UXDE dot Net Wordpress Themes

7 games menarik minggu ini (iOS, Android, Windows 8)

By

death-dome

10 games menarik minggu ini untuk pelantar PC, iOS dan Android.


7 games menarik untuk iOS, Android, Windows 8

 

death-dome[3]

1. Death Dome (iOS/Android)

Permainan aksi dengan graphic yang sangat cantik dan gameplay seumpama Infinity Blade. Agak brutal kerana penuh aksi pertempuran berdarah. Percuma buat masa sekarang, download cepat!

Download Death Dome iOS | Download Death Dome Android

2. Crazy Taxi (iOS)

 

crazy taxi iphone

Crazy Taxi merupakan game yang sangat popular suatu ketika dahulu, anda bermain sebagai seorang pemandu teksi yang “gila” bawa-kereta-ikut-suka-hati-macam-jalan-raya-makbapak-yang -punya.

Download Crazy Taxi (iOS)

3. Judge Dredd vs Zombies (iOS/Android/Windows 8)

judge-dredd-vs-zombies

Bermain sebagai Judge Dredd dan tembak zombies sampai hancur.

Download Judge Dredd vs Zombies (iOS) | Judge Dredd vs Zombies (Android) | Judge Dredd vs Zombies Windows 8

4. Chaos Rings (Android)

chaos rings android

Chaos RIngs merupakan permainan RPG ala Final Fantasy untuk pelantar iOS. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2010 dan selepas dua tahun barulah diperkenalkan untuk versi Android.

Grafik game sangat cantik tetapi kena banyak bersabar sebab game ini banyak sangat dialog.

Download Chaos Rings Android

5. AMOK (iOS)

amok iphone game

Jebat : Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.

AMOK merupakan permainan “freemium” daripada pembangun aplikasi iOS dan Android tempatan iaitu TeratoTech. Freemium bermaksud game ditawarkan secara percuma tetapi melibatkan pembelian senjata, duit dan power-up di dalam game (In-App Purchase).

Anda bermain sebagai Jebat (Hang Jebat) di dalam siri spin-off Hikayat Hang Tuah dan Kesultanan Melaka. Musuh anda adalah lanun dan pemerintah yang zalim dan jahat.

Download AMOK (IOS).

6. Tentacles : Enter the Dolphin (iOS)

tentacles ios

Tentacles merupakan game yang agak popular di pelantar Windows Phone dan ianya dikeluarkan oleh Microsoft. Kini Tentacles boleh dimainkan pada pelantar iOS dan reviu positif banyak diterima oleh game ini. Jika anda peminat game berasakan physics, anda harus main Tentacles.

Download Tentacles iOS.

7. Radiant Defense (Windows 8)

radiant defense windows 8

Radiant Defense merupakan game tower defense yang menarik untuk Windows 8. Graphic yang elegan dan gameplay menentang alien yang seronok.

Download Radiant Defense Windows 8 (percuma).

Selamat mencuba! :)

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing