betul2 bersih, anda boleh click pada butang Halal.

Tujuan fungsi ini ialah membantu menapis link2 yang tidak bersih daripada hasil carian enjin taqwa, sekaligus membantu pengguna dalam menjauhkan diri daripada melakukan maksiat mata.

Link: Taqwa.me

2. Wolfram Alpha

wolfram alpha

Wolfram Alpha ialah search engine yang berfungsi untuk memaparkan data mengikut query yang masukkan, dan ianya jauh lebih versatil berbanding Google jika digunakan untuk tujuan research dan akademik.

Sebagai contoh, saya memasukkan query 3x^5-5x^3+x+m ke dalam kotak carian dan result akan dipaparkan dalam masa kurang 1 saat. Query yang saya masukkan ialah soalan matematik dan memerlukan penyelesaiaan yang panjang dan rumit.

Dengan Wolfram Alpha, soalan matematik tahap tinggi ataupun soalan2 berkaitan sains, kejuruteraan etc boleh diselesaikan dengan mudah. Ini kerana Wolfram Alpha boleh memaparkan jawapan kepada soalan yang anda masukkan beserta graph serta jalan kira, lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.

Link: Wolfram Alpha

3. TinEye – reverse image search

TinEye ialah enjin carian untuk mencari sumber asal bagi gambar yang telah diedit, seperti penambahan watermark, superimposed dan sebagainya. Ia juga berguna untuk anda mencari gambar asal yang dalam resolusi tinggi dan bukannya gambar yang telah di-cropped atau telah di-resize.

Sebagai contoh, saya memasukkan gambar superimposed ini ke dalam tineye, dan tineye berjaya mencari gambar asal yang belum diedit, sungguh cool.

tineye reverse image search

Link : TinEye – reverse image seach

Jika anda ada idea mengenai search engine lain yang lebih cool, boleh bagitahu di ruangan komen ya! Open-mouthed smile

Selamat mencuba!

Users who found this page were searching for:

  • jomphp memasukkan website atau blog baru ke search engine
  • blog enjin carian
  • tiga enjin carian
  • injin injin carian
  • 3 cool website jomphp
  • ENJIN CARIAN GOOGLE
  • carian assignment
  • pinggoat
  • carian gambar
  • student portal uitm

Related posts:

  1. Google melancarkan fungsi carian berdasarkan gambar
  2. 5 plugin wordpress yang anda harus cuba
  3. 10 perkara cool yang anda dapat lakukan dengan smartphone
  4. Senarai blog komputer dan IT berbahasa melayu yang patut anda tahu
  5. Menukar DNS yang lebih baik dan laju di komputer anda

EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

18 Comments to "3 enjin carian cool yang anda patut cuba"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: