Post Format

10 perkara cool yang anda dapat lakukan dengan smartphone

Jika anda belum pernah menggunakan smartphone, anda tentu hairan kenapa orang sanggup berhabis ribuan ringgit sedangkan handphone berharga rm100 pn sudah memadai untuk membuat panggilan. Entri kali ini membawa anda apa yang menariknya dengan smartphone.

Call percuma dengan skype

Jika anda menggunakan pc, anda perlu menghadap pc untuk menggunakan skype. Dengan skype versi mobile, anda dapat menggunakan smartphone anda untuk call rakan-rakan. Bolehlah berbaring sambil call menggunakan skype.

iphone_4

Baca file pdf, word, powerpoint on the go

Sangat berguna terutama untuk pelajar. Saya selalu menggunakan smartphone saya untuk membaca nota dalam format pdf, word dan powerpoint. Boleh juga digunakan ketika kecemasan contohnya kuiz mengejut hehehe.

Stream video kegemaran dari pc

Anda banyak koleksi movie, anime, video clip didalam pc dan mahu menonton melalui smartphone anda. Perisian seperti AirVideo untuk iPhone membolehkan hasrat anda stream video kegemaran terus ke smartphone tanpa perlu convert dan copy ke dalam phone.

Smartphone sebagai mouse dan keyboard (touchscreen)

Perisian TouchMouse untuk iPhone contohnya membolehkan anda menggunakan smartphone sebagai mouse dan keyboard. Cool!

Smartphone sebagai remote

Kawal pc dan perisian kegemaran anda seperti Kmplayer hanya dengan menggunakan smartphone anda. Tidak perlu lagi bangun dari baring semata-mata untuk forward video dan lain-lain lagi.

Apply kerja

Perisian JobStreet untuk iphone membolehkan anda mencari kerja sambil baring di atas katil sahaja. Sangat mudah.

Backup contact online

Tak perlu lagi risau kehilangan nombor kenalan sekiranya handphone anda hilang. Perisian contohnya membolehkan anda backup contact anda ke storage web dengan mudah. Contact yang dibackup boleh direstore kembali dengan mudah.

Live blogging

Jika anda seorang blogger,  dengan smartphone anda boleh berblogging dimana-mana sahaja. Contoh blogger yang selalu live blogging ialah Azman Ishak, Knizam dan Khai.

Block nombor yang tidak disukai

Tidak mahu menerima panggilan/sms dari orang yang tidak disukai? Block saja nombor mereka atau forward ke nombor public phone contohnya.

iphone_1

Remote networking

Pernah guna RealVNC? Dengan RealVNC versi mobile, anda dapat kawal dan troubleshoot pc anda melalui smartphone.

Menarik bukan? Jika anda berniat membeli smartphone, smartphone manakah pilihan anda?

Users who found this page were searching for:

  • kedai yg boleh upgrade nokia 5800 to nokia c6-01
  • galaxy s 0k ke?
  • senarai smart phone untuk skype
  • cara nak block nombor dalam handphone
  • harga handphone iphone 3gs
  • cara copy sms dari nombor lain
  • nokia n97 mini komen blogspot
  • citcat
  • cara transfer contact nama dari windows mobile ke android
  • macamana nak block sms samsung galaxy s 2

Author: cyberfly

Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx

32 comments

  1. Menang aku dah berangan2 nak beli smartphone satu.
    Pilihan aku dah tentunya Nokia N97 sbb banyak fungsi canggih ada.
    Lagi satu, kapasiti telefon tu besar (30 ++ GB) tanpa perlu tambah kad luaran. tapi kalau nak besar gak tambahla kad luaran.
    Berbaloi baloi.
    Entahla bila la nak beli hp tu. Kalo korang nak bagi sebijik kat aku (free), contact le aku. :shocked:
    .-= RIS-IT´s last blog ..Pusat Sehenti – Memantapkan Blog Anda =-.

    Reply
  2. smartphone dah jadi macam keperluan sekarang ni. Kalau x gunakan rasa macam kita tertinggal dengan dunia maya ni .. semua benda kalo boleh nak sentiasa uptodate :)

    Apa2 pun, so far rasanya iPhone masih lg smartphone yg terbaik utk digunakan. Maybe Android dlm masa terdekat bleh mencabar tp dari segi UI perlu improve dulu.

    Apps mmg sesuatu yg perlu utk smartphone kalo nak gunakan kuasa sepenuhnya smartphone tersebut.

    Pilihlah iPhone .. hehehe :D
    .-= hydir´s last blog ..Company from Hell! =-.

    Reply
  3. Pingback: infomudikllaj: Info Mudik Lebaran 17.13 terjadi hujan di jalur pansela. para pengguna jalan dimohon untuk berhati-hati dalam perj… http://bit.ly/9GHRT6

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*